Raja Mengeluarkan Melayu Daripada Hindu!
Zaman Prasejarah Malaysia dapat dijejaki seawal 200,000 tahun yang lalu berikutan penemuan alatan-alatan yang diperbuat daripada batu dan dijumpai di tapak arkeologi Kota Tampan, Lenggong. Rangka manusia terawal, Perak Man yang berusia 11,000 tahun dan Perak Woman yang berusia 8,000 tahun juga turut dijumpai di Lenggong.
Gangga Negara (abad ke-2-11) dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung masa kini dalam negeri Perak, Malaysia dengan Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Penyelidik percaya bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan, antara 1025 dan 1026.
Kejatuhan Sultan Mahmud Shah dan Melaka pada 1511 di tangan Portugis telah menyebabkan baginda berkubu di Bentan. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra di mana beliau mangkat. Baginda meninggalkan dua orang putera iaitu Tengku Muzaffar Shah dan Tengku Alauddin Riayat Shah.
Muzaffar Shah seterusnya menjadi Sultan Perak manakala Alauddin Riayat Shah menjadi sultan Johor yang pertama. Kesultanan Johor juga dikenali sebagai “Kesultanan Johor-Riau-Lingga”. Oleh itu kesultanan Perak hari ini mempunyai jurai keturunan dengan kesultanan Melaka.
Hari ini, negeri yang mempunyai sejarah tertua di Malaysia sedang dilanda gelombang dan badai. Sultan yang mempunyai jurai keturunan daripada kesultanan Melaka itu sedang dihina dan diinjak oleh segelintir orang Melayu dan penduduk yang asalnya bukannya penduduk asal negara ini.
Saya ingin mengingatkan kepada Orang Melayu, Walaupun DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong itu adalah pelindung kepada semua rakyat Malaysia dan Raja-Raja Melayu di negeri-negeri itu adalah pelindung kepada seluruh rakyatnya tetapi bukan Melayu memang tidak akan faham tentang sejarah bangsa kita.
Sebab itu lahirlah sebuah puisi baru-baru ini, bertajuk Kingdom of Purplaya dikarang oleh orang yang bernama Cecil Rajendra dan diterbitkan dalam majalah Aliran, menghina orang Melayu dengan berkata bahawa orang Melayu yang berada di negara yang disebut `Tanah Melayu’ itu bukan penduduk asal kawasan ini. Orang Melayu adalah kaum pendatang. Mereka datang merantau dari kawasan-kawasan lain, terutama dari Sumatera, lalu mendakwa inilah `tanah asal’ mereka. Maka dikatakan bahawa orang Melayu itu mula menuntut hak sebagai kaum bumiputera Persekutuan Tanah Melayu, lalu akhirnya mereka menggubal perlembagaan yang menetapkan beberapa hak mereka.
Menurut puisi itu, orang Melayu menetapkan, dalam perlembagaan itu bahawa raja di negara ini ialah raja Melayu, agama rasminya ialah agama Islam, bahasa rasminya ialah bahasa Melayu. Selain ini, orang Melayu yang dianggap kaum pendatang ini, menuntut hak-hak istimewa yang lain lagi, misalnya dalam bidang pendidikan, dalam bidang ekonomi, dalam bidang pentadbiran, dan sebagainya (dipetik daripada rencana DATUK DR. HASSAN AHMAD,Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan)
Bagi orang Melayu, Sultan-sultan Melayu adalah pelindung kepada orang Melayu.TITAH Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ketika merasmikan sidang Parlimen bagi penggal kedua kelmarin supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan wajar mendapat perhatian semua pihak.
Yang di-Pertuan Agong antara lain menekankan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tubuh dan tertinggi di negara ini yang telah dipersetujui oleh semua pihak semasa negara mencapai kemerdekaan.
Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah turut melahirkan rasa kecewa kerana sikap biadab sesetengah pihak terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Walaupun kenyataan itu bersifat peribadi dan tidak mewakili mana-mana sultan negeri lain, namun ia sudah cukup untuk melambangkan betapa tercalarnya peranan sultan Melayu pada pandangan masyarakat.
Sememangnya pihak istana mempunyai sebab untuk berasa kecewa dengan sikap pakatan pembangkang mencabar Sultan Perak sehingga tergamak menyaman baginda tidak bertindak demokratik.
Akhir sekali, sewaktu saya masih bersekolah, cikgu sejarah saya pernah berkata, apakah sumbangan terbesar Raja-Raja Melayu kepada orang Melayu. Katanya’ Jikalau Parameswara tidak memeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya dengan puteri Pasai, Indonesia dan menukarkan nama beliau kepada “Raja Megat Iskandar Shah”, Melayu pada hari ini masih lagi berugama Hindu. Sebelumnya Parameswara beragama Hindu.
Ini kerana pada masa itu orang Melayu menganggap Raja itu Bayangan Tuhan, dipercayai memiliki kesaktian, bertujuan memperkuatkan status / kedudukan raja, mitos dan lagenda memperkuatkan kedudukan raja, bertujuan untuk membezakan kedudukan raja dengan golongan yang diperintah, konsep orde kosmos/ menjadi raja terulung dan berkuasa terhadap seluruh alam semesta.Sebab itulah jika seorang Raja itu memeluk Islam maka sudah diwajibkan seluruh rakyat jelata mengikutnya.
