Feeds:
Posts
Comments

Archive for February 9th, 2009

Pakatan Rakyat = Pakatan Rapuh

 

Karpal sudah menyelar Anwar. Anwar mengatakan Karpal marah kepadanya kerana tidak bersetuju menyaman Raja Perak. Samada Anwar dimarahi Karpal atau Anwar nafikan mahu saman Raja, Pakatan Rakyat @ Pakatan Rapuh sudah gagal untuk menunjukkan mereka menghormati Raja.

 

Peramainan politik derhaka ini tokwan risau kerana kjadian tempoh hari di Perak membuktikan bahawa yang ramai menjadi perisai Nizar ( baca : boneka DAP )dari anak cucu tokwan juga. Sedangkan sepatutnya Cina yang perlu lebih ramai di sana kerana PAS hanya sedikit sahaja kerusinya.

Jumlah kerusi paling sedikit ialah dari parti PAS dan ia tidak sma dengan BN sekarang yang mewakili ADUN majoriti melayu 95 peratus. Maknanya hak orang Melayu akan lebih dipertahankan oleh kerajaan yang digelar KUDETA oleh pembangkang walhal kerajaan dahulu sepatutnya layak digelar BONEKA…      

 

gambar : Anwar dan Hj Hadi masam mencuka walau bersalaman sesama mereka..

adakah benar benar berpanjangan ‘perkongsian’ idea politik mereka ??? atau PAS akan keluar t

 

 

Karpal lulusan undang undang merasa dia begitu berani hingga mahu melawan bekas Ketua Hakim Malaya. Dia mahu masuk gelanggang berpencak silat rasanya. Tokwan tak suka perbuatan ni. Walaupun tokwan tidak mampu menghalang penderhakaan si karpal yang begitu sungguh2 biadap ini.

Pakatan Rakyat sebenarnya cuba menyembunyikan kerapuhan mereka. Mereka menonjolkan dasar dasar yang menyenangkan hati semua kaum. Walhal anai anai giat memakan semangat kerjasama politik mereka yang dari awal sudah jelas jauh titik pertemuan agenda mereka.

Isu tidak habis dibangkitkan ialah hudud PAS yang menjadi titik merenggangkan yang boleh menjadi titik kemusnahan sebauh pakatan rapuh rakyat yang menidakkan ketuanan rakyat melayu malaysia sewenang wenangnya. Karpal memang berani.

Cuma tokwan teringat ada budak kampung tokwan berani juga. Dia berani bukan untuk bela negara… Tetapi berani merempit laju laju naik motor tak pedulikan orang. Last last tokwan dengar kepala dia dah hancur berderai digilis lori kerana tidak dapat mengawal motornya dengan baik hingga terjatuh dan mati di tempat kejadian.

Yang lagi menarik geng silat dan gangster melayu PEKIDA juga sudah memberi warning kepada Karpal. Ramai juga sudah membuat laporan polis hingga mencecah 34 laporan sejak semalam.

Adakah karpal  singh akan menjadi wira penderhaka pertama akan dihantar pulang naik kapal ke negara asal dan dibuang negara ?????

 

Karpal dan anak ketika membuat laporan polis menerima ugutan peluru ( mstar )

 

 

Tokwan nak tengok sampai ke mana beraninya karpal ni dan jugasetakat mana beraninya orang yang berusaha menghakis keamanan negara dan ketuanan bangsa kita.. Rasanya tak lama.

Read Full Post »