Tokwan tak reti nak bercerita pasal kes tangkapan Dr Asri Zainal Abidini. Tokwan tak lah pandai sangat bab agama ni. Sekadar nak menjampuk minat orang kampung je dalam arena siber yang diguna pakai ramai rakyat malaysia sekarang.
Terbaru Tok Mufti Harussani dan Dr Mashitah Ibrahim turut ulas isu tak ambik tauliah ni.
tokwan salin ye.. jangan lupa baca. kalau nak tengok link asal bole klik sini
Tokoh tak mohon tauliah dibidas
Oleh Nazura Ngah, Hazpaizi Mohd Zain dan Zanariah Abd Mutalib
bhnews@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Beberapa tokoh agama Islam kesal dengan sikap segelintir tokoh agama yang menganggap mereka kebal dan tidak perlu mendapatkan tauliah untuk menyampaikan ceramah agama.
Sambil menganggap golongan itu sebagai takbur, mereka berpendapat populariti, kedudukan dan kelayakan bukan ‘lesen besar’ untuk menyampaikan ceramah kerana mereka terikat dengan undang-undang.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata peraturan yang dikuatkuasakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) adalah satu keperluan dan diselaraskan di seluruh negara selepas persetujuan Majlis Raja-Raja.
Katanya, adalah wajar peraturan itu dihormati dan dipatuhi sebagai tanda menjunjung kedaulatan undang-undang dalam prinsip Rukun Negara.
“Sistem pentauliahan bertindak sebagai mekanisme kawalan terhadap mana-mana pihak yang cuba menghidupkan amalan dan ajaran sesat.
“Saya tidak nampak kenapa peraturan seperti itu tidak boleh dipatuhi dan mereka yang enggan mendapatkan tauliah adalah mereka yang takbur. Doktor dan peguam juga perlu mendapat tauliah sebelum dibenarkan berkhidmat.
“Walaupun seseorang dianggap intelektual, dia tidak seharusnya sengaja melanggar undang-undang. Dalam isu ini, Jais hanya menunaikan tanggungjawab dan mereka mempunyai asas membuat tangkapan kerana ada peruntukan. Salah atau tidak, itu isu berbeza dan mereka boleh dibicarakan,” katanya semalam.
Beliau mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mempertikaikan tindakan Jais menahannya kerana berceramah tanpa tauliah kerana menganggap dirinya bukan orang asing di negara ini dan pandangan beliau boleh dibaca dalam akhbar perdana selain mengajar di Universiti Sains Malaysia (USM).
Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, berkata semua pihak perlu kembali kepada prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menetapkan Sultan Selangor sebagai ulil amri bagi rakyat negeri itu.
Katanya, rakyat wajib taat kepada baginda sebagai ulil amri dan kuasa yang diturunkan kepada Jais untuk melaksanakan tugas dalam bidang agama.
Beliau berkata, jika seorang tokoh agama menganggap dirinya berpengetahuan, matang serta beradab, maka lakukan dakwah secara intelektual, berdisiplin, beradab dan mengikut saluran sah tanpa provokasi, sensasi atau menangguk di air keruh yang akhirnya memakan diri.
“Kita kembali pada prinsip menyerahkan sesuatu kepada pihak berkuasa. Kita mengawal diri dengan disiplin dan adab secara berkesan untuk melihat isu selesai mengikut syarak,” katanya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata tindakan Jais tidak wajar dipertikai kerana mengikut enakmen negeri berkenaan.
Katanya, kekeliruan berlaku kerana orang yang ditahan adalah bekas mufti sedangkan hampir semua negeri menguatkuasakan sistem pentauliahan bagi membendung pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan amalan, fahaman dan ajaran sesat.
“Kini ramai penceramah luar negara juga datang memberi ceramah dan jika tiada sistem pentauliahan, akan ada ajaran yang menyeleweng dan menyesatkan umat Islam. Ilmu dan kedudukan seseorang sehingga pernah menjadi mufti bukan lesen besar untuk memberi ceramah tanpa kebenaran,” katanya.
Mashitah turut mendedahkan beberapa penceramah termasuk bergelar datuk yang muncul di televisyen dan mendakwa graduan Universiti Al-Azhar sebenarnya gagal dalam pengajian mereka.
Sehubungan itu, beliau mengesyorkan stesen penyiaran mewajibkan semua penceramah mendapatkan pentauliahan daripada pihak berkuasa agama negeri.
