Feeds:
Posts
Comments

Archive for February 2nd, 2009

Kuek Ser Kuang Keng | Feb 2, 09 3:12pm
Ketua bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda mendakwa bahawa Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencuba tahun lalu untuk memujuknya supaya melobi dua ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat) di Perak supaya melompat parti.

Fauzi mendakwa, beliau telah ditawar sejumlah RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak membuat apa-apa tindakan untuk memenuhi hasrat Najib itu.

Walaupun mengakui beliau tidak mempunyai bukti yang konkrit untuk menyokong dakwaannya itu, tetapi Fauzi sebaliknya mencabar Najib – yang juga timbalan perdana menteri – menafikan dakwaannya itu.

Ketika membaca akuan bersumpah setebal tiga muka surat itu dalam satu sidang akhbar di Ipoh pagi ini, Fauzi berkata, seorang kawannya, Sulaimen Mansor – seorang ahli biasa Umno – telah menjemputnya ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan pada 11 Mac 2008.

Tarikh itu merupakan tiga hari selepas pilihanraya umum yang menyaksikan Barisan Nasional kalah di Perak dan gabungan Pakatan menubuhkan kerajaan negeri, dengan majoriti tipis lima kerusi.

Bagaimanapun, Suleiman membawa Fauzi menemui tiga lelaki “termasuk timbalan menteri pertahanan, Datuk Zainal Abidin di plaza tol Jalan Duta.

“Selepas itu, saya dibawa bertemu (Datuk Seri) Najib Razak di kediamannya di Putrajaya di mana beliau cuba memujuk saya supaya melobi bagi mendapatkan dua Adun PR melompat menyertai BN,” dakwa Fauzi.

TOKWAN PELIK KENAPA CERITA BARU DIBUKA SEMULA SELEPAS ADA URA URA YB PKR AKAN LOMPAT ?

KENAPA TAK LAPOR SPRM ?

KENAPA BARU BUAT SIDANG MEDIA DAN KENAPA DIAM SELAMA HAMPIR SETAHUN NI ?

PELIK LAGI PELIK DAH PERANGAI.

ADUN BOTA KANAN MASUK PKR KIRA BAGUS. TAK PERLU LETAK JAWATAN..

TIME ORANG LAIN MASUK BN ( GOSIP ) MAKA KENA BUAT PILIHANRAYA SEMULA ?

DARIPADA BAGI ORANG 50 JUTA BAIK NAJIB SIMPAN UNTUK PELABURAN MASA TUA..

YANG JELASNYA PR DAH NAK TUMBANG DAN MEREKA AKAN JATUH DENGAN SEGERA INSYA ALLAH….

Read Full Post »