Feeds:
Posts
Comments

Archive for February 5th, 2009

MB Perak dianggap sombong, derhaka

Oleh Magendran Rajagopal dan Mohd Anwar Patho Rohman
bhnews@bharian.com.my


TIMBALAN Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bersama-sama Adun Perak pada sidang media di Putrajaya, semalam selepas empat Adun dari Pakatan Rakyat mengumumkan keluar dari parti masing-masing.

Tindakan umum mahu bubar DUN tanpa perkenan Sultan langgar tatasusila budaya Melayu

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin boleh dianggap sebagai sombong dan menderhaka kerana mengumumkan mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. 

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata sebagai Menteri Besar, Mohammad Nizar sepatutnya perlu mengikut peraturan untuk berbuat demikian dan bukannya mengumumkan membubarkan DUN sebelum memohon perkenan Sultan.

Katanya, mengikut undang-undang, Mohammad Nizar sudah tidak layak menjadi Menteri Besar kerana menderhaka kepada Sultan dan lupa pada tatasusila budaya Melayu. 

Justeru katanya, Pakatan Rakyat boleh disimpulkan sebagai parti yang sombong dan tidak menghormati tatasusila budaya Melayu kerana membelakangkan peraturan dan Raja Melayu. 

“Kita boleh lihat Menteri Besar Perak ini sombong. Beliau buat keputusan tanpa mendapat perkenan Sultan. Ini sudah dikira menderhaka kerana bubarkan DUN tanpa mendapat perkenan Tuanku terlebih dulu,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat Balai Berita dan menyampaikan tajaan berjumlah RM45,000 bagi penganjuran Karnival Pra GP Joran 2009, di sini, semalam. 

Mohd Ali mengulas tindakan Mohammad Nizar yang mengadakan sidang media petang semalam bagi mengumumkan DUN Perak dibubarkan serta-merta dengan alasan tindakan itu dibuat kerana suasana politik di negeri itu kini berada dalam keadaan tidak menentu. 

Sementara itu, pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) bangga dengan keupayaan merebut kembali kerajaan negeri Perak tetapi pada masa yang sama mengingatkan parti itu bersikap proaktif menghadapi cabaran meraih kembali kepercayaan rakyat. 

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata perubahan dalam pucuk pimpinan kerajaan negeri Perak membuktikan BN masih menjadi gagasan terbaik untuk menyumbang bakti kepada rakyat.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pemimpin BN yang bertanggungjawab membawa perubahan di Perak. Rakyat di negeri ini kini boleh menarik nafas lega kerana pembangunan yang di bawah payung BN sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu kini berkesinambungan. 

“Syabas kepada Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) atas perkembangan baru ini dan saya percaya Kerajaan Pusat kini boleh melakukan lebih banyak lagi untuk membangunkan Perak,” katanya. 

Naib Presiden MCA yang juga Pengerusi MCA Perak, Datuk Kong Cho Ha, berkata parti itu menyokong penuh pembentukan kerajaan negeri oleh BN. 

“BN mempunyai angka yang diperlukan. Sudah tentu kita akan menawarkan diri untuk membentuk kerajaan negeri. Bagaimanapun, bagi urusan yang lebih terperinci, kami memilih untuk membincangkannya secara tertutup,” katanya. 

Timbalan Presiden Gerakan yang juga Pengerusi Gerakan Perak, Datuk Chang Ko Youn, berkata parti bersyukur kerana tampuk pemerintahan negeri kembali ke tangan BN dan menganggapnya sebagai peluang kedua untuk membuktikan kewibawaan gagasan itu kepada penduduk Perak. 

Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas, mengingatkan BN Perak supaya jangan memandang remeh peluang yang diperoleh untuk kembali menerajui kerajaan negeri Perak dan berusaha lebih keras bagi mendapatkan keyakinan rakyat. 

“BN Perak harus ambil iktibar daripada keputusan pilihan raya umum 8 Mac lalu, kenal pasti punca kekalahan dan lakukan pembetulan yang perlu dengan kadar segera supaya rakyat tidak menghukum kealpaan kita lagi,” katanya.

 


Tokwan setuju jika Sultan Perak hukum si Nizar yang beberapa kali membelakangkan Sultan Perak.

Tokwan sudah muak dengan telatah Nizar yang masih mentah tetapi suka melatah ketika tak dapat melepaskan kemarahan di hati sehingga mencemar maruah beliau selaku MB.

Kunjungan Nizar dan beberapa pemimpin PR ke Istana dan dihalang mungkin menunjukkan kemurkaan DYMM Sultan Perak  terhadap beliau.

Atau mengelak dari perjanjian pangkor II akan berulang kembali.

Tokwan memohon DYMM Sultan Perak agar menitahkan si Nizar ini dibuang negeri kerana mengumumkan membubarkan dewan undangan tanpa perkenan Sultan.

Kepada Datuk Seri Najib tokwan ucapkan tahniah dan tahniah.

moga kekuatan BN akan bertambah dan memberi kemakmuran kepada semua agama bangsa di negara kita..

 

oh lupa kepada bpn blogger syabaslah tokwan ucapkan.. tulis dan serang lagi diorang …

Read Full Post »