Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Politik tanah air’ Category

Tak ingat juga di mana tokwan jumpa benda ni, tetapi dalam internet ni macam macam ada…

yang baik ada yang buruk pun ada..

Jika kes akuan bersumpah ini mengheret Timbalan Perdana Menteri ke ‘ mahkamah’ tentu ramai akan berkata; kita kena teguhkan Pak Lah sebab kedudukan Najib tentu kuat..

Tokwan dok borak dengan kawan kawan pun ramai setuju macam tu juga. Ganti boleh tetapi lama mana akan bertahan ? takut Anwar akan ganyang habis habisan dan akhirnya UMNO lebih cepat berkubur selepas kejatuhan Pak Lah hasil hasutan berterusan dari bekas boss beliau sendiri ; Tun Che Det.

Tokwan sangat sedih sebab orang kuat UMNO sendiri mengkritik UMNO especially Pak Lah. Tokwan bukan apa dulu Tun Che Det juga minta sungguh sungguh jangan sokong Anwar walaupun dia dah keluar ‘ dikeluarkan’ dari UMNO. Namun apabila time Che Det dia pulak minta ahli ahli keluar.

Tun ni tokwan fikir ada agenda tersembunyi. Tokwan nampak dia nak huru harakan negara itu sahaja. Mujur dah tua Pak Lah tak ambik kisah sangat, paling kuat dia akan kalah dalam senyap selepas didiamkan kritikannya dengan tiada sebarang jawapan ataupun balasan.

Macam perempuan kena dimengorat, kalau layan lelaki lelaki bersiul tepi jalan tentu samada dapat kawan baru atau buaya baru.. Kena tangkap dan diangkut tentu nyanya jadinya…

Atau macam orang nak bergaduh dengan kita tentu kalau kita diamkan diri dan tidak layan tentu dia akan meraung kesakitan dalam hatinya kerana tidak dapat melunaskan dendam bertumbuk dengan musuhnya tadi…

Bagi tokwan baguslah Pak Lah berdiam diri… Jawab sikit sikit sahaja atau bagi menteri yang jawab jika berkaitan tugas mereka. Takkan nak kena jawab semua benda bagi pihak anak buah kan …

Di atas akaun bersumpah berkaitan isu akaun sesumpah ( maaf teringat bos RPK ) ….

Sebenarnya ada khabar angin juga tokwan dengar Raja Petra ni agen asing juga macam CIA lah macam tu… Tokwan tak pastilah pulak. Cuma kalau tengok ‘sumpahan’ dia tu memang ada unsur unsur mahu jatuhkan negara dengan cara yang tidak beretika sama sekali.

Apa anda baca kesimpulan sumpahan tersebut ?

ia ditujukan kepada 4 gologan sasaran…

1. Tentera

2. Raja

3. Menantu Pak Lah

4. Pak Lah sendiri…

Apabila rakyat dah hilang kepercayaan kepada semua gologan di atas, apa akan jadi ?

Tokwan pasti senanglah berlaku sesuatu luar jangkaan kita. Ingat bahawa Malaysia sangat subur dan kaya, ramai negara ingin menjajah negara kita.
Sekarang mereka hanya berani dengan orang ‘ balaci’ mereka sahaja. Tidak mustahil kebangkitan Islam melalui malaysia akan disekat sekeras kerasnya dengan bantuan munafik dan juga Islam liberal tajaan agenda tersembunyi mereka…
Moga Allah selamatkan Malaysia dan menjadi peneraju kepada kebangkitan kedua di akhir zaman ini…amin.

Read Full Post »

Tokwan membaca dan terkejut… Siap sumpah sumpah lagi Raja Petra bagi mengenakan Najib Tun Razak. Macam ‘abang angkat ‘ dia Anwar Ibrahim Al Sesumpah…

Mungkin RPK masih belum puas hati kerana isu sebelum ini gagal mengaitkan dengan nama baik najib sebagai bakal PM tidak lama lagi. Yakni selepas selesai perjuangan Pak Lah. Jika Najib naik tentu Anwar melepas sekali lagi menjadi PM keenam Malaysia selepas Pak Lah.

