Feeds:
Posts
Comments

Archive for May 24th, 2009

 Gambar dari Blog Faisal

Keputusan untuk mogok lapar ekoran kekalahan Ir.Nizar di tangan Dr.Zambry bagi jawatan Menteri Besar Perak, tidak ditegur mahupun ditentang oleh kepimpinan utama PAS. Bahkan tindakan DAP yang disokong calon Naib Presiden PAS itu, seolah-olah tidak sampai ke pendengaran Majlis Syura Ulamak PAS atau Majlis Dewan Harian PAS.

Maka kalau berdasarkan fahaman PAS itu Islam dan Islam itu PAS, bagi golongan mubtadi, mogok lapar tidak bersalahan atau memang digalakkan selain daripada puasa yang mempunyai syarat, rukun dan tertib.

Depakata, Majlis Syura Ulamak PAS yang baru sahaja berketuakan Harun Taib boleh jadi tengah duk selak kitab-kitab lagi kut. Maksudnya tengah mencari-cari hukum yang membolehkan dan mengesahkan mogok lapar yang walau pun tidak diusulkan oleh PAS sebaliknya RAKAN-RAKAN BUKAN ISLAMnya di Perak. Lainlah kalau puak-puak UMNO yang bagi usul, tak payah selak kitab, depa cukup hafal hukum-hakamnya.

Maka bertambah nyatalah ISTIDRAJ yang Allah Taala berikan kepada umat Islam selepas Pakatan Rakyat berkuasa di Perak. Semoga kerajaan umat Islam di Kedah, Kelantan dan negeri-negeri lain di Tanah Melayu ini dapat mengambil iktibar akan apa yang berlaku di Perak.

Cucu Tok Wan   ( artikel asal klik sini )

 

 

 

 

 

 

 

Read Full Post »