Feeds:
Posts
Comments

Archive for November, 2009

Tokwan baca berita dalam laman idealismahasiswa. Ketika search perkataan wahabi maka tok jumpa artikel dari lama tersebut.

Sebelum ini jarang penulis mengkritik fahaman tokoh Hj Hadi Harun Taib dan Nik Aziz tetapi tok nak cetuskan isu ini agar kita dapat melihat bahawa dalam PAS masih ada golongan wahabi ini.

Tok tak reti nak ulas panjang cuma nak suruh cucu pegi tengok di link http://www.idealis-mahasiswa.net/artikel-harian/mar2005/23mar01.html yang tok kutip dalam google tadi.

cerita nik aziz wahabi kena jengok laman ni http://umnolawanpas.wordpress.com/2008/04/22/nik-aziz-kata-nuzul-quran-lebih-utama-dari-maulid-tuan-al-quran/

kalau malas nak pegi sana boleh lah tengok salinan bawah ni. ok ye cucu semua tok nak ke kedai nanti free tok bukak lagi blog ni.

oleh Ingrid Erez
sumber – Marhaen

Saya tahu idea untuk meletakkan Husam Musa sebagai Presiden PAS adalah sangat drastik dan pasti gagal, serta sudah tentunya tidak akan mendapat sambutan hangat. Ia bukanlah idea yang popular, lebih-lebih lagi dalam konteks PAS yang akhir-akhir ini semakin tersudut ke pinggir ummah. Namun idea ini penting untuk direalisasikan demi survival PAS. Jadi segala-galanya tergantung kepada perwakilan PAS untuk menentukan arah haluan gerakan oposisi ini.

 

Pada saya Ustaz Hadi adalah pemimpin yang tidak berwawasan, gagal untuk bersikap pragmatik, liberal, toleran dan dinamik seupama Ustaz Fadzil Noor. Corak kepimpinan Ustaz Hadi jelas terpengaruh dengan aliran Taimiyyah, Qayyim hinggalah pada fahaman wahabi yang muktakhir ini dilihat sebagai penaja keganasan yang akhirnya menatijahkan gerakan seperti al-Qaeda, Taleban. Malah pengganas Usama Bin Laden adalah salah seorang penganut fahaman ‘keras’ wahabi ini!

Dan, maaf jika saya katakan bahawa Ustaz Hadi lebih berimejkan ortodox dengan keyakinan dogmatiknya seperti teori darul Islam dan Darul Harb, hudud, negara Islam dan prioriti fiqh! Walhal ummah kini memerlukan pemimpin gerakan yang liberal, tetapi berprinsip seperti Yusof QardawiHassan Nasrallah,Hidayat Nurwahid dll.

Justeru sempena muktamar PAS Jun nanti, saya menyeru kepada semua ahli PAS agar berani untuk membuat perubahan dengan segera menyingkirkan semua kuda-kuda lama seperti Ustaz Hadi, Azizan Razak (yang tinggal percuma atas markaz PAS Kedah), Hassan Shukri (Pengerusi Lembaga Pengarah Kohilal yang lembab) dan Harun Taib (sang wahabi tulen) dengan menaikkan pemimpin muda yang progresif seperti Husam Musa, Zulkifli Ahmad, Ahmad Awang dan Mohammad Sabu.

 

Walaupun mereka ini muda, tetapi mereka jauh lebih ikhlas dan berani dalam perjuangan berbanding kuda-kuda tua sebelum ini. Malah secara peribadi saya menyifatkan Husam Musa jauh lebih baik dari Anwar Ibrahim – yang sentiasa mengkhianati perjuangan Islam. Tetapi sebaliknya Husam lebih konsisten dengan wadah Islami! Letakkan Husam Musa sebagai Presiden jika mahu selamatkan PAS.

Hidup Islam, hancur Hizbiyyah!

Read Full Post »

Tokwan tak reti nak bercerita pasal kes tangkapan Dr Asri Zainal Abidini. Tokwan tak lah pandai sangat bab agama ni. Sekadar nak menjampuk minat orang kampung je dalam arena siber yang diguna pakai ramai rakyat malaysia sekarang.

Terbaru Tok Mufti Harussani dan Dr Mashitah Ibrahim turut ulas isu tak ambik tauliah ni.

