Feeds:
Posts
Comments

Archive for August 14th, 2008

Tokwan ada baca di laman tranungkite online kisah bagaimana hendak hadapi serangan saraf BN di situ. Diceritakan juga andaian beliau bahawa Saiful akan bersumpah malam mengundi nanti dan dikatakan Saiful akan berlakun sahaja.

Tokwan tahu ia menggelikan hati. Tidak ada apa apa sudah mula mahu ‘lari’… Lari ke kari ke tari ke, jika benar liwat berlaku memang Anwar dan seluruh Pakatan Rakyat. Kerana tumbangnya Anwar bermakna TUMBANGNYA pakatan rakyat.

Jadi, jika pengundi Cina dan India sedar, menyokong Anwar akan membawa huru hara disebabkan Melayu marah dan memberontak kerana tindakan Anwar dibantu DAP dan PKR serta segelintir PAS, tentu mereka akan swing undi kembali kepada UMNO.

Ini perlu dijelaskan sebelum step kedua kepada pengundi Melayu yang sudah sebati dengan Anwar. Tentu mereka akan menolak Anwar jika mereka sedar bahawa Anwar tidak ditipu tetapi beliau menipu orang ramai dengan berbagai dakyah dan serangan saraf seperti arsenik, suntikan HIV dan berbagai bagi lagi termasuk patah tulang belakang walhal sekarang masih lagi ‘ligat’ di pentas pentas ceramah seluruh negara.

Apakah Anwar sekarang suda ‘diklon’ di German dan USA semasa di sana tempoh hari ?

Bimbang juga kerana tokwan ada tengok filem bagaimana boleh dicipta manusia lain yang serupa dan juga boleh disalin cakera padat mindanya kepada jasad baru tersebut.

Adakah Anwar jenis itu hasil teknologi moden biologikal engineering zaman ini ?

Wallahu A’lam.

Tokwan ada kenduri petang ini. Bacaan Yasin di bandar sana ada dijemput seseorang. Kena bersiap sekarang…Jumpa lagi cucu.

Malam sempat rasanya sambung lagi aktivit tetap tokwan alam siber ini nanti…

Bye wassalam.

klik di sini ‘andaian yang tokwan sebutkan di atas. Ayat tulisan nampak macam Raja Petra yang menjadi tukang karutnya ‘

Pelik sekarang, blog, web dan suara rasmi PAS sudah mula mengangkat Anwar lebih dari Hj Hadi dan lain lain….

TAK MBOH !

Read Full Post »

Antara UMNO dan PAS tidak ada bezanya. Cuma dari segi melaksanakan mungkin ada perbezaan, seperti juga perbezaan salah seorang sahabat utama Nabi s.a.w yang MELAKSANAKAN solat Isyak di awal malam dengan seorang sahabat lagi melakukannya di akhir malam. Nama mereka cucu carilah yer sebab tokwan dah lupa…

Kedua dua mereka ada persamaan di dalam menunaikan kewajipan cuma berbeza dari segi waktu perlaksanaan. Adakah si A akan meneruskan boikot si B yang dirasakannya tidak wajar solat lewat malam. Dan adakah si A yang menunaikannya di awal malam perlu dimarah kerana tidak sama dengan kaedah solat lewat si B yang ingin mendapat pahala tahajud dengan meniatkannya selepas didirikan solat Isya’?

Situasi itulah antara yang berlaku sekarang ini antara UMNO dan PAS. PKR tidak dimasuk ke dalam senarai kerana bagi tokwan mereka tidak ada hala tuju sendiri bahkan banyak menjadi tunggangan bangsa lain bagi mendapatkan apa mereka hajati melalui kuasa politik yang sanggup dipegang oleh wira angkat mereka dari bangsa sama dengan kita.

Tulisan ini tokwan sediakan bagi anak cucu tokwan dari bangsa Melayu, untuk hak hak istimewa Melayu Islam yang sudah lama ada dalam undang undang sejak awal didrafkan perlembagaan Malaysia.

