Feeds:
Posts
Comments

Archive for April 14th, 2010

Tulisan : Panglima Perang Cyber ( http://penembak-tepat.blogspot.com )

Alhamdulillah pagi ini saya telah dapat menemui beberapa bukti yang boleh mengaitkan isu APCO dengan Pakatan Rakyat khasnya Anwar Ibrahim yang telah dikenali sebagai ‘teman lama dan mesra’ golongan Yahudi.

Ini setelah meluangkan sedikit masa membaca kembali kenyataan Anwar di Parlimen berhubung isu APCO.

Rupa-rupanya Anwar Ibrahim tidak perasan bahawa beliau telah mendedahkan diri dan Pakatan Rakyat kepada ‘lembah bahaya’ kerana memaparkan fakta tentang 1Israel yang tak ubah konsepnya seperti yang dipraktikkan oleh Pakatan Rakyat bawah beliau.

Semua tahu isu APCO timbul untuk menutup isu isu yang lain. Terutama isu liwat yang masih lagi belum selesai dibicarakan di Mahkamah. Maka ia dimainkan dengan begitu meluas demi untuk mewujudkan persepsi bahawa Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri membuat hubungan sulit dengan Israel.

Dulu isu Altantunya namun selepas 3 kali Perdana Menteri bersumpah di tiga tempat berbeza dan selepas sekian lama masa dihabiskan untuk menerangkannya barulah fitnah tersebut padam dan tidak lagi dijadikan isu oleh pembangkang. Kini isu APCO dijadikan modal untuk memburukkan PM dan seluruh pentadbiran kerajaan kerana mengambil APCO menjadi penasihat Perdana Menteri dalam dasar 1Malaysia.

Begitu juga isu pembelian kapal selam, jet dan sebagainya juga telah tidak lagi diulang oleh pembangkang selepas rakyat sendiri telah dapat melihat bahawa tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang tidak berasaskan bukti yang nyata melainkan hanyalah fitnah yang direka-reka untuk kepentingan politik yang sempit.

Isu APCO yang dikait dengan 1Israel ini telah dijadikan isu untuk mengaitkan Kerajaan Malaysia dengan isu keselamatan negara ekoran kaitannya yang didakwa ada hubungan dengan Israel. Walhal ia satu pembohongan yang amat jelas. Anwar cuba memberi gambaran Malaysia sudah sangat terancam apabila PDRM dan JPM telah diresap oleh pengganas Israel sedangkan ia tidak berlaku sama sekali.

Yang terancam hakikatnya ialah masa depan politik Anwar yang mana ramai menganggap beliau akan gagal menuju takhta PM dan bakal berakhir di kandang besi jika disabitkan kesalahan meliwat Saiful Bukhari.

Tuduhan mereka hanyalah bersandarkan kepada persamaan perkatan 1Israel dengan 1Malaysia. Bahkan mereka tidak tahu dengan teknologi internet zaman ini rakyat tidak mudah diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim. Segala maklumat sudah berada di hujung jari.

Realitinya, 1Israel yang didakwa hasil idea APCO adalah satu gabungan parti parti politik di Israel manakala 1Malaysia adalah gagasan untuk menyatukan rakyat Malaysia agar harmoni dan saling bersatu padu tanpa melibatkan kerjasama parti-parti politik.

Jika benar APCO bertanggungjawab mencipta 1Israel kenapa konsep yang sama tidak dipraktikkan oleh Kerajaan Malaysia ?

Dan ternyata hanya Pakatan Rakyat sahaja yang mempunyai persamaan dengan 1Israel yang dipraktikkan di sana oleh golongan ZIONIS YAHUDI.

Lihat bukti Pakatan Rakyat idea 1Israel di blog Anwar di bawah :

ANWAR-APCO.png

Read Full Post »

gambar Adun Kulim Lim Soo Nee

gambar Adun Kulim Lim Soo Nee

Hampir 200 anggota PKR cawangan Taman Tunku Putra Kulim keluar parti itu beramai-ramai atas alasan tidak lagi yakin dengan pucuk pimpinan PKR.

Mereka yang diketuai G. Thanagaran sebaliknya menubuhkan cawangan baru BN iaitu cawangan Kampung Padang Buluh/Padang Tembak dalam Bahagian Kulim/Bandar Baharu. Thanagaran berkata, mereka bertindak keluar parti kerana kegagalan pimpinan PKR pusat menunaikan janji-janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

ADUN PR kawasan Kulim yang juga Exco, Lim Soo Nee tidak pernah menunjukkan muka atau menjenguk penduduk di kawasan ini walaupun telah dua tahun berlalu. Kami tiada tempat hendak mengadu,” katanya.

Mereka menyerahkan borang keahlian menyertai BN kepada Pengerusi Barisan Nasional Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir pada satu majlis sempena Gerakan Tumpuan dan Mesra Masyarakat di kawasan perumahan Taman Tunku Putra hari ini.

Sumber : Mstar Online

“Cakap tak serupa bikin ” .. itu lah ungkapan terbaik untuk Adun Kulim Lim Soo Nee yang selalu mengkritik pemimpin lain tidak turun padang tetapi kawasannya sendiri pun tak dijaga.

Dulu beliau lah antara geng PKR yang menambah cerita untuk melakukan ” Character murder ” terhadap YB Bebas Zulkifli Nordin dengan menunjukan bukti SMS yang disimpan selama 2 tahun .

Malah Lim Soo Nee juga lah yang orang PKR yang kuat dan lantangmengkritik YB Zulkifli tidak pernah turun padang ke kawasannya selepas keluarnya beliau dari PKR ke BEBAS.

Hari ini dalam sinar harian pun , beliau juga turut mengkritik Adun BN Kuala Nerang kononnya main politik kerana berhasrat menghantar memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi meminta kenaikan gaji kepada majikan mereka iaitu Kumpulan Ladang-Ladang Kedah Sdn Bhd berikut harga getah kini mencecah RM 4.70 sekilogram .

Artikel di atas ini mendedahkan cerita sebenar siapa Lim Soo Nee dan pendedahan didedahkan sendiri oleh ahli PKR seramai 200 di Tmn Tuanku Putra yang telah keluar parti beramai-ramai. Alasan utama mereka keluar adalah kerana kecewa dengan kepimpinan parti PKR dan Adun PKR Kulim yang tidak pernah turun padang ke kawasan mereka selepas 2 tahun menang.

Ibarat meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri, Lim Soo Nee yang suka sangat mengkritik orang lain akhirnya dimalukan sendiri oleh ahli-ahli PKR sendiri . Baru saja dilantik menjadi Exco Negeri tetapi rupanya pemalas turun padang ….

sumber : blog Pejuang Bangsa

Komen Panglima : akhirnya ahli PKR Kulim keluar parti ikut YB Zulkifli Nordin tanda protes kepada kepimpinan PKR yang makin teruk sejak dulu, kini dan selamanya.

Terbukti langkah YB Zul keluar PKR adalah tepat dan disokong oleh ahli ahli parti di kawasan beliau.

sumber : blog Pejuang Bangsa

Komen Panglima : akhirnya ahli PKR Kulim keluar parti ikut YB Zulkifli Nordin tanda protes kepada kepimpinan mereka yang makin teruk sejak dulu, kini dan selamanya.

Terbukti langkah YB Zul keluar PKR adalah tepat dan disokong oleh ahli ahli parti khasnya di kawasan beliau sendiri.

Read Full Post »