Feeds:
Posts
Comments

Archive for July 17th, 2010

semalam harga minyak dan gas dah naik termasuk gula. tokwan tak terkejut kerana ura ura kenaikan sudah lama dibuat oleh kerajaan kita.

cuma dalam hal ini ada orang kata pandangan rakyat tidak diambil kita. maka tokwan sudah berjumpa wawancara dengan datok idris jala tentang kajian yang telah dibuat.

lepas tambah angka angka tu tokwan dapat keputusan bahawa seramai116,958 rakyat malaysia telah ditanya perkara ini dan majoriti setuju kita kurangkan subsidi.

tokwan baca dalam wawancara dia dengan berita harian. cucu jangan lupa edarkan biar orang faham sebab musabab perkara tidak popular ini dibuat oleh kerajaan demi kebajikan rakyat juga akhirnya.

wawancara penuh boleh klik link di sini

http://www.bharian.com.my/bharian/

sedutan wawancara beliau dengan Berita Harian :

soalan : Kenapa kerajaan tidak mengadakan undian bebas daripada rakyat untuk mengukur maklum balas orang ramai mengenai rasionalisasi subsidi

Itu memang kita buat. Sebelum Hari Terbuka, kita minta Maxis menghantar SMS kepada pelanggan perkhidmatan mereka bertanyakan sama ada Malaysia perlu mengurangkan subsidi. Seramai 190,152 pelanggan memberi maklum balas dan daripada jumlah itu, 115,246 atau 61 peratus bersetuju Malaysia mengurangkan subsidi dan 123,557 (67.5 peratus) mencadangkan pengurangan subsidi dilakukan secara berperingkat antara tiga hingga lima tahun.

Pada Hari Terbuka, 1,899 memberi maklum balas dan daripada jumlah itu, 1,712 (90 peratus) bersetuju kita perlu mengurangkan subsidi dan hanya sebahagian kecil (187) menolak cadangan pengurangan subsidi.

Daripada mengurangkan subsidi, sepatutnya kerajaan memberi fokus kepada usaha membanteras rasuah, menangani ketirisan dan memperbaiki kecekapan.

Di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), salah satu daripada enam NKRA ialah untuk membanteras rasuah. Sehingga ini, kita sudah melaksanakan beberapa inisiatif untuk menangani isu ini. Sebagai contoh, sejak Januari lalu, kita meluluskan Akta Pencegahan Pemberi Maklumat di Parlimen, kita sudah mendakwa dan mengumumkan 97 pesalah di dalam laman web Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Untuk menunjukkan ketelusan, kita juga sudah mengumumkan 2,665 anugerah kontrak kerajaan di dalam laman web dan juga sudah mengeluarkan garis panduan yang jelas untuk mencegah sebarang surat sokongan bagi mengelakkan disalahgunakan. Sebagai tambahan, kita juga melaksanakan perjanjian integriti seperti disyorkan Transparency International bagi kontrak perolehan kerajaan. Kerajaan membuat tindakan susulan hasil keputusan dan syor laporan Ketua Audit Negara.

Kerajaan sepatutnya melantik pasukan khas pada peringkat tertinggi untuk berunding semula kontrak sedia ada dengan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dan pemegang konsesi tol.

Ini adalah cadangan adil. Makmal ini akan mengesyorkan kepada Kabinet mengenai perkara ini.

Read Full Post »