Tokwan tak dapat ringkaskan tajuk di atas.. Puas fikir plus mengantuk jadi tulis macam tu dah cukup kot.. Tok saja nak kongsi dengan cucu beberapa penemuan terbaru tokwan.
Pertama tokwan baru baca artikel panjang plus lebar dalam SaifulIslam http://saifulislam.com/?p=6973
Ada dinyatakan memang benar di Jordon pelajar boleh ambil ijazah dengan dua bidang berbeza tetapi major dan minor ..
Tokwan juga terbaca kisah dr asmadi yang pergi belajar arab dan pergi lagi kali kedua belajar syariah di jordon. Ada di link ini. http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7927.5;wap2
Kesimpulan tokwan nampak Zamihan benar dalam statement dia kata Dr Asri belajar arab major dan syariah sebagai minor. Cuma kenapa Dr Asri tak kata macam tu ?
Sebab Mstar lapor di bawah ini bahawa Dr Asri membuat pengkhususan dalam dua bidang sekaligus…pelik dan bingung tokwan fikir benda ni..
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/3/mstar_berita/20091103172036&sec=mstar_berita
Cuma adakah ia dapat diterima sebagai alasan untuk rendahkan intelektual Dr Asri ?
Tokwan rasa baik kita fokus hujah dan bahan ceramah beliau sebagai cara berbahas dengan ilmiah. Soal kelulusan tu tokwan tak setuju ia diungkit angkat..
Siapa setuju angkat tangan !
Salam tokwan,
Terima kasih utk link di atas.
Membaca coretan tersebut banyak membantu saya memperjelaskan beberapa persoalan di minda. Bagi saya, yg tidak mengenali Dr Asri secara dekat tetapi mengenali beliau daripada tulisan dan kuliahnya di internet, kisah pengalaman Saiful bersama Dr Asri memberi gambaran serba sedikit tentang diri beliau dan sejarah hidupnya. Mungkin pada kebanyakan orang ini bukan suatu perkara yg penting.
Isu ini mengembalikan minat saya untuk mempelajari agama. Dalam hidup ini kadang2 kita terleka dan terbabas dari ‘jalan’ hidup yg sepatutnya. Dr Asri mengembalikan keinginan untuk belajar dan memahami Islam dan seterusnya kembali kepada ‘jalan’ lurus. Ini adalah jasanya kepada saya. Saya kira jika org seperti saya yg hati keras seperti batu masih berpeluang disinari cahaya maka mungkin org lain juga boleh mendapat manfaat yg sama.
Ilmu yg baik umpama cahaya. Ia mampu menyinari hati yg gelap gelita. Saya bersyukur kerana cahaya ilmu masih mampu menusuk kalbu ini. Alhamdulillah
Islam adalah agama yang memudahkan ummatnya. Hanya manusia yang gemar menokok tambah hingga menyusahkan ummat Islam yang lain.
Dalam hadis sahih ada menyebutkan tentang pendirian Rasulullah yang akan melakukan solat wajib di masjid. Solat sunat baginda lakukan di rumah. Baginda tidak mahu mukminin menjadikan solat sunat seperti amalan wajib. Maksudnya utamakan yang wajib terlebih dahulu, yang sunat tu, pandai2lah kita. Sapa yang rajin dapatlah pahala lebih…itu saja. Kita yg terlebih-lebih ni jangan nak paksa orang lain ikut cara kita. Allah swt lebih Mengetahui sapa hambanya yang beribadat dgn ikhlas. Rajin saja tak cukup kalau hanya nak menunjuk. Sbb tu hamba Allah yg bersolat di tengah malam seorang diri amat di kasihi oleh Allah swt.
tak payah la duk tuduh2 org wahabi ke apa ke….tak elok la..
Patutla mereka yang mengikut kaedah Al-Quran dan Hadith dan bahasa Arab (sastera) memiliki pandangan keras di awal2 hujah mereka seperti Dr Zaharuddin dan Dr Asri. Selepas puas mengaji Syariah di peringkat Master dan kemudiannya baru memahami tubuh badan mazhab lain kenapa ada pelbagai mazhab kenapa pendapat berbeza tetapi tidak mudah mengaku ini lah cara sunnah dan yang lain SALAH!!! Namun terlampaunya pada Dr Asri kernana mempolapor hujah Hadith tertinggi sehingga menolak hadith dhaif dgn menyamaratakan hadith dhaif dengan maudhu'(palsu)…sehingga terangkat beliau dituduh wahabi. Isu jahil mazhab asas menyebabkan fikrah terencat bertajdid membabi buta.. Bahaya… tetapi berani… cukup berani…
Diperingkat pengajian tinggi pun telinga sentiasa pedih mendengar lidah student pengajian AlQuran dan Assunnah dan Lughah berkalam kasar pada kaedah Fiqh dan kaedah hukum dari pelbagai mazhab.. Walaupun agak kurang ajar kadang2 dengan jauhnya sikap sifat mahmudah.Tetapi tidak mengapa dalam ilmu tetap dilapangkan dada pada pelajar pengajian Syariah SEBENAR…. menerima pandangan furu’ yang berbeza dan pelik itu perlu berlapang dada sudah. usah menyalah mana salah dan betul.. Wallahu’alam