Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Sami Xing Yun’

Sami Taiwan puji Malaysia adalah tajuk berita utama hari ini..Tokwan tertarik dengan pujian sami tersebut.. Kerana ada juga pengikut sami sami di Malaysia yang merasa mereka tidak aman dan selamat di negara kita ini…. Ramai juga penganut Buddha pasti akan bangga kerana Sami Xing Yun telah menjejakkan kakinya di PUTRAJAYA semalam…

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerima kunjungan hormat sekumpulan sami dari Taiwan tersebut kata akhbar Utusan.

Kumpulan sami tersebut yang diketuai oleh Pengasas Kumpulan Fo Guang Shan, sami Xing Yun menemui Abdullah bagi membincangkan pelbagai isu membabitkan keamanan sedunia.

Mereka telah diiringi Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat yang juga Naib Presiden MCA..

Maknanya ‘orang alim’ mereka dibawa dan diiringi oleh pengiring peringkat Menteri. Bagus betul penghormatan mereka kepada ‘orang alim’ agama mereka.

Pak Lah kata, sami dari Taiwan itu menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan selamat serta bebas daripada konflik antara kaum.

“Mereka memberitahu saya bahawa mereka kerap datang ke Malaysia dan berpendapat negara ini aman dan selamat.

“Negara ini juga bebas daripada pergaduhan antara kaum dan mereka menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang amat baik,” kata Perdana Menteri lagi.

Rupa rupanya bukan sahaja Syeikh Azhar Dr Tantawi sahaja yang memuji negara kita bahkan Sami Buddha pun memuji pendekatan kerajaan mentadbir Malaysia hingga keamanan dan perpaduan merata rata dirasai oleh segenap bangsa dan agama di negara kita.

Sami itu dah berusia 82 tahun dan sedang road tour ceramah di beberapa tempat di sekitar Lembah Klang.

Agak agak apa kata pembangkang selepas baca berita utama ini ?

Pak Lah dah terdesak… Rakyat semakin marah dan kerajaan menggunakan sami bagi meredakan kemarahan kaum cina….selepas syeikh azhar pun dah dibawa ke sini tempoh hari…

Mungkin mereka akan menyindir lagi – agar lebih pedas berapi – dengan berkata , adakah Imam Hadhari akan minta doa sami ? dan sebagainya..

Biarlah mereka nak bangkang dan kutuk kerajaan sekalipun..sebab semakin dikutuk semakin penat si pengutuk kerana kerajaan tidak terkesan sedikitpun dengan kutukan dan cacian mereka.

Kerajaan kerjanya bukan cari salah orang. Bukan nak kutuk atau maki orang. Tapi meneruskan kerja agar pembangunan akan semakin berkembang.

Kadang kadang sampai orang kata, kerajaan suka sangat dok diam. Hingga fitnah dianggap benar kerana ia diulang ulang…

Kerana kebatilan itu jika diulang ulang akan diterima juga lambat launnya !

tetapi kerajaan ibarat durian dan pembangkang Ibarat mentimun yang ingin tunjuk berani dan wira dengan menggolek durian…yang sakit ialah mentimun jika durian menggolek dirinya atau tergolek dengan tidak sengaja !

Read Full Post »