Apa pun jua tujuannya, Raja-Raja Melayu telah memberikan jasa terbesar kepada Melayu iaitu dengan memilih ISLAM itu sebagai agama baginda.
Amir Hamzah
Batu Pahat
http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Tidak masuk akal. Apa sumbangan raja hari ini. Saya tidak menafikan sumbangan raja-raja melayu yang berjasa pada zaman dahulu. Pada masa yang sama saya tidak sama sekali hormat raja-raja yang mengadaikan tanah kita kepda british demi kepentingan peribadi. Saya jusga tidak boleh menghormati raja hari in yang duduk dan makan duit rakyat. Kita tidak boleh hormati seseorng disebabkan sumbangan datuk-nenek dia. kalau begitu macam mana dengan cucu-cicit onn jafar and tungku abdul rahman yang memberi kemerdekaan!
jika kita terima keputasan sultan perak, ini bermakna kita menghina perlembagaan and menderhaka kepada perlembanggaan. Sultan dibawah perlembaggan. Sesiapa yang menghina perlembagaan (UMNO) patut di-ISA-kan
Itu sebab banyak adat resam dan istiadat istana penuh dengan budaya Hindu termasuk konsep ‘derhakalah’ dan kemurkaan Sultanlah.
Walaupun Parameswara masuk Islam; itu munkin untuk tujuan politik, dia masih mengamalkan adat istiadat hindu diIstana. Masai pada masa itu adalah terkenal dengan pusat pengembangan agama Islam. Trengganu telah islam lebih lama dari Melaka.
Sepatutnya melayu islam sekarang hanya takut derhaka kepada Allah SWY dan mendatangkan kemurkaannya.
Jangan bodoh kan melayu islam spt kaum feudal Umno.
Tidak salah saudara bangga dengan sejarah leluhur saudara.
Tidak salah juga saudara mempertahankan martabat bangsa saudara.
Tapi saudara mesti meyelami sejarah tawarikh dan segala asal usul saudara sendiri secara saintifik dan kritis, janganlah hanya melaungkan pendapat berdasarkan emosi dan iklim politik semasa.
Pergilah siasat, jelajahi anda ke Tanah Andelas dan memahami peninggalan sejarah nenek moyang anda di Bukit Siguntang dan Pagaruyung , kembara anda ke Angkor Wat, kagumilah anda dengan pandangan di atas puncak Borobudor ,
Dan tempuhilah denai-denai yang membawa anda kepada bumi asal leluhurmu di Sarawak dan Kalimantan 2,000 tahun dahulu, ataupun ke China Selatan 4,000 tahun dahulu.
Bagaimanakah kita mengira dan mengukur siapakah Pribumi dan Siapa Pendatang?
Ada “pendatang” yang sudah 10 keturunan lahir di Semenangjung dan ada “pribumi”yang baru 3 generasi lahir di sini.
Adakah tuhan anda mengajar anda dalam kitab sucinya untuk memperbezakan insan manusia secara kabilah, bahasa, warna kulit atau label yang dipakai dalam surat beranak atau pada ketulusan hati nuraninya dan budi perkertinya?
Tepuklah dada saudara dan tanya selera lidah anda.
Please get your historical facts right, not from Malaysia history textbooks. It’s well known fact in the real history (not the one doctored by malays in malaysia) that Parameswara’s son embraced Islam, not the man himself. And where did the Malays come from? It’s true that they are not the natives of Malaysia, they just arrived earlier than the others. They do not even have a race identity till now, borrowing from other races!Islam is great, but Islam is religion, not race. You can’t associate Malays with Islam to falsely lift/get your identity. Go and study proper history first and throw away Malaysian history as they are not true! Regretted getting A for my SPM sejarah…
Kelakarnya! Geli betul! Tolonglah baca sejarah anthropology dan pakar-pakar, Orang Melayu memang kaum pendatang dari kawasan Yunnan dari China dan dari kawasan sekitar Thailand dan Laos 30,000 tahun dahulu. Sememangnya, kalau nak kata siapa bumiputera tulen adalah Orang Asli di Semenanjung, dan di Sabah dan Sarawak, bukannya Orang Melayu. Perkataan “Melayu” pun berasalnya dari kawasan Sumetara.
Tolonglah terima fakta sejarah. Orang Melayu memang kaum pendatang lama ke Semenanjung, apatah lagi kat Sabah dan Sarawak.
thanks sbb share info ni….time kasih tuanku!
Cerita yang sama, cerita kuno, same old rhetorics. We all understand history. Kita bukan buta huruf. My parents were born in Malaysia around 1905 and 1911. I was born in 1953 dont you think so I have a better right than Khir Toyo a modern day immigrant. So tell us something new. Dah muakdah baca benda yang sama.
Malaysia is for all race. Tok Wan were you born in malaysia, if yes only umno is creating the problem you can clearly see for yourself. Why can t all the race live peacefully in this country without refering to individual race. This country was built by all race.