Pendakwah bebas dan perunding motivasi, Datuk Md Daud Che Ngah pula berkata, akidah umat Islam lebih mudah diseleweng jika sistem pentauliahan tidak dilaksanakan.
Bagaimanapun, katanya, jabatan agama Islam wajar memberikan tauliah tanpa memilih bulu kerana ia boleh menyekat dakwah dan usaha meningkatkan syiar Islam.
“Dalam kes Dr Asri, beliau wajar disiasat untuk menentukan kesahihan dakwaan termasuk mengembangkan fahaman Wahabi,” katanya.
Saya berpendapat bahawa pihak majlis mufti & raja-raja perlu membuat tindakan tegas dan segera mencetak buku panduan yang murah secara ringkas apakah ciri-ciri Aqidah ASWJ yang sah dan ajaran yang sesat seperti Syiah, Bahai, Qadiani, Mujassimah, Salafi/Wahabi dan lain-lain untuk panduan orang awam islam supaya mereka tidak terpesong dengan ajaran lain daripada ASWJ. Mereka juga mesti menyediakan panduan dan senarai institusi awam atau swasta yang ditauliahkan untuk mengajar ilmu fekah(mazhab maliki, safie, hanbali & hanafi bersanad), ilmu aqidah( rukun iman berasas mazhab asyariah & matruddi/ASWJ bersanad), ilmu tasauf(ilmu ikhsan/tariqah yg sah seperti gazaliah, junaidiah, naqshabandiah, syatariah, qadiriah, chistiyah, sanusiah,ahmadiah, alawiah dan lain dari guru mursyid yg bersanad ), ilmu kifayah (perundangan, kepolisan, ketenteraan,politik, perubatan, perniagaan, perkahwinan, pengurusan harta dari ilmuan islam yg bersanad), ilmu quran dan hadis bersanad termasuk yang lain2.Buku-buku panduan ini mestilah disebar luas dan disertakan penceramah bertauliah untuk menerangkan apa dia ASWJ kpd pemimpin, bijak pandai di semua institusi awam/swasta supaya pihak jabatan agama tidak perkotak-katikkan oleh anasir pendakwah sesat yang berselindung disebalik kekuasaan dan kekayaan pihak tertentu untuk memecah-belah umat islam sepert berlaku di negara Arab selepas empayar Othmaniah gugur. Kalau yang ini tidak diambil serius maka tak hairanlah orang islam dan melayu akan bergaduh kerana keliru aqidah mereka.Kita tidak mahu, kita kelihatan hebat di mata dunia tapi mati keadaan kafir, murtad atau munafik dan dilakhnati ALLAH SWT. Pucuk pangkal ikutlah Aqidah ASWJ yang HAQ , AWALUDDIN MARIFATULLAH, AKHIRUDDIN MARIFATULLAH seperti pegangan ulama KAUM TUA. Jangan lupa cetak semula buku tulisan KH Sirajuddin Abbas R.A. yang teramat bernilai seperti Iqtikad ASWJ;Mazhab Safie dan 40 masalah Agama bagi bijak pandai kita yang suka berjinak dengan AlQuran dan Hadith supaya tak sesat dengan bahaya dakwah
keliru SALAFI/WAHABI yang sesat dan suka mengkafirkan ASWJ, membidaahkan amalan sunnah yang baik dan mengubah/membuang sebahagian tulisan dari kitab ulama ASWJ muktabar untuk menipu orang.Mereka takut dan sayang pada orang Yahudi, Nasrani dan Kafir tapi bertindak kejam dan benci kepada ASWJ.Mereka inilah orang Khawarij yang terbit dari Najd berdekatan dengan Riyadh yang banyak menyesatkan orang islam.
Selain sembahyang 5 waktu buat sembahyang taubat,hajat dan istikarah tengah malam selama40 hari minta doa petunjuk pada ALLAH SWT tentang kesesatan SALAFI/WAHABI. Insyallah ALLAH SWT akan tunjukkan kalian dalam mimpi. Kalau tak dapat, ulang amalan 40 hari berterusan lagi sehingga terang mimpi itu. Ini adalah petua Sheikh Abdul Rahman Siddiq R.A. bekas mufti Inderagiri kawan baik Tok Kenali R.A. Mereka berdua berpegang kepada fahaman ASWJ atau KAUM TUA.
[…] wan Anwar on Dr Asri atau Zamihan yang meni…bart on Anwar Pengkhianat !!!!Md Daud on Mufti Perak Dato Harussani sok…ADAM AMIN on Shahidan jadi penasihat …harapan baru on Anwar Pengkhianat !!!!Peminat PR […]