Feeds:
Posts
Comments

Archive for August 25th, 2008

SUNGAI PETANI 24 Ogos – Lebih 200 anggota jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR), termasuk lima ketua bahagian dan 10 ketua Pemuda daripada 40 bahagian parti itu dari negeri-negeri di utara hari ini mengisytiharkan keluar parti itu.

Tindakan mereka dijangka memberi kesan terhadap kempen PKR untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh menjelang hari pengundian Selasa ini.

Bekas Setiausaha PKR Kedah, Zamil Ibrahim yang mewakili kumpulan itu mendakwa perjuangan PKR telah lari daripada landasan penubuhannya sejak Anwar dibebaskan dari penjara.

“Anwar menjadikan PKR seperti sebuah syarikat perniagaan yang mana dia adalah Ketua Pegawai Eksekutifnya dan mentadbir parti sesuka hatinya,” kata Zamil kepada pemberita sewaktu mengisytiharkan dirinya keluar parti di sebuah hotel di sini.

Beliau mendakwa lima ketua bahagian dan 10 Ketua Pemuda itu berada dalam bilik hotel memandangkan keselamatan mereka terancam kerana diugut dan enggan menyertai 200 anggota jawatankuasa yang lain pada majlis berkenaan.

– Bernama

Tokwan ada tengok berita tentang 200 yang keluar dari PKR tersebut. Siap koyakkan kad ahli mereka beramai ramai. Ezam menjadi perantara kepada pengunduran ahli ahli termasuk lima ketua bahagian dan 10 Ketua Pemuda tersebut.

Tahniah kepada Ezam kerana semakin berani dan lantang di dalam ‘membasuh’ semua dosa dosa lalu di dalam PKR. Hasrat Ezam wajar diikuti oleh ramai lagi ahli PKR yang lain dan juga ahli ahli DAP dan PAS di dalam mengurangkan gangguan dan juga rintangan kepada kerajaan di dalam menjawab satu persatu tohmahan dan fitnah tidak berasas pembangkang terhadap kerajaan.

Yang ruginya ialah rakyat kerana mereka akan lambat menerima kemajuan kerana pemimpin negara terpaksa berhempas pula menjawab isu isu politik sepanjang tahun selama 4 tahun berturut turut.

Sepatutnya ia berakhir dengan berakhirnya pilihanraya. Namun tidak begitu.

Harapan tokwan ialah nak dengar lagi ramai anak muda keluar dari PKR dan kembali bersatu dengan UMNO.

P/S : Doakan tokwan cepat sembuh. Masih dalam ‘era demam’ dan dah tiga hari tidak jamah makanan. Moga Allah menyembuhkan tokwan dengan berkat doa doa cucu sekelian.

Read Full Post »