tokwan nak ulas sikit isu kata kat MB Kedah ni. Dia seolah olah nak mengatakan hudud dikorek kembali ketika pilihanraya. Time lain didiamkan saja.
Rasanya isu hudud jika benar diperjuangkan perlu disebut sepanjang zaman.. Tetapi sekarang PAS sudah jadi liberal dan moderate mungkin berkat anak anak didik Anwar di dalam PAS yang dipanggil team Erdogan rasanya.
Perjuangan PAS memang banyak bergantung kepada jatuh atau bangunnya isu HUDUD ini. Kerana ia digembar gembur oleh pemimpin PAS dan bukannya oleh UMNO.
UMNO digambarkan macam orang kafir kerana menolak undang undang ini. Walhal UMNO sebenarnya tidak menolak atau menentang HUDUD tetapi tidak menjanjikan perlaksanaannya kerana sedar situasi politik Malaysia tidak mengizinkan ia berlaku.
Tetapi PAS menjanjikannya dan gagal melaksanakan janji tersebut walau sudah memerintah negeri Kelantan sejak sekian lama.
Tokwan sedih MB Kedah macam dah asyik dengan kuasa sebagai MB di sana.
PAS jelas sudah meninggalkan kalimah hudud selepas berpakat sebagai Pakatan Rakyat. Tetapi masih nak menafikannya ketika mereka sedang akan hadapi pilihanraya kecil di Kuala Terengganu…
Ini antara laporan tokwan baca di Utusan Malaysia seperti di bawah.
Tokwan dah pening tengok geng PAS ni sebab ustaz ustaz dan lebai lebai macam merekalah yang sepatutnya jadi tempat menjana ilmu dah pandai putar belit dah bila jadi orang politik… Hancur semua..
Termasuk Husam Musa yang sudah tarik handbreak isu hudud selepas tersasul semasa berdebat dengan KJ.
Ni dia berita tu :
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, walaupun Pas telah menyertai Pakatan Rakyat, ini tidak bererti parti itu telah mengabaikan hukum hudud.
“Isu hudud yang hangat diperkatakan sekarang hanya sekadar isu pilihan raya terutama menjelang Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu Januari ini.
“Isu ini dah lama dan ia dikorek kembali setelah lama ditutup,” katanya kepada Utusan Malaysia di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Assalamualaikum tokwan, pahabaq? Harap sihat la noo..
Tokwan kalau tak berapa reti soal agama diharap toksah dok merapu buat kenyataan melulu la kot nooo..Hudud ni perintah Allah ke atas manusia bukan ke atas malaikat. Ia sesuai untuk semua zaman hingga ke Hari Kiamat nanti dan sesuai untuk semua bangsa. Tak pernah ke cuba baca sejarah Rasulullah s.a.w.? Tidak ke Rasulullah s.a.w. tu seorang pemimpin politik?
Bukan ke Rasulullah s.a.w. tu seorang pemimpin agama? Tu la orang kena ada akal, iman dan amal. Bukan hidup berpandukan akal singkat dan nafsu semata-mata.. Appa punya turrr!!!
salam…ape yg tok wan ckp tu ade benarnye…klu kite ikutkan diri kite memag nak wujudkan hudud,..tp kite tau kite akan dapt tentangan dr kaum2 lain dan ini akan porak perandakan negara kita..sedang pas sendiri pun tidak laksanakn hukum tersebut di negeri jajahannye..jd pihak tertentu dah cuba untuk mengharmonikan negara malaysia ini..diharap keharmonian tu dapat dikekalkan…
“kehidupan dunia dijadikan terasa indah dalam pandangan orang-orang kafir dan mereka menghina orang-orang yang beriman.Padahal orang-orang yang bertaqwa itu berada di atas mereka pada hari kiamat.Dan Allah memberi rezeki kepada orang yang Dia kehendaki tanpa perhitungan” [Al-Baqarah : 212]