Isu peralihan kuasa sudah jelas meskipun Tun Mahathir mahukan ianya secepat mungkin. Sebab apa mungkin kerana bimbang prestasi Najib dikaitkan dengan Anwar atau sudah tidak dapat membendung kebencian kepada Pak Lah kerana memberi ‘muka’ kepada pembangkang atau apa sebab, tokwan tak adalah tahu sangat.

Cuma Pak Lah masih dapat memimpin negara… Dengan isteri yang tokwan baca sangat lembut dan perihatin seperti Jeanne tentu ia dapat membantu kelancaran tugas Pak Lah meneruskan agenda pembangunan negara. Datok dia pun panjang umur. Dekat 100 baru meninggal.

Alhamdulillah Najib sudah buktikan ia adalah palsu.. Mungkin ramai tidak percaya tetapi sebagai pemimpin biasalah dilontar dengan tohmahan dan fitnah.

Lepas ni tentu makin ‘ popular’ Raja Blog ( macam Raja Kapoor ) kalah Mawi atau Fasha Sandha…. Ini jenis Raja yang tidak berdaulat. Macam kawan saya ramai namai Raja di depan tetapi tidak ada daulat lagi…Raja Petra menyusahkan kerajaan dan orang ramai dengan isu isu seperti ini.

Cuma terfikir juga tokwan, adakah ini satu usaha menutup krisis PKR di Selangor selepas Yahya pegawai MB digantung dan dia ‘gantung diri’ serta pengakuan Khalid menerima sumbangan tetapi dimasukkan ke dalam akaun sumbang ; iaitu akaun PKR sahaja…Mesti mengamuk sakan kawan kawan Pakatan Rakyat yang tak dapat duit tu..

Hari tu pun dah jadi ‘ kambing hitam’ masuk penjara untuk menaikkan kemarahan rakyat kepada kerajaan, sekarang masih berani lagi …

Ya, perjuangan kena berkorban.. Tetapi sayang RPK sahaja korban yang diulang ulang…

Salam cucu… doakan kita akan kembali bersatu. Dengan satu semangat dan perjuangan..

Read Full Post »

 

 

 

 

Tan Sri Isa Samad adalah Naib Presiden UMNO… Didakwa rasuah wang dan digantung. Mujurlah dibebaskan awal dari 6 kepada 3 tahun sahaja hukumannya.

Tokwan melihat satu persatu bekas pemimpin muncul kembali…

Tempoh hari Tan Sri Rahim Tamby Chik ada keluarkan kenyataan akan bertanding kembali. Mungkin Tan Sri Isa akan menurut jejak langkah ‘bekas pemimpin’ yang sedang melakukan come back saat saat genting ini?

Tokwan rasa mereka ada potensi membantu Pak Lah. Meskipun ‘dosa lama’ masih diingati, namun Islam bukan agama yang kejam, peluang perlu diberi kepada mereka asalkan ada akujanji untuk menyokong kepimpinan sekarang menuju kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan seperti hasrat PM.

Maaflah tokwan mencelah isu politik lagi.. Namun tok lebai kita ada mengajar hadis nabi s.a.w bermaksud sesiapa yang tidak menghiraukan / mengambil berat urusan orang Islam ( muslimin ) maka bukan dari kami.

Ertinya kita kena mengetahui urusan orang Islam dan mengambil berat tentangnya. Jika berpeluk tubuh dan berdiam diri di saat Islam sudah diserang dari segi hiburan, politik, sosial dan juga urusan kehidupan semuanya, maka kita dikira bukan dari kalangan orang Islam yang sebenarnya dikehendaki oleh Nabi kita.

Bukan tidak sah Islam tetapi tidak diakui dia dari ‘kami’ yakni Nabi dan sahabat serta orang beriman.

