Feeds:
Posts
Comments

Archive for August 31st, 2008

Tokwan menyambut merdeka depan tv hari ini… Dengan diuji dengan kesakitan terbaru ; gigi sakit. Atau boleh juga disebut sakit gigi.

Macam sakit hati, boleh disebut juga hati sakit…

Gigi sakit sampai tak lena tidur, hingga tokwan rasa sangat ‘lemas’ diuji dengan berbagai bagai bentuk ujian.. selera membuka laptop pun jadi kurang bila dihimpit sebegini di kala yang jarang juga sebenarnya…

Minggu ini juga minggu tokwan asyik marahkan orang… Wallahu A’lam makin tua makin ‘pongoh’ dengan semua …

Benar, ketibaan Ramadhan mengkehendaki kita menyambutnya dengan jiwa yang bersih. Tokwan yakin ini persiapan automatik Tuhan biar tokwan cuci dengan sendiri dengan kesakitan demi kesakitan akibat sakit sakit berturut turut yang datang.

Siapa tidak berdosa ? Hanya Nabi dan orang dipelihara Allah sahaja selamat dari ujian dosa ini.

Ingat buat ibadat tidak berdosa ? ye jika niat kerana manusia.

Zahir nampak berdiri solat tetapi kerana menunjuk-nunjuk maka ibadat jadi maksiat. Bahaya dan moga kita dijauhkan darinya.

Hari ini selamat sudah kita kali ke 51 menyambut kemerdekaan…

Bagi tokwan kita tidak merdeka lagi jika :

1. Isteri anak dan cucu tidak hidup di dalam mengasihi Allah dan Rasul serta mentaati perintahNya….

2. Hidup kita masih diliputi kelalaian dari mengingati Allah dalam percakapan perbuatan dan fikiran.

3. Nafsu masih jadi ‘agen syaitan’ untuk tarik kita ke arah keburukan dan kehancuran.

4. Kita masih tidak mampu menjadi ikutan kepada sesiapa yang berdekatan dengan kita sama anak isteri jiran dan sahabat handai.

5. Kita tidak merdeka lagi SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN kerana husnul khatimah atau tidak bergantung kepada saat akhir hayat.

Jika mati dengan baik maka ketika itu ialah MERDEKA SEBENAR SELAMA LAMANYA dari penjajahan musuh paling besar SYAITAN IBLIS yang berjaya menyesatkan ramai anak merdeka zahir sahaja…

Moga kita menjadi orang DIMERDEKAKAN ALLAH DI ATAS BUMI ( atiqullah fi ardh )….

Salam Merdeka….

dan taklupa salam berpuasa !

Menahan diri dari makan minum. dan juga buruk sangka, menipu manusia serta apa sahaja ingatan kepada dunia ….

Puasalah dengan memenuhi fikiran dan hati dengan nama ALLAH setiap masa….

Read Full Post »