 

tokwan salin ye.. jangan lupa baca. kalau nak tengok link asal bole klik sini

 

Tokoh tak mohon tauliah dibidas

Oleh Nazura Ngah, Hazpaizi Mohd Zain dan Zanariah Abd Mutalib
bhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Beberapa tokoh agama Islam kesal dengan sikap segelintir tokoh agama yang menganggap mereka kebal dan tidak perlu mendapatkan tauliah untuk menyampaikan ceramah agama.

Sambil menganggap golongan itu sebagai takbur, mereka berpendapat populariti, kedudukan dan kelayakan bukan ‘lesen besar’ untuk menyampaikan ceramah kerana mereka terikat dengan undang-undang.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata peraturan yang dikuatkuasakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) adalah satu keperluan dan diselaraskan di seluruh negara selepas persetujuan Majlis Raja-Raja.

 

//

Katanya, adalah wajar peraturan itu dihormati dan dipatuhi sebagai tanda menjunjung kedaulatan undang-undang dalam prinsip Rukun Negara.

“Sistem pentauliahan bertindak sebagai mekanisme kawalan terhadap mana-mana pihak yang cuba menghidupkan amalan dan ajaran sesat.

“Saya tidak nampak kenapa peraturan seperti itu tidak boleh dipatuhi dan mereka yang enggan mendapatkan tauliah adalah mereka yang takbur. Doktor dan peguam juga perlu mendapat tauliah sebelum dibenarkan berkhidmat.

“Walaupun seseorang dianggap intelektual, dia tidak seharusnya sengaja melanggar undang-undang. Dalam isu ini, Jais hanya menunaikan tanggungjawab dan mereka mempunyai asas membuat tangkapan kerana ada peruntukan. Salah atau tidak, itu isu berbeza dan mereka boleh dibicarakan,” katanya semalam.

Beliau mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mempertikaikan tindakan Jais menahannya kerana berceramah tanpa tauliah kerana menganggap dirinya bukan orang asing di negara ini dan pandangan beliau boleh dibaca dalam akhbar perdana selain mengajar di Universiti Sains Malaysia (USM).

Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, berkata semua pihak perlu kembali kepada prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menetapkan Sultan Selangor sebagai ulil amri bagi rakyat negeri itu.

Katanya, rakyat wajib taat kepada baginda sebagai ulil amri dan kuasa yang diturunkan kepada Jais untuk melaksanakan tugas dalam bidang agama.

Beliau berkata, jika seorang tokoh agama menganggap dirinya berpengetahuan, matang serta beradab, maka lakukan dakwah secara intelektual, berdisiplin, beradab dan mengikut saluran sah tanpa provokasi, sensasi atau menangguk di air keruh yang akhirnya memakan diri.

“Kita kembali pada prinsip menyerahkan sesuatu kepada pihak berkuasa. Kita mengawal diri dengan disiplin dan adab secara berkesan untuk melihat isu selesai mengikut syarak,” katanya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata tindakan Jais tidak wajar dipertikai kerana mengikut enakmen negeri berkenaan.

Katanya, kekeliruan berlaku kerana orang yang ditahan adalah bekas mufti sedangkan hampir semua negeri menguatkuasakan sistem pentauliahan bagi membendung pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan amalan, fahaman dan ajaran sesat.

“Kini ramai penceramah luar negara juga datang memberi ceramah dan jika tiada sistem pentauliahan, akan ada ajaran yang menyeleweng dan menyesatkan umat Islam. Ilmu dan kedudukan seseorang sehingga pernah menjadi mufti bukan lesen besar untuk memberi ceramah tanpa kebenaran,” katanya.

Mashitah turut mendedahkan beberapa penceramah termasuk bergelar datuk yang muncul di televisyen dan mendakwa graduan Universiti Al-Azhar sebenarnya gagal dalam pengajian mereka.

Sehubungan itu, beliau mengesyorkan stesen penyiaran mewajibkan semua penceramah mendapatkan pentauliahan daripada pihak berkuasa agama negeri.

Pendakwah bebas dan perunding motivasi, Datuk Md Daud Che Ngah pula berkata, akidah umat Islam lebih mudah diseleweng jika sistem pentauliahan tidak dilaksanakan.

Bagaimanapun, katanya, jabatan agama Islam wajar memberikan tauliah tanpa memilih bulu kerana ia boleh menyekat dakwah dan usaha meningkatkan syiar Islam.

“Dalam kes Dr Asri, beliau wajar disiasat untuk menentukan kesahihan dakwaan termasuk mengembangkan fahaman Wahabi,” katanya.

Read Full Post »

« Newer Posts