SOKONG… sebagai menyokong sambutan terhadap pengikut laman sosial Twitter milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang hampir mencecah 500,000 orang, stesen radio Suria FM mengambil kesempatan menyampaikan cenderahati berupa baju T tertulis “@ceriapagisuria follow @NajibRazak’ kepada beliau. Kunjungan Najib itu turut disambut oleh petugas Suria FM serta penyampai-penyampainya seperti Halim Othman, Linda Onn, Nabil (Raja Lawak) dan Kenchana Devi. Terdahulu pada Khamis, Najib hadir sebagai tetamu menerusi saluran 988 FM iaitu salah satu saluran untuk pendengar berbangsa Cina milik Star Radio Group (SRG). Selain saluran itu dan Suria FM, SRG turut memiliki Red FM dan Capitol FM.
tokwan jumpa di laman http://mstar.com.my/ gambar ini.
Leave a comment