Feeds:
Posts
Comments

Archive for March 5th, 2010

Bab ini sedikit sensitif. Kerana ia melibatkan perkataan Dewa. Dewa bermaksud macam kuasa hebat. Yang digeruni.

Tokwan tak tahu adakah betul atau tidak penggunaan perkataan dewa ini. Tokwan tak  sekolah tinggi macam cucu semua.

Tokwan guna nama Dewa kerana Karpal Singh juga yang telah membongkar kisah Anwar di Parlimen tahun 1997 dan sekarang ini Karpal Singh juga yang membela Anwar dari tahun 1998 hingga hari ini.

Adakah karpal singh ‘dewa menaik dan menurunkan dan melindungi ‘ Anwar ? wallahu a’lam.

Adakah maksud tersirat Karpal membongkar kes liwat Anwar di Parlimen tahun 1997 untuk menjatuhkan Anwar dan menjadikannya ikon pembangkang  dan merosakkan keharmonian UMNO ?

Adakah ini diguna untuk menjerat Anwar sehingga parti beliau DAP akan berkuasa mutlak dan tidak boleh digugat ?

Tokwan tak ada bukti cuma main teka sahaja. Kerana tokwan pelik kenapa DAP sangat ditakuti dan tidak boleh disentuh sedikitpun oleh parti lain.

Anwar juga tokwan tengok hanya berdiam diri jika ada isu melibatkan atau menyentuh DAP.

Tokwan khuatir jika MP dan Adun PKR dan PAS tidak sedar lagi maka mereka akan turut sama terjerat dengan kelicikan DAP menguasai Pakatan Rakyat tanpa sesiapaun dapat menyentuhnya sedikitpun.

Tokwan takut parti DAP ini akan menjad ‘ Maharaja’ baru Malaysia dengan menggunakan Melayu dalam PAS dan PKR.

Ramai pemimpin pembangkang sendiri menyatakan DAP sangat sombong dan berlagak serta menindas pemimpin yang lain dalam Pakatan Rakyat.

Cucu semua selepas baca tulisan tok ini,  kena ingatkan bangsa kita semua tentang hal ini. Kerana terbukti DAP hanya pandai menabur janji tanpa pandai melaksanakannya.

Tok dengar cerita sekarang masa untuk kita menyerang DAP kerana PKR dan PAS sudah nazak..

Hanya DAP sahaja masih kebal kerana mereka sebenar ada ‘tangkal’ yang telah merasuk minda orang itu yang sedang menjalani perbicaraan kes liwat.

selamat berjumaat. Tokwan undur dulu dan janga biarkan ‘kita hilang teloq’ !

Read Full Post »