Justeru memberi respon adalah matlamat tokwan bersengkang mata ‘berjihad’ di jalan internet ini untuk kebaikan anak cucu tok juga. Dan anak anak kita akan datang.

Bersatulah semua pemimpin kita !

Berhentilah bergaduh…kita bina barisan lurus menuju keredhaan Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Bukan untuk kita tetapi

-Bangsa

-Agama

dan Negara kita juga…

Pemimpin seperti Tan Sri Isa, Muhammad Taib dan Rahim Tamby Chik perlu digerakkan memberi sumbangan. Tugas kita ialah membaiki sangkaan terhadap mereka. Moga moga taubat dan keinsafan sudah memenuhi dada mereka selepas tersilap langkah satu ketika dulu.

Sayang bakat kepimpinan dan wawasan mereka disia siakan begitu sahaja.

Islam bukan mengubah rupa luaran tetapi dalaman sehingga Saidina Umar telah berubah dari pendekat samseng dan pembunuh anak dan peminum arak kepada Sahabat disayangi Nabi dan ditakuti syaitan kerana ketaatannya kepada Allah dan sayangnya kepada Rasulullah s.a.w..

Marilah kita semua bersatu ! sesama Islam dan Melayu.

Dan bersatu dengan non muslin yang TIDAK BENCIKAN ISLAM ! Yang digelar Kafir Zimmi yang dianggap menyakiti mereka seperti menyakiti Nabi kita juga..

Kafir harbi ??? cucu fikirlah sendiri bagaimana urusan muamalat kita dengan depa. Jangan kawan sudahlah..

Wassalam !

Read Full Post »

Tokwan tak sangka isu songkok benar benar menimbulkan kemarahan bangsa dan Raja kita. Dan sensiviti kaum lain termasuk MP pilihan mereka tidak seindah seperti sensiviti kita kepada mereka. Bagus speaker DUN Selangor dari Adun DAP di atas yang memakai jubah dan songkok ; pakaian rasmi Speakar Dewan Undangan Negeri Selangor kalau tak silap tokwan lah. Padahal sama dari Pakatan Rakyat juga dan bukan dari bangsa sejenis dengan tokwan pun.

Islam bukan dengan memakai baju jubah dan songkok. Islam dengan mengucap dengan mulut, yakin dengan hati dan amalan dengan anggota badan. Tidak semudah itu anda boleh murtad dari agama Hindu atau Buddha dan termasuk agama Islam menjadi Muslim seperti tokwan hanya kerana pakaian semata mata.

Apa pun prinsip ‘sumbang’ seperti Adun DAP di atas tidak perlu dipertahankan. Jika nak, katakan sahaja anda tidak suka hormati Raja meskipun mentaatidan menghormati Raja dan Negara adalah Prinsip Rukun negara yang Lima :

  1. Percaya Kepada Tuhan
  2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  3. Keluhuran Perlembagaan
  4. Kedaulatan Undang undang
  5. Kesopanan dan kesusilaan.

Sekian dari tokwan…

Read Full Post »

Harakahdaily
Sabtu lalu, ribuan pengguna kenderaan pensendirian menuntut rebet tunai di pejabat Pos seluruh Malaysia namun setiap rebet tersebut yang dibayar itu dikenakan caj perkhidmatan.Hasil keuntungan caj perkhidmatan itu secara tidak langsung memberi keuntungan yang besar kepada Pos Malaysia yang telah diswastakan dan sahamnya telah dimiliki oleh sebuah syarikat yang ada kaitan rapat dengan menantu PM.

Demikian pendedahan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan (MPT) Badrul Hisham dalam blognya berkaitan pembayaran subsidi kerajaan berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Badrul berpendapat syarikat tersebut sedang menikmati keuntungan hasil daripada mekanisma pembayaran subsidi tersebut.

