Feeds:
Posts
Comments

Archive for November 8th, 2008

Tokwan saja guna title mengancam sikit. Macam nak buat tesis pulak. Tokwan tak reti. Just tulis nak cetus idea sahaja.

Pelik tapi benar, peguam pas di sini menyatakan macam tak puas hati kes Razak Baginda. Tapi sampai pagi ni tak kritik pula pasal Raja Petra yang dapat bebas.

Macam mana ?

Tokwan tahu orang depa tak akan puji lawan ! tapi kita kena rasional dan kena berpijak di bumi nyata.

Anwar pun puji mahkamah sudah ada keberanian ( walaupun nak termuntah juga tokwan baca ) sebab selalu Anwar keji mahkamah kita termasuk polis dan hakim serta siapa sahaja yang mendajalkan orang2 depa.

Apa kata peguampas tersebut :

Ramai dari kita mungkin bingung memikirkan bagaimanakah Razak Baginda boleh dibebaskan tanpa perlu dipanggil membela diri di atas pertuduhan bersubahat membunuh Altantuya pada jam antara 9.54 pagi 18 Oktober 2006 dan 9.45 pagi 19 Ocktober 2006.

Bagi mereka yang mengharapkan kebenaran sebenar ( the real truth ) daripada episod pembunuhan ngeri ini saya ingin menasihati lupakan sahajalah hasrat anda tersebut. Perbicaraan jenayah bukan bertujuan mencari kebenaran. Dengan lain perkataan Mahkamah bukan tempat mencari kebenaran.

Perbicaraan jenayah melibatkan soal bukti dan keterangan. Mahkamah hanya berminat dengan keterangan dan bukti. Tidak lebih daripada itu. Apabila kita bercakap tentang bukti dan keterangan ianya tertakluk kepada kaedah dan prosedur tertentu sebelum ianya boleh diterima oleh Mahkamah.

 

Ingin baca lanjut  ( atau nak hentam balik ) sila silalah ke sini ..Tokwan nak mandi. Jumpa lagi bye bye.

Read Full Post »