Feeds:
Posts
Comments

Archive for November 14th, 2009

Islam benarkan kronisme – Nik Aziz

KOTA BHARU 9 Ogos – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan amalan kronisme dibenarkan dalam Islam selagi pihak yang terbabit mempunyai kelayakan bagi menjawat jawatan penting dan tinggi dalam sesebuah organisasi atau syarikat.Beliau berkata, amalan berkenaan tidak salah kerana pelantikan Khulafa’ Rashidin iaitu khalifah empat selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W secara dasarnya adalah amalan kronisme.

“Mereka semua adalah kroni nabi kerana Abu Bakar, Usman, Omar merupakan bapa mentua dan Ali pula adalah menantu serta anak saudara kepada baginda. Mereka semua ada kaitan dengan nabi, kroni boleh dalam Islam selagi mereka ada merit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Forum Rangkaian Perniagaan Muslim Antarabangsa di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu mengulas gesaan Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad supaya beliau menjelaskan pelantikan menantunya, Ariff Fahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Semalam, akhbar melaporkan mengenai anggota Badan Pencegah Rasuah memasuki premis PMBK di sini untuk meneliti beberapa dokumen berhubung beberapa isu berbangkit termasuk salah guna kuasa setelah badan itu menerima surat layang mengenainya.

 

sumber : utusan

 

Tokwan rasa nak imbas sedikit perihal kata kata Haji Nik aziz hina Nabi di blog tok.

 

Nik Aziz semakin keliru dan petikan berita ini tokwan nak buktikan kekeliruan beliau dalam berfatwa.

 

Harap ada yang sedar status sebenar Nik aziz.. Agama dan Politik jangan diadukkan macam rojak.

 

 

Read Full Post »