“Tahukah anda, setiap plan yang diperkenalkan oleh Pak Lah mesti ada motif rasuah atau salahguna kuasa? Contoh untuk kenaikan harga minyak ini. Penstrukturan subsidi yg dibayar menggunakan wang pos

“Bayangkan duit yang masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yang dibayar sebagai subsidi…10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos,” katanya dalam blog tersebut.

Katanya sejumlah enam juta kenderaan di Malaysia yang mana setiap kenderaan akan mendapat subsidi RM 620, maka secara tidak langsung sebanyak RM 6.20 komisen yang bakal diperolehi oleh menantu Perdana Mneteri itu untuk sejumlah kenderaan yang mendapat rebet tunai tersebut. – mks. _

Nampaknya fitnah datang lagi. Menuduh kroni PM di tengah tengah kegembiraan rakyat Malaysia menerima rebat ditulis oleh bekas lawannya Khairy di Rembau dalam PRU 12 yang lalu.

Tokwan tengok jika hal macam ni pun dijadikan isu, apatah lagi hal hal lain. bukan antara Cina dan India lawan Melayu tetapi sesama melayu juga yang jadi ‘hantu’…

Tokwan rasa jika masih ego dan bongkak dengan kelebihan masing masing, kita akan semakin susah mencapai kemajuan. Kerana kegagalan pemimpin kita menjana perpaduan antara sesama bangsa dan agama. Terhalang kerana kekotoran jiwa dengan cinta dunia, pangkat, jawatan, harta dan sebagainya.

Tokwan menunggu di manakah ulama pewaris nabi yang akan menjadi penyatu antara dua bangsa POLITIK kita hari ini. Termasuk PKR yang masih ada rasanya di hati mereka sifat sayangkan agama meskipun sangat liberal dalam mencapai agenda politik mereka.

Kerana jika betul ulama pewaris nabi yang sangat takutkan Allah , mereka pasti akan menyatukan bukan memecah belahkan kita semua. Namun hakikat hari ini pewaris nabi tidak muncul lagi. Pewaris nabi belum munculkan diri di zaman kita hingga permusuhan masih berleluasa…

Ulama oh Ulama ! ada ulama digelar Dajal kerana menyelewengkan ilmunya…Mereka dipanggil ulama jahat atau

( su’ ).

Kesianlah cucu cucu kita nanti kerana mereka akan mewarisi kebencian dan pergaduhan ayah ibu mereka hari ini hingga tidak ada lagi ruang positif menyatukan antara mereka di satu masa nanti.

Read Full Post »

Pak Lah akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti yang dijadualkan pada Disember ini. itu khabar gembira tokwan dengar hari ini.

“Kami masih belum bersetuju secara tepat tarikh peralihan kuasa itu. Bukan dalam masa satu, dua atau tiga bulan akan datang… ujar Pak Lah lagi selepas ramai yang sudah gembira dengan kenyataan Pak Lah ingin mengundur diri.. Cuma tokwan harap Pak Lah undur selepas parti stabil kembali.

Sementara itu tokwa rasa cukuplah desakan dan pertanyaan tentang peralihan kuasa dari Pak Lah kepada Najib.. Ibarat kita minta ‘bos’ kita turun dari jawatannya..tokwan kalu duduk di kerusi PM tentu ‘terasa hati’ juga diajukan soalan soalan berbentuk sindiran sinis berkaitan jawatan PM dan Presiden UMNO…Cukuplah pergaduhan dan kita bina kembali ‘negara’kita dan hidupkan semangaat perjuangan menjaga agama bangsa dan tanah…..

Ikutlah nasihat UMNO Bahagian Tanjung Piai yang meminta semua pihak tidak lagi membangkitkan isu peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebaliknya menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan soal itu apabila tiba masanya.

Apa kata mereka ??

Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Md. Othman Yusof berkata, pada masa ini ahli-ahli UMNO di semua peringkat sewajarnya berusaha memperkukuhkan kembali parti.

