Feeds:
Posts
Comments

Archive for September 10th, 2008

https://i1.wp.com/www.agendadaily.com/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_3ab52725-3132372e-1e2e8cc0-76f96027/1/Najib-Muhyidin_440x.jpg

Semakin hari semakin teruk suasana politik Malaysia. Adakah bala Allah akan menimpa kerana ramai sudah lupa ajaran Allah dan nasihat Rasulullah s.a.w ??

Tokwan semakin resah dan bimbang. Pertama Anwar kata sudah ada 32 akan lompat. Jika Islam mengatasi jumlah Bukan Islam, tokwan boleh letak harapan lagi walaupun tokwan ada baca juga Islam Anwar pelik sikit dan disukai Amerika. Tetapi kira oklah sikit.

Tetapi jika bukan Islam mengatasi Islam dalam kerajaan ‘katak’ yang akan melompat beramai ramai macam mana ? adakah ia lebih baik dari pengasas Islam Hadhari Pak Lah yang cucu wali ini ?

Desakan Muhyidin supaya Pak Lah undur tidak lain tindakan popular dan tindakan yang mesti dibuat demi masa depan dalam pertandingan jawatan UMNO Disember depan.

Dengan membuat kenyataan popular seperti pemimpin pembangkang Muhyidin telah mengisytiharkan perang terhadap Pak Lah menurut hemat tokwan lah. Apatah lagi spekulasi tersebar juga bagaimana Ku Li akan beregu dengan beliau menentang Najib Pak Lah Disember nanti…

Apatah lagi selepas Tun Mahathir diajak kembali ke UMNO dan tentu Muhyidin ada agenda tersendiri menerima jemputan Tun menemuinya Sabtu lepas bagi membincangkan perkara di atas. Kebetulan pula Ku Li turut hadir sama. Adakah ia persiapan demi pemilihan penting ???

Soalnya adakah Tun Mahathir akan menjilat ‘kahak hijau’ beliau sebelum ini yang tidak akan kembali selepas keluar parti selagi ia dipimpin oleh Pak Lah ?

Di sini tokwan tengok kemenangan Pak Lah menghadapi Tun Mahathir yang ligat lagi di penghujung usia ini. Pak Lah menang di dalam mengalahkan kebongkakan Mahathir yang bercakap terlalu banyak walhal sudah meletakkan jawatan dan menjadi warga biasa Malaysia sekarang ini.

Tentu Pak Lah hanya tersenyum sumbing membaca kenyataan Muhyidin dan hasrat Tun Mahathir tersebut.

Namun jika kembalinya Tun Mahathir untuk meruntuhkan Umno dengan menjatuhkan secara tidak terhormat Presiden Umno maka langkah Tun tersebut sudah pastinya akan menjadi langkah langkah terakhir di dalam mengkuburkan Umno.

Nampaknya jika terjadi sedemikian maka PAS PKR dan DAP akan bertepuk tangan kerana kerja mereka semakin senang dan kapal Umno akan karam kerana dikaramkan penumpangnya sendiri..Jangan lupa bekas Presidennya sendiri…

Adakah itu Tun dan ahli ‘pemberontakan’ beliau mahukan ?

Asalkan jatuh Pak Lah dan menang geng mereka walaupun hancur semua benda termasuk hilang ketuanan politik yang menjadi warisan terakhir kita selama ini ???

Sedih dan tokwan benar benar sedih. Jika bala datang dan Allah menarik segala apa yang dikurniakan kerna kerja jahat dan khianat di antara kita maka ketika itu tidak ada gunanya lagi langkah undur ke belakang membaiki semua ini.

Ketika itu sudah tentu tiada guna menangis air mata darah lagi. Ketika itu sudah tentu kita akan meratap dan orang lain hanya akan ketawa menatap ratapan kita semua nanti.

