Feeds:
Posts
Comments

Archive for November 3rd, 2008

 

Dua pelampau kulit putih rancang bunuh Obama


COWART dan Schlesselman (gambar kecil) merancang membunuh 88 orang dan memancung 14 penduduk kulit hitam Amerika. 

Mereka turut ancam hapuskan 100 warga kulit hitam

WASHINGTON: Pihak berkuasa Amerika Syarikat menahan dua pelampau kulit putih kerana mengancam untuk membunuh calon Presiden daripada parti Demokrat, Barack Obama, dalam rancangan pembunuhan kira-kira 100 warga kulit hitam di negara itu. 

Dokumen mahkamah yang disiarkan kelmarin menyatakan dua lelaki itu merancang untuk membunuh 88 orang dan memancung 14 penduduk kulit hitam sebelum melakukan tindakan terakhir, iaitu membunuh Obama yang kini cuba menjadi Presiden kulit hitam pertama Amerika.

Jabatan Keadilan berkata, kedua-dua tertuduh terbabit, Daniel Cowart, 20, dan Paul Schlesselman, 18, ditahan Rabu lalu di Tennessee kerana memiliki senjata api, mengancam calon Presiden itu dan melakukan konspirasi untuk merompak kedai senjata. 

Ejen Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan, Brian Weaks, berkata di Mahkamah Memphis, kelmarin, kedua-dua tertuduh membincangkan untuk mengadakan pembunuhan ramai, termasuk 88 orang dan memancung 14 warga kulit hitam. 

“Mereka turut menyatakan tindakan ganas terakhir mereka adalah cubaan untuk membunuh calon Presiden, Barack Obama,” katanya dalam perbicaraan dua tertuduh itu.

Katanya, Cowart yang berasal dari Bells, Tennessee, dan Schlesselman dari Arkansas, bertemu menerusi internet sebulan lalu dan memiliki kepercayaan kuat terhadap fahaman ‘Kuasa Penduduk Kulit Putih’ dan ‘Skinhead’. 

Pasangan berkenaan turut memiliki senjata api dan merancang untuk mencuri satu senjata berkuasa tinggi dari kedai senjata di Jackson, Tennessee, selain beberapa siri rompakan untuk membiayai rancangan mereka. 

“Schlesselman menyatakan mereka merancang untuk memandu kenderaan mereka selaju mungkin ke arah Obama dan menembak beliau menerusi tingkap. Mereka akan berpakaian tuksedo putih dan topi ketika melakukan cubaan membunuh itu. Mereka juga menyatakan mereka tahu dan sanggup mati ketika melakukan tindakan itu,” katanya. – AFP


Tokwan nampak ini usaha menjatuhkan dengan cara kotor calon tidak disukai oleh Yahudi dan Nasrani. Latar belakang Islam Obama, tokwan rasa dapat menjadi faktor dia akan menjadi ancaman dan diancam.

Jika bakal Presiden Amerika pro Islam tentu Yahudi akan gelisah sedangkan hakikatnya Obama bagi tokwan, tentu tidak akan mengamalkan kezaliman dalam pemerintahannya selepas ini. Kerana Islam tidak mengajar buat jahat dan mana mana agama juga tidak mengajak ke araha kejahatan.

Menurut kitab kitab tentang peristiwa akhir zaman, Amerika atau digelar Ar RUm dalam kitab tersebut, menyatakan bahawa Amerika akan hancur selepas kalah dua kali di Iraq. Tokwan rasa kejatuhan ekonomi sekarang adalah tandanya dan mungkin Obama akan menjadi wira baru negara negara Islam ? untuk agenda keadilan dan kesaksamaan seluruh alam ?

Harapan ini berdasarkan tinjauan tokwan dengan doa agar Presiden Amerika akan diduduki oleh orang Islam pertama bernama Barrack Husein Obama. Tokwan pun akan tumpang gembira dn suka..

Read Full Post »