Feeds:
Posts
Comments

Archive for March 14th, 2009

Tajuk : Edisi Sabtu : Gosip Anwar akan lari luar negara dan nasihat untuk perwakilan UMNO sebelum membuat pemilihan -Malaysiakini

Ketika menulis post artikel ini, saya sedang menahan kesakitan di kepala yang berdenyut denyut kerana tidur yang sangat lewat semalam selepas berada di dua lokasi berbeza di dua negeri yang tidak sama dari awal malam hingga siang datang bertamu kembali.

hasilnya pagi ini ketika jam sudah melewati waktu tengah hari dan saya ketika itu masih lagi menghabiskan sisa sisa keletihan berjaga semalaman semalam. Berlingkur bak kata Parpukari – supporter BPN yang baru bergiat cergas sejak dua menjak kebelakangan ini dengan kawan rapatnya GOMO…

Blog pertama saya buka petang ini ialah saudara penyokong kuat BPN kita iaitu GAP. Seperti biasa macam macam cerita saya dapat tahu menerusi tulisannya. Memang menarik sekali himpunan info yang disediakan untuk santapan pengunjung setia samada kawan atau lawan. Apatah lagi dengan tajuk ‘ Siapa No 2 ‘ yang memuatkan juga info

Memang tidak mustahil Anwar akan lari keluar negara. Kerana kredibiliti DS Najib sangat kuat hingga gagal dirobek oleh Anwar. Dalam hal ini kekuatan DS Najib sudah diuji berkali kali. Namun Anwar dan pakatan rakyat tetap gagal.

Pandangan sekarang tertumpu kepada jawatan no 2 dalam UMNO. Kerana jawatan Presiden sudah pun berjaya dimenangi tanpa bertanding oleh DS Najib. Pencapaian yang membanggakan..

Antara tiga calon yang bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri sekiranya berjaya menjadi Timbalan Presiden UMNO amat menarik untuk disingkap. Kerana mereka semua ada bakat dan pengalaman. Cuma antara yang baik tentu ada lagi baik dan terbaik. Dan sangat layak untuk menjadi regu yang sesuai bagi DS Najib. Yang lain tentu baik juga cuma belum masanya lagi untuk mendaki ke puncak no 2 demi untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman dalam pelbagai kementerian atau kedudukan.

Dalam hal ini perwakilan UMNO akan menentukannya. Jika mereka mementingkan duit dari pengalaman dan kebolehan seseorang calon tentu punah jahanamlah nasib kita kita semua. Kerana ia membuka peluang kepada sesiapa yang berhasrat menguasai Malaysia serta memiliki dana yang banyak untuk naik menjadi orang penting di dalam negara selepas menguasai kedudukan penting di dalam UMNO.

Bayangkan jika ia meresap masuk di dalam urusan pemilihan bakal pemimpin kita ? Tentu ia sangat bahaya.

Menerajui negara memerlukan gandingan yang mantap. Kerana PM memerlukan TPM yang berani dan berpengalaman sepanjang masa PM terpaksa keluar negara atas urusan rasmi…

Siapakah dia ?

Anda lebih arif untuk menilai dengan baik dari segi senioriti, pengalaman dalam kabinet, ketelusan serta suci dari skandal skandal. Saya tidak berniat memberi nama kerana persepsi kita berbeza. Jika bakal TPM/ Tim.Presiden dari kalangan mereka yang tidak berpengalaman atau berintegriti ia boleh mengeruhkan rupa serta persepsi masyarakat terhadap UMNO sekaligus BN dan Kerajaan akhirnya. Meskipun kita sedar bahawa antara tiga calon tentu ada yang terbaik dari yang baik baik….

Jangan anggap tulisan saya ini melobi atau berkempen untuk sesiapa kerana saya bukan baik dengan siapa siapa. Lagipun siapalah saya kerana nama saya tidak sehebat blog blog yang telah dikenali ramai seperti blog blog yang saya pautkan di bawah ini… Cuma pandangan saya ini sekadar memberi pandangan peribadi kepada anda semua agar berhati hati di dalam urusan memilih pemimpin kerana ia sangat penting.

Buktinya, urusan pengebumian Nabi Muhammad s.a.w sendiri telah ditangguhkan oleh para sahabat demi membolehkan pengganti baginda dilantik terlebih dahulu untuk mengelakkan perpecahan yang sangat sangat ditunggu oleh musuh Islam dari dalam atau luar. Jika ia tidak penting tentu urusan tersebut akan dilambat lambatkan oleh mereka.

Dalam hal ini saya juga berhasrat memaparkan panduan menjadi seorang pemimpin atau ciri ciri sebenar pemimpin berdasarkan nasihat seorang ulama Sufi bernama Al Imam Hassan Al Basri kepada Amirul Mukmini – Umar bin Abd Aziz.. Beliau telah ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat islam, maka jawabnya :

” Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi.

Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya.

Dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya –menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka,tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad’afin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang–orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka.”

Kepada sesiapa sahaja yang berjaya nanti diharap agar sentiasa memegang AMANAH kepada AMANAH yang diAMANAHkan oleh seluruh rakyat MALAYSIA yang berjumlah 28 juta orang yang ditentukan oleh para PERWAKILAN UMNO yang berjumlah tidak sampai 2800 perwakilan .

Jangan rabun mata dengan duit atau ganjaran dunia kerana nasib negara kita bergantung kepada undian anda semua.

Moga Allah memberikan Malaysia pemimpin pemimpin yang baik dan amanah serta dapat membela nasib agama bangsa dan tanah air kita sepanjang masa tanpa takut kepada sesiapa pun selain ALLAH sahaja…

Read Full Post »