Menurutnya, tindakan sesetengah ahli UMNO membangkitkan isu peralihan kuasa itu telah menyebabkan UMNO lemah dan tertekan sehingga ada pihak luar ‘menangguk di air keruh’.

“Tidak sewajarnya kita terus menuding jari ekoran kekalahan buruk pada pilihan raya umum sedangkan semua pihak termasuk parti komponen Barisan Nasional perlu bertanggungjawab sama,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

”Perebutan jawatan di semua peringkat pada pemilihan UMNO Disember ini dijangka tidak akan membawa perpecahan, kata Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan kematangan pemimpin UMNO yang sentiasa menghormati konsep demokrasi.

Sementara itu tokwan baca artikel tajuk berkaitan pembentangan penyata kewangan Petronas di Parlimen merupakan langkah paling wajar bagi menjelaskan kedudukan syarikat milik negara itu kepada rakyat, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Lim, yang juga anggota Parlimen Ipoh Timur berkata demikian sebagai menyokong cadangan anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin semalam supaya penyata kewangan terperinci Petronas dibentangkan di Parlimen.

Khairy berkata, Petronas wajar membentangkan laporan kewangannya supaya rakyat tidak terus mempersoalkan syarikat itu termasuk sumbangan, hasil dan kos pengeluaran yang ditanggung.

Entah bagaimana nada serupa dibangkitakn Khairy padahal mereka berlainan parti – fikir tokwan seorang diri.

Namun jika demi untuk kebaikan rakyat tentu Pak Lah terima apa jua cadangan dan kritikan dari mereka…

Selain itu tokwan tertarik dengan ‘stamina’ Tun Mahathir yang tidak reti dan henti henti kutuk Pak Lah. sedangkan zaman Tun sudah berlalu sebenarnya..Tun harus sedar bahawa pendekatan mencari ‘isu sensasi’ akan menjadi ‘tradisi’ UMNO yang berada di situasai hangat dan penuh mencabar sekarang ini..
Utusan melaporkan :

Che Det @ Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mendakwa rancangan untuk membangunkan Iskandar Malaysia bukan sahaja akan menjadikan wilayah pertumbuhan 2,217 kilometer persegi itu sebagai ‘Utara Singapura’ tetapi juga bakal menyebabkan Melayu di Johor terpinggir. Tokwan menggeleng kepala kerana ini satu lagi dakwaan dan tuduhan liar kepada negara kita..Cuma bagi tokwan apakah dengan membuat koridor koridor seperti ini merugikan negara ??

Kata Mahathir lagi ; Sehubungan itu, beliau mengingatkan Melayu di sekitar koridor pembangunan itu agar tidak mudah melepaskan tanah apabila ditawar harga tinggi oleh pihak tertentu. Koridor ini, yang juga dikenali sebagai Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor (SJER) diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Julai 2006. Namanya ditukar kepada Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) pada 4 November 2006 bersempena nama Sultan Johor, Sultan Iskandar sebelum sekali lagi ditukar namanya menjadi Iskandar Malaysia pada 11 April lepas.

Lebih RM47 bilion diperlukan bagi membangunkan kawasan itu sebagai pusat pertumbuhan terbesar di rantau ini dan akan memakan masa sehingga 2025.

Keseluruhan kawasan pembangunan itu dikatakan menyamai 2 1/2 kali ganda keluasan Singapura apabila siap sepenuhnya dengan syarikat Khazanah Nasional Berhad sebagai peneraju utama dalam merealisasikan wawasan pembangunan tersebut.

Setakat tu dulu..Dan azan Subuh pun sudah berkumandang ! tokwan minta diri dulu sebab tidak dapat tidur dari semalam. nak solat dan wirid dulu sebelum mengqaada’ kembali tidur yang semakin kurang dari hari ken
Ada masa tokwan tulis lagi. maaf kerana sekarang banyak membaca artikel artikel dari menulis..

Read Full Post »

Tian ChuaImage

Tu sahaja tulisan tokwan malam ni….salam cucu semua !

Read Full Post »

« Newer Posts