Saiful Ibrahim ,
Ternyata saudara gagal memahami sejarah walaupun membacanya berulangkali. Anda tidak faham fungsi raja. Setiap komponen dalam negara memainkan peranan masing-masing jadi anda tidak boleh mengharap raja pergi ke pejabat atau ke ladang sebagaimana orang lain. Anda seorang pendendam dan melihat di sekeliling anda adalah musuh yang sentiasa ingin mengalahkan anda. Nasihat saya, jika anda seorang Islam (bukan penyamar), banyakkan berzikir kepada Allah. Banyak faedahnya.
Khir,
Anda seorang yang idealis. Anda ingin semua perkara menjadi sempurna. Mungkin anda seorang yang sempurna. Anda juga mengharapkan sesuatu yang ingin dimulakan mestilah suci dan tiada kecacatan langsung. Tafsiran saya itu ialah berdasarkan syak wasangka anda bahawa Parameswara masuk Islam kerana politik. Bagi saya jikapun benar Parameswara masuk Islam kerana politik, apa salahnya? Jika anda seorang Islam sekarang, adakah Allah akan mempersoalkan kelayakan anda masuk ke syurga hanya kerana nenek moyang anda dulu rakyat kepada Parameswara yang masuk Islam kerana politik?
Saya percaya anda tidak bersedia melakukan apa-apa untuk berjaya kerana anda hanya akan memulakannya setelah semua menjadi sempurna. Sedarlah, keadaan begitu tak pernah ada di dunia yang fana ini.
Makjunyeen,
Bagus nama anda. Macam ubat tradisional. Anda membawa ‘cadangan fakta’ yang agak menarik. Namun jika tiada batasan waktu langsung, kita boleh sahaja mendakwa semua manusia berasal dari satu tempat dan satu induk: Adam & Hawa, (menurut ajaran kebanyakan agama). Kemudian beranak pinak, berkembang dan bertebaran ke seluruh pelusuk dunia. Jadi, tidak ada sesiapapun yang mempunyai hak ke atas mana-mana kawasan. Adakah kerajaan di negara Cina dan India yang ada sekarang menerima cadangan ini?
Dalam isu Tanah Melayu, jika anda mahu berlaku jujur, imigran terbahagi kepada dua iaitu imigran tempatan dan imigran antarabangsa. Dunia orang Melayu sebelum kedatangan penjajah meliputi seluruh kepualauan Melayu termasuk Tanah Melayu dan Nusantara. Malah sebahagian Thailand juga masih kawasan Melayu yang dulunya dikenali sebagai Siam. Kesultanan Siam beragama Islam sehinggalah dijajah oleh pihak Thai sekarang.
Keperibumian orang Melayu melalui ketuanan raja-raja Melayu diiktiraf Inggeris. Ini dapat dilihat ketika Inggeris ingin menubuhkan Malayan Union 1946, mereka meminta tandatangan raja-raja Melayu. Kenapa? Padahal ketika itu orang Cina dan India sudah ada di sini. Kenapa Inggeris tidak meminta daripada ketua orang Cina/India (Maharaja Cina/India?). Hal ini erana Inggeris sedar prisip ‘meminta pada yang empunya’.
Saya fikir sudah terlalu panjang saya memberi komen di sini sedangkan ini bukan blog saya. Kami, orang Melayu dididik agar tidak mengganggu tuan rumah. Saya menjemput anda semua ke blog saya bagi meneruskan perbincangan.
memang org melayu org mendatang tapi pada ketika itu adakah dipanggil melayu???ini semua tak penting yang penting org melayu adalah org2 yang terawal menduduki tanah melayu…lebih awal dari bangsa cina dan india…jarang beribu tahun jauhnya….
tokwan : ramai dah panasssss tu. belasah lagi hehe
Sememangnya, kalau nak kata siapa bumiputera tulen adalah Orang Asli di Semenanjung, dan di Sabah dan Sarawak, bukannya Orang Melayu..yang ni betul
saya orang hindu pun….. tidak sudi di bilang ada kaitan dengan melayu nya orang malingsia eh…. maksudnya malaysia…. indonesia di sini toleransi tinggi kagak munafik kaya elo…..ngaku islam tapi ngebunuh sesama melayu,,,,, sadar jenggggg elo lebih kecil dari indonesia ya iyalah…….
sorry deh sdikit pedas abisnya,, dari batik ampe pendet mau diakuin
Sebenarnya, perkataan “pendatang” itu memang sensitif. Baik kita tinggalkan perkataan itu. Ketuanan Melayu berasaskan Ketuanan Sultan-sultan dahulu kala. Yang sekarang ini tinggal legasi sahaja. Melayu majoriti dan memang senang dimartabatkan sebagai pemilik Tanah Melayu sebelum kedatangan British. Orang India dan Cina sudah berjasa kepada Tanah ini dan memang mereka juga adalah sebahagian daripada Malaysia. Kita bekerjasama untuk membangunkan Malaysia, bukan bangsa sendiri sahaja. Kita elakkan diskriminasi dan semangat “assabiyah” yang ditentang oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda sendiri mahukan semua kaum hidup dengan aman damai.