Feeds:
Posts
Comments

Archive for November 15th, 2009

Komen dari Cucu Tokwan isu Wahabi

Terima kasih kepada pemberi komen di bawah.. cucu baca komen bernas beliau ….

Md Daud
dkasmuni@yahoo.co.uk
202.190.153.60
Submitted on 2009/11/10 at 12:41am

Saya berpendapat bahawa pihak majlis mufti & raja-raja perlu membuat tindakan tegas dan segera mencetak buku panduan yang murah secara ringkas apakah ciri-ciri Aqidah ASWJ yang sah dan ajaran yang sesat seperti Syiah, Bahai, Qadiani, Mujassimah, Salafi/Wahabi dan lain-lain untuk panduan orang awam islam supaya mereka tidak terpesong dengan ajaran lain daripada ASWJ.

Mereka juga mesti menyediakan panduan dan senarai institusi awam atau swasta yang ditauliahkan untuk mengajar ilmu fekah(mazhab maliki, safie, hanbali & hanafi bersanad), ilmu aqidah( rukun iman berasas mazhab asyariah & matruddi/ASWJ bersanad), ilmu tasauf(ilmu ikhsan/tariqah yg sah seperti gazaliah, junaidiah, naqshabandiah, syatariah, qadiriah, chistiyah, sanusiah,ahmadiah, alawiah dan lain dari guru mursyid yg bersanad ), ilmu kifayah (perundangan, kepolisan, ketenteraan,politik, perubatan, perniagaan, perkahwinan, pengurusan harta dari ilmuan islam yg bersanad), ilmu quran dan hadis bersanad termasuk yang lain2.

Buku-buku panduan ini mestilah disebar luas dan disertakan penceramah bertauliah untuk menerangkan apa dia ASWJ kpd pemimpin, bijak pandai di semua institusi awam/swasta supaya pihak jabatan agama tidak perkotak-katikkan oleh anasir pendakwah sesat yang berselindung disebalik kekuasaan dan kekayaan pihak tertentu untuk memecah-belah umat islam sepert berlaku di negara Arab selepas empayar Othmaniah gugur. Kalau yang ini tidak diambil serius maka tak hairanlah orang islam dan melayu akan bergaduh kerana keliru aqidah mereka.Kita tidak mahu, kita kelihatan hebat di mata dunia tapi mati keadaan kafir, murtad atau munafik dan dilakhnati ALLAH SWT. Pucuk pangkal ikutlah Aqidah ASWJ yang HAQ , AWALUDDIN MARIFATULLAH, AKHIRUDDIN MARIFATULLAH seperti pegangan ulama KAUM TUA.

Jangan lupa cetak semula buku tulisan KH Sirajuddin Abbas R.A. yang teramat bernilai seperti Iqtikad ASWJ;Mazhab Safie dan 40 masalah Agama bagi bijak pandai kita yang suka berjinak dengan AlQuran dan Hadith supaya tak sesat dengan bahaya dakwah
keliru SALAFI/WAHABI yang sesat dan suka mengkafirkan ASWJ, membidaahkan amalan sunnah yang baik dan mengubah/membuang sebahagian tulisan dari kitab ulama ASWJ muktabar untuk menipu orang.

Mereka takut dan sayang pada orang Yahudi, Nasrani dan Kafir tapi bertindak kejam dan benci kepada ASWJ.Mereka inilah orang Khawarij yang terbit dari Najd berdekatan dengan Riyadh yang banyak menyesatkan orang islam.
Selain sembahyang 5 waktu buat sembahyang taubat,hajat dan istikarah tengah malam selama40 hari minta doa petunjuk pada ALLAH SWT tentang kesesatan SALAFI/WAHABI. Insyallah ALLAH SWT akan tunjukkan kalian dalam mimpi. Kalau tak dapat, ulang amalan 40 hari berterusan lagi sehingga terang mimpi itu.

Ini adalah petua Sheikh Abdul Rahman Siddiq R.A. bekas mufti Inderagiri kawan baik Tok Kenali R.A. Mereka berdua berpegang kepada fahaman ASWJ atau KAUM TUA.

Read Full Post »