Ingat lagi jus soli ? apa benda ? cucu jangan malas ketuk keyboard cari benda ni dan fahamkan diri sendiri…

Sejuta kerakyataan anggarannya telah diberikan kepada Cina dan India dan sebagai balasan kita telah mendapat keistimewaan tidak akan diganggu tentag agama dan hak hak istimewa Melayu serta Raja Raja kita akan kekal berdaulat.

Itu setakat pengalaman yang tokwan tahu sebagai orang kampung jauh dari bandar ni.

Jadi kesimpulannya jam 1249 am Khamis ini, tokwan nak bagitahu SEPENUH HATI tolong jangan terima Anwar Ibrahim sebagai pemimpin bagi anda.

Jika anda Melayu Islam tolong dengan sebenar pertolongan agar menolak beliau dan parti DAP dan PKR yang jelas meminggirkan Islam dan memperjudikan nasib bangsa Melayu.

Presiden PKR hanya berminat menaikkan suaminya menjadi PM. Anda usah terlibat dengan dendam peribadi mereka yang telah terhalang dengan kuasa Tuhan melalui tangan Mahathir yang telah menyekat beliau dari menjadi PM.

Jika anda orang PAS, usahakanlah parti Melayu UMNO akan bersatu dengan PAS walau apa jua caranya bagi menghalang Anwar menjadi PM pertama dari Melayu kesukaan Amerika Syarikan dan Israel.

Kita masih belum terlewat kerana cucu masih ada 12 hari sahaja lagi untuk membuat usaha menggagalkan Anwar dan juga proksinya dari terus menundukkan kerajaan dengan cara menggunakan rasuah politik seperti amalanannya selama ini.

Moga usaha tokwan yang sangat kecil ini dibaca oleh PM kita, Presiden PAS, ahli UMNO, ahli PAS, orang kampung, orang bandar, budak muda dan veteran , serta pelajar pelajar dalam dan luar negara agar mereka sedar dan bangkit menggunakan saluran siber dan juga alam nyata untuk menerangkan siapakah Anwar dan kesannya jika beliau diberikan kerusi Parlimen untuk menjadi wakil rakyat menumbangkan kerajaan dengan tidak terhormat melalui tawaran dan ganjaran yang bersifat murahan dan boleh menjahanamkan nasib negara kita yang tokwan amat cintai ini.

Baca komen dari blog  Roslan SMS di bawah :

Berkibarlah Jalur Gemilang

Saya baru sahaja berbual dengan seorang rakan blogger berkenaan kes sahabat kami Bakar Haq. Terlanjur berbincang berkenaannya kami menyentuh isu yang dibawa oleh beberapa rakan blogger yang lain iaitu mencadangkan agar sempena Hari Kebangsaan nanti, Jalur Gemilang dikibarkan terbalik sebagai satu simbol bahawa negara ini dalam serba kekalutan.

Saya baru sahaja membeli Jalur Gemilang dan telah pun kibarkan di rumah saya sejak beberapa hari lalu. Ianya saya kibarkan megah sebagaimana biasa (tidak terbalik) kerana ianya simbol kemerdekaan dan kedaulatan negara. Bagi saya bendera ini mewakili kita semua dan bumi yang kita pijak ini, ia tidak mewakili mana-mana kelompok atau parti atau individu kecuali kita semua rakyat Malaysia yang berbagai kaum dan agama.

Kalau pun kita marah pada mana-mana kelompok, parti atau individu, maka talakanlah kemarahan kita ke atas mereka. Mengapa simbol kemegahan kita yang dijadikan mangsa?

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang… di bawah naunganmu
Jalur gemilang… kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur gemilang… megah kami terasa
Jalur gemilang… kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah

Berkibarlah

Berkibarlah

Jalur gemilang

p/s : minta anak cucu serang malaysia wave yang mengkritik Roslan SMS… Ini usaha tokwan rasa kerja Raja Petra and gang utk menjatuhkan kredibiliti beliau dan juga ulama dalam PAS.

Termasuk mereka yang berjuang di Forum Memeluk Islam tempoh hari……

alamatnya di sini : http://www.malaysiawaves.com/2008/08/roslan-sms-berhentilah-mengarut.html

Read Full Post »