Feeds:
Posts
Comments

Archive for September 7th, 2008

Beliau suka sensasi. Tok wan tengok gaya beliau bercakap pun tahu beliau sangat tergopoh gapah bercakap tanpa fikir panjang apa yang dicakap.

Terbaru Lim ini salah cakap. Bila ditanya dia kata dia betul.

Apa ni tokwan ? salah betul apa ni ?

Haaaa…tentu yang tanya ni tak baca surat khabar…

Kisah Hikayat Lim Kit Siang Bapa Kepada Lim Guan Eng yang kempunan jadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan akhirnya anak beliau juga berjaya ditakdir jadi KM di sana