Tokwan nak doa malam ni dan malam malam mendatang Ramadhan ini agar Allah jaga dan pelihara  orang ikhlas dan tulus keranaNya. Dan akan ada hati hati yang celik akan bangkit mempertahankan kebenaran dan menolak kebatilan yang datang sama ada dari dalam atau luar Umno atau Malaysia. Dan mereka akan berusaha sekeras kerasnya demi apa yang mereka percaya dan rasa di hati dan akal merka….

Salam cucu. Sudah panjang celoteh tok malam bahagian kedua Ramdhan ini…. Jumpa lagi…

Berita Muhyidin desak Pak Lah undur ada di bawah ni.

Muhyiddin mahu PM serah kuasa lebih awal
Sep 10, 08 8:04pm
Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi patut memikirkan semula pelan peralihan kuasanya untuk mengundurkan diri menjelang 2010
kerana tempoh masa itu terlalu lama.

Pelan peralihan kuasa yang diumumkan oleh Abdullah dua bulan lalu, dakwanya, telah “tenggelam” dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.

“Tahun 2010 adalah terlalu lama,” katanya dalam sidang akhbar pada acara tidak rasmi sempena Persidangan CEO Forbes Global di Singapura.

Di bawah pelan tersebut, Abdullah akan menyerahkan perdana menteri, pengerusi Barisan Nasional (BN) dan presiden Umno kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun 2010, demikian menurut Bernama.

Malah, kata Muhyiddin, beliau turut bertanya kepada Najib sama ada mahu menunggu selama itu kerana beliau (Najib) akan hanya mempunyai masa yang singkat untuk mengurus dan mengembalikan semula kenyakinan rakyat kepada Umno dan BN.

Sambil menyatakan yang beliau memang berfikiran kritis mengenai perkara itu kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Malaysia, menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu meminta Abdullah memikirkan semula mengenainya.

‘Permainan politik’

Abdullah berkata, pelan peralihan kuasa itu demi untuk memperkukuhkan perpaduan Umno dan memudahkan ahli berikutan terlalu banyak permainan politik selepas pilihanraya umum lalu yang BN menang dengan majoriti mudah di Parlimen.

Ditanya mengenai spekulasi yang beliau akan bekerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah, masing-masing untuk mencabar bagi jawatan presiden dan timbalan presiden Umno, Muhyiddin menjawab: “Seperti anda katakan, ia hanya spekulasi.”

Spekulasi itu timbul ekoran pertemuan antara Muhyiddin dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di kediaman bekas perdana menteri itu di Cyberjaya Sabtu lalu, di mana Tengku Razaleigh juga hadir.

Dalam pertemuan itu, Dr Mahathir juga menyuarakan hasratnya untuk menyertai semula Umno selepas keluar parti pada Mei lalu.

Muhyiddin berkata walaupun Dr Mahathir telah keluar Umno, beliau masih banyak bercakap mengenai parti itu, terutamanya mengenai cara untuk memperkukuhkannya dan mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap parti.

Beliau berkata, ia merupakan satu langkah baik oleh Dr Mahathir dan percaya ia akan turut dialu-alukan oleh anggota Umno kerana ia akan membuatkan parti kembali bersemangat tinggi.

‘Perlu bersikap terbuka’

Bagaimanapun, setakat ini beliau tidak tahu reaksi Abdullah terhadap hasrat  Dr Mahathir untuk menyertai semula Umno.

“Kita perlu bersikap terbuka mengenainya dan pandangan Dr Dr Mahathir masih diperlukan, dan beliau boleh menyumbang ke arah memperkukuhkan parti,” kata Muhyiddin.

Mengenai kenyataan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi yang sasaran beliau untuk membentuk kerajaan pada 16 September mungkin tidak tercapai dan kenyataan beliau hari ini bahawa pelan itu kembali berjalan mengikut perancangan, Muhyiddin berkata: “Beliau memang sentiasa (berbuat demikian) “berdolak-dalik” dalam tindakannya yang hanya bertujuan untuk menarik
perhatian rakyat.”

Malahan dari awal lagi, Muhyiddin berkata,  beliau tidak percaya dengan perancangan Anwar untuk mengambil alih kerajaan.

Dan sebagai ahli politik yang telah lama berkecimpung dalam politik, katanya beliau tahu bukan menjadi trend di kalangan ahli politik di Malaysia untuk melompat parti secara beramai-ramai.

Muhyiddin berkata, Anwar memang terkenal pandai “mengubah keadaan” untuk disesuaikan dengan objektifnya.

Read Full Post »

وَإِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَحْدَهُ اشْمَأَزَّتْ قُلُوبُ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ ۖ وَإِذَا ذُكِرَ الَّذِينَ مِنْ دُونِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ

Az zumar ayat 45

Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): Apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa dan sebagainya),

segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah,

mereka dengan serta merta riang dan gembira.

Hati Hidup dengan Nama Kekasih akan gembira mendengar kekasihNya disebut, begitu juga sebaliknya..

Orang beriman bergetar hati mereka apabila disebut ALLAH dan mereka sukakan apa sahaja yang berkaitan Allah seperti Utusan Allah,zikir Allah, gambar masjid Allah dan sebagainya.

telefon yang baik dan elok akan menerima gelombang dan akan bergetar dan berbunyi jika disambungkan dengan panggilan.

Ia berupaya menghubungkan dari pemanggil kepada penerima apa sahaja isyarat dan maklumat yang ingin disampaikan.

Itulan tamsilan bagaimana Allah menyampaikan kehendakNya kepada hati hati yang hidup dengan NAMANYA dan CINTANYA….

Jadi sempena Ramadhan ini tokwan harap ada hati hati yang telah mati akan dihidupkan kembali dengan berkat orang orang soleh yang masih hidup atau yang telah pergi menemui Ilahi.

Kadang kadang kita perlu memohon dengan semua nama orang soleh yang kita kenal melalui orang atau catatan kitab agar mereka dapat menyampaikan hasrat kita ke hadrat Tuhan.

Lagi afdhal dihadiahkan fatihah untuk hadiah bagi mereka agar mereka membalas dengan doa mereka yang mujarab.

Kerana kita tiada nilai dan hubungan istimewa memerlukan seseorang istimewa untuk dihubungkan kita ke hadrat Tuhan.

Kata Ulama :

Tawassullah dengan Kekasih kepada Kekasih

Untuk dikabulkan dengan Segera ( hajat permohonan kita )

Tokwan tak pandai… Tokwan tak reti…

Ada kebaikan ambillah jika salah maaflah..

Salam Ramadhan. Moga diampunkan Allah .

Hiduplah dan jangan lupa kita akan dimatikan.

Jangan lupa hati perlukan makanan dan ibadatlah makanannya….

Apa akan jadi jika hati kering kelaparan dan mati ?

Manusia akan jadi ‘bangkai bernyawa’

Hidup tetapi mati. Yang mengawal adalah syaitan dan jin ke arah kejahatan. Ammarah Bissu’

Apa orang akan buat jika dirasuk hantu ? ye, hantar rumah orang soleh dibacakan ayat penawar.

Begitu juga jika mahu mengusir syaitan dalam hati !

perlu bantuan ahli Cahaya Guru Mursyid bagi menolak dan mengusir segala syaitan dalam jiwa dari terus menerus menjadi sumber ilham ke arah kejahatan.


Habib Muhammad Salim

Habib Abu Bakar Muhammad Assegaf


Habib Ali Al-Jufri


Habib Umar bin Hafiz

Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani

bagusnya hidup tetapi hati hidup juga namun mati nafsu nafsu mazmumah kepunyaannya…

Itu sahajalah dulu kali ini  dan sekarang masa untuk ‘ibadat’ kepada Allah !!!

Harap hidup dan mati dalam beribadat dengan ikhlas dan khusyuk, walau dalam tidur tetap dikira ibadah.

salam dari tokwan… Jumpa lagi.

tapi malam in tokwan niat tak nak tidur…

rasa ada sesuatu istimewa malam ke 10 ini…

Wassalam.

http://muhtarsuhaili.files.wordpress.com/2007/03/mati.jpg

Read Full Post »