Feeds:
Posts
Comments

Archive for May 4th, 2012

Wartawan TV3 Persoal LGBT Anwar

JIKA ANWAR MENJADI PERDANA MENTERI … BAGAIMANAKAH STATUS LGBT DIPERJUANGKAN OLEH AMBIGA?

Sewaktu Bersih 3.0 berlangsung, saya tidak berada di Malaysia tetapi sempat menonton berita disiarkan oleh media asing.
Berita menggambarkan betapa huru-haranya negara kita, Malaysia.
Apapun, melalui pengamatan saya, Bersih 3.0 kelihatan tidak begitu bersih. Pelbagai kejadian tidak diingini berlaku samada dirancang atau sebaliknya. Fakta, ramai tercedera, termasuk polis, penyokong Bersih dan beberapa wartawan.
Lebih menakjubkan, saya berasa amat teruja menonton aksi berani lelaki mengejar kereta peronda polis dan sebaik mendarat, berulang kali melompat di atas atap kenderaan sedang bergerak itu.
Berani sungguh tindakan itu.
Terfikir, adalah dia berfikiran dengan kaedah itu dia mampu mengubah pilihan raya mengikut acuan dan tuntutan pemimpinnya?
Awal malam tadi, saya bersembang dengan rakan baik dan tiba-tiba tercetus satu persoalan menarik di minda saya.
Begini …
Ambiga menyokong LBGT, itu fakta diketahui ramai.
Di sepanjang Bersih 3.0, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Aziz Nik Mat dilapor memberikan sokongan padu. Namun saya akur, kita tidak sepatutnya menuduh mereka sebagai penyokong LGBT. Tujuan kedua pemimpin terbabit dan penyokong mereka, untuk menuntut pilihan raya LEBIH bersih.
Apapun, jelasnya, Datuk Seri Anwar amat berminat untuk menjadi pemegang tampuk pemerintahan negara, Perdana Menteri Malaysia.
Keputusan samada beliau berjaya atau sebaliknya bakal ditentukan selepas Pilihan Raya Umum, PRU Ke-13 kelak.
ANDAI KATA Datuk Seri Anwar berjaya dinobatkan secara sah sebagai Perdana Menteri, timbul satu soalan penting pada ketika itu …
Adakah beliau dan ketua parti politik seperti PAS dan DAP akan memenuhi tuntutan Ambiga sekaligus merestui serta menghalalkan LBGT di Malaysia?

… kerana sebelum PRU 13, mereka semua kelihatan molek berganding bahu dan bekerjasama untuk mencapai objektif masing-masing.

Semoga soalan itu dapat diajukan kepada semua pemimpin parti terbabit sebelum PRU 13.

Read Full Post »