Feeds:
Posts
Comments

Archive for September 24th, 2008

Teressa Kok dan Makanan Dog ?

Teressa telah ditahan 12 September ( bertepatan pula Nuzul Quran ) bersama dua orang lagi yang diklasifikasikan sebagai pengancam keselamatan negara.

Mereka ialah Raja Petra dan wartawan Sin Chew yang telah melaporkan ceramah Datuk Ahmad kepada pengundi Permatang Pauh kempen tempoh hari. Walau bagaimanapun wartawan tersebut dibebaskan sehari selepasnya. Manakala Raja Petra pula selamat ditahan untuk 2 tahun dengan kajian lanjut akan dibuat bagi melihat reaksi beliau semasa dalam tahanan.

Walaupun dimenangi PKR menerusi Anwar Ibrahim, pembangkang jelas ingin menonjolkan perkauman Umno yang dizahirkan melalui liputan ceramah yang telah menimbulkan rakan dan lawan Umno dalam dan luar BN.

Di saat saat itu juga keluar desakan mahu peralihan kuasa dipercepatkan. Kerja orang tak sabar ; pada pendapat tokwan.

Sama macam Anwar juga yang tak sabar dengan meletakkan 16 Sept, bertukar kepada 23 September dan akan ditunggu episod ketiga 1 Okt depan. Adakah Anwar akan naik PM atau Pak Lah akan serah kuasa , wallahu a’lam.


Bercerita tentang Teressa Kok ini, tokwan terdengar kata dia kutuk makanan penjara seperti makanan anjing. Sampai hati dan ia sekali lagi memanaskan negara dengan komen tidak ‘sempurna akal’ itu.

Bagi tokwan, telur rebus tidak menjadi masalah dengan kos RM 4.50 sehari bagi banduan penjara yang diperuntukkan kerajaan. Tetapi ia menjadi masalah jika telur rebus ditukar ayam panggang atau pork panggang kerana ia tidak dapat dipenuhi kerajaan yang tidak ingin menjadikan penjara sebagai syurga bagi penjenayah. Lihat senarai menu jelas ia menepati piawaian antarabangsa seperti kata menteri dalam negeri Syed Hamid Albar kepada media massa…

Sebab jika penjara sudah hilang gerunnya, hilang aroma ‘ ganasnya’ dan ‘sempit serta susahnya’ maka penjara akan menjadi tempat untuk golongan sangat miskin atau sangat malas kerana bagi mereka tempat mendapat makanan percuma hanya ada di dalam penjara. Atau tempat bagi ahli politik yang ingin melepaskan diri kerana gagal menumbangkan kerajaan. Malangnya hasrat mereka mengacah kerajaan untuk menangkap mereka bawah ISA tidak berjaya.

Jadi memandangkan Teressa Kok kata makanan macam makanan dog, tokwan tercari cari bahan untuk mensahihkan akal tokwan agar benar dan jelas kata katanya samada kata yang pertama iaitu makanan penjara seperti makanan dog atau kata kata kedua , baik sedikit dari makanan dog.

Alhamdulillah tokwan dapat dari blog kawan kawan maklumat tepat dan sahih dan telah didengar sendiri telingan tokwan ini kata kata Teressa a.k.a Anti Tulisan Jawi ini. Dia memang kata seperti

makanan anjing dan tokwan tengok jelas diterjemah oleh TV3 di bawah rakaman video tersebut.

Cucu jika bercadang lihat ( mungkin ketinggalan keretapi ) boleh buka di alamat ini (klik sini TV3 )

atau search sendiri cari mana mana blog yang memuatkan rakaman tersebut.

Bukan apa, takut memang ada akhbar orang kita bernama Utusan Melayu memutarbelitkan kenyataan Teressa atau sebenarnya Teressa yang suka menipu dan terbelit dengan putaran belitan alamnya yang memang dari dulu lagi tokwan tengok suka terbelit belit dan hampir menjadikan ramai orang sakit sembelit…

Anda lihat dan dengarlah sendiri serta fahami bagaimana bongkaknya orang besar DAP ini hingga tergamak menggelar makanan orang susah itu seperti makanan anjing.

Maaf jika cucu menunggu tulisan tokwan. Ramadhan menjadikan tokwan sibuk sedikit dan tidak sempat sangat menulis untuk tatapan cucu semua..

Jadi, tahniah buat Utusan Melayu kerana berani menyatakan perkara yang benar dan tidak sesekali takut jika ada tersalah…

Tokwan tetap semangat nak sumbangkan tulisan dalam blog kesayangan tokwan ini tiap tiap hari untuk panduan dan pencerahan minda anak cucu sekelian. Agar tidak taksub dengan seseorang yang telah jelas membela orang hina Islam dan bangsa beragama Islam nama Melayu…Moga dimudahkan Tuhan amin…

( gambar anjing timun : Blog Angin Perubahan )

Selamat Ramadhan untuk semua dan selamat Hari Raya juga tokwan ucapkan.

Hentikan pergaduhan mulakan kerja membentuk perpaduan sesama manusia walau kita berlainan bangsa agama dan fahaman politik kita.

Kerana kita sama sahaja berada di sebuah negara bernama Malaysia.

Salam.

Read Full Post »