Islam benarkan kronisme – Nik Aziz
KOTA BHARU 9 Ogos – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan amalan kronisme dibenarkan dalam Islam selagi pihak yang terbabit mempunyai kelayakan bagi menjawat jawatan penting dan tinggi dalam sesebuah organisasi atau syarikat.Beliau berkata, amalan berkenaan tidak salah kerana pelantikan Khulafa’ Rashidin iaitu khalifah empat selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W secara dasarnya adalah amalan kronisme.
“Mereka semua adalah kroni nabi kerana Abu Bakar, Usman, Omar merupakan bapa mentua dan Ali pula adalah menantu serta anak saudara kepada baginda. Mereka semua ada kaitan dengan nabi, kroni boleh dalam Islam selagi mereka ada merit,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Forum Rangkaian Perniagaan Muslim Antarabangsa di sini hari ini.
Menteri Besar Kelantan itu mengulas gesaan Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad supaya beliau menjelaskan pelantikan menantunya, Ariff Fahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Semalam, akhbar melaporkan mengenai anggota Badan Pencegah Rasuah memasuki premis PMBK di sini untuk meneliti beberapa dokumen berhubung beberapa isu berbangkit termasuk salah guna kuasa setelah badan itu menerima surat layang mengenainya.
Tokwan rasa nak imbas sedikit perihal kata kata Haji Nik aziz hina Nabi di blog tok.
Nik Aziz semakin keliru dan petikan berita ini tokwan nak buktikan kekeliruan beliau dalam berfatwa.
Harap ada yang sedar status sebenar Nik aziz.. Agama dan Politik jangan diadukkan macam rojak.
Cam ne Nabi Muhammad mengamal kronisme bila Khalifah Abu Bakar, Umar, Othman & Ali itu dilantik selepas Baginda wafat.
Melantik menantu semasa dalam memegang jawatan dan/atau semasa hayat tu ade ciri-ciri kronisme.
Seorang CEO mungkin melantik anaknya menjadi Pengurus Pemasaran syarikat agar anaknya dilatih dan terlatih sebelum sianak mengambil alih jawatan CEO syarikat bila tiba masanya. Ini sering berlaku dlm syarikat sendiri tapi utk GLC ini TIDAK BOLEH berlaku.
Nampak sangat Nik Aziz putar alam. Cuba menjatuhkan maruah keluarga Rasulullah saw. Nak bandingkan diri dia dgn Rasulullah. Sapalah Nik Aziz kalau nak dibandingkan dgn Rasulullah. Usah permainkan agama krn nak halalkan perbuatan yg salah. Rasulullah tegas dalam pentadbiran dan politik. Baginda dan ahli keluarga hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang walau pun dirinya seorang Khalifah dan Rasulullah.
Tak macam keluarga Nik Aziz yg hidup senang, makan cukup, kenderaan besar. Ramai lagi rakyat Kelantan yg hidup susah. Rumah nak roboh, nak makan sesuap nasi pun payah. Khulafa Ar Rasyidin pun hidup susah, habis harta benda depa diberikan kepada rakyat.
Tapi di Kelantan lain…Khalifah depa hidup senang! Allah swt lebih Mengetahui.
Apa nak digaduhkan / Pedulikan dia.Orang dah Nyanyok dan dah Monopous memang merapu.
Lagipun dia tak akan ingat apa yang dah dicakapkan.
Memang Suku Sakat PAS tak akan mengakui kebaikan yang dilakukan oleh BN.
dia saja yang betul.
Pemimpin atasan PAS main air liur je… Yang bawah… berlebih2 pulak.Ada yang dah naik hantu…. macam bangkai !