Feeds:
Posts
Comments

Archive for March 24th, 2009

Tokwan setuju isu gantung dua akhbar penyebar fitnah ini dilakukan..Sejak sekian lama memang dua dua ni menjadi dalang berita fitnah dan terbukti mereka memang mereka reka fitnah tersebut.

[suara_keadilan.jpg]

Terkini isu Altantunya dan mereka masih tetap nak siarkan fitnah tanpa batasan lagi.

Amaran Menteri KDN pada 13 Feb lalu nampaknya tak dihiraukan sikit pun. 

( lihat sini : http://www.moha.gov.my/template03.asp?tt=news&newsID=194 )

 

Lihat bukti di bawah kenapa mereka harus ditarik permit yang dipetik dari Siasah Daily di bawah –


Isu terakhir Harakah menyiarkan di muka depannya tentang kuasa Yang Dipertuan Agung untuk melantik orang lain dari bakal presiden Umno, Datuk Seri Najib sebagai PM.

Suara Keadilan juga membuat berita mengenai perkara yang sama iaitu Abdullah akan kekal sebagai PM.

Sejak kebelangan ini Harakah dan Suara Keadilan sering dirampas di merata-rata tempat oleh KDN dengan alasan dijual di kedai-kedai akhbar sedangkan syarat telah ditetapkan ia boleh dijual kepada ahli sahaja.

Sebelum mendapat permit dari KDN tahun lalu, Suara Keadilan telah sekian lama berada di pasaran tanpa sebarang permit.

Harakah pula mula mendapat kembali permit dua kali seminggunya tahun lalu selepas kuasa dua pertiga BN hilang dalam Dewan Rakyat di samping kehilangan lima buah negeri kepada Pakatan Rakyat.

Sejak Mac 2000 permit Harakah telah dijadikan dua kali sebulan berbanding dua kali seminggu sebelum itu.

 

Jika mereka dibiarkan berterusan mengganggu urusan peralihan kuasa maka tentu kerajaan akan hilang kawalan dan  sudah tentu membuat tindakan ketika itu tidak akan berguna lagi.

 

Tokwan seratus persen sokong digantung dua dua akhbar ini..

Read Full Post »