Feeds:
Posts
Comments

Archive for August 12th, 2008

tok wan tak sempat menulis panjang panjang…. tokwan nak gelak juga tapi logik pun ada huraian dia. Anak cucu bacalah… takut takut nanti dapat memahami dari satu sudut lagi kenapa tiada kesan dan darah..

klik blog asal di sini

Friday, August 8, 2008

Salinan Laporan Pusrawi : Jawapan kenapa tiada kecederaan di ‘anu’ Saiful !


‘ Klik gambar untuk imej lebih besar ‘

Kenapa dubur Saiful tidak berdarah ?

Sebelum itu saya ingin bertanya ; anda sudah berkahwin ? atau masih bujang ? atau nikah sebelum kahwin – sampai mendapat kenikmatan tidak halal yang dimurka Allah ?

Jika sesuatu perhubungan kali pertama itu ia akan mengakibatkan melecet. Tangan boleh melecet juga jika kita tidak biasa membawa motosikal pergi kerja. Begitu juga mencangkul sama akan melecet kerana tidak beramal dengan ‘alah bisa tegal biasa’…

Jadi apa kaitan dengan kes liwat dan meliwat sekerang ini yang baru bermula semalam dan akan disambung 10 September depan ?

Maknanya kali terakhir perlakuan tersebut ialah pada 26 Jun dan ia bukan kali pertama seperti dakwaan Saiful. Maka jika BENAR berlaku kita tentu tidak akan menemui kesan luka, berdarah, koyak, rabak, dan apa jua yang menunjukkan kesannya kerana ia sudah beberapa kali berlaku – jika benar – seperti laporan Saiful kepada polis.

Namun orang tidak berfikir sedalam itu dan orang juga tidak memahami jika benar Saiful diliwat, dan berani menyatakan kebenaran keliwatan duburnya oleh VIP – seperti dalam laporan di sebelah anda- yang sudah jelas ditujukan kepada Anwar Ibrahim, tentu mereka akan mengatakan ini fitnah dan juga konspirasi. Sesiapa yang sayangkan Anwar kerana apa sahaja yang menarik hati mereka tentu akan menafikannya atas dasar suka dan taksub kepada Anwar.

Namun alangkah sedihnya jika Saiful dijadikan kambing hitam dan dikatakan alat konspirasi sedangkan bukan kali pertama isu liwat dan salah laku seks ini dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, maka ia tidak seharusnya ditolak mentah mentah dan diburukkan pula nama Saiful dan keluarga dengan berbagai cara dan kaedah hingga heboh seluruh dunia tentangnya.

jadi, pada pandangan anda pelik atau tidak Saiful tidak cedera seperti laporan di atas ?

bagi saya tidak, kerana ‘lobang’ sudah ‘alah bisa tegal biasa’…

p/s : Imej diperolehi dari blog ketua AMK yang disalin dari Malaysia Today yang diubahsuai oleh blogger Panglima Cyber.

10 comments

Read Full Post »