Feeds:
Posts
Comments

Archive for April 18th, 2010

achik.jpg

Tokwan ucapkan takziah kepada keluarga Achik Spin yang telah diduga Allah dengan kemalangan ngeri anak mereka.

Kemalangan boleh berlaku di mana mana dan tidak patut jika kita salahkan kerajaan seperti blog pembangkang ni kata.

http://lagiberita.blogspot.com/2010/04/mpv-terbabas-terbakar-achik-spin-maut.html

Semua perkara untuk keselamatan di jalan raya telah dibuat oleh Kerajaan dan tidak patut sesekali pun dilonggokkan kesalahan pemandu kepada kerajaan.

apa pun kita patut bekerja sama memastika diri dan keluarga selamat dengan memeriksa tahap diri, kereta dan cuaca sebelum memulakan perjalanan.

Yang penting hubungan kita dengan Allah mesti selalu dijaga agar diberikan keselamatan.

Sambil memandu basahilah lidah dengan selawat dan istigfar dan mendengar bacaan al quran.

Al fatihah kepada Arwah Achik moga ditempatkan Allah di syurga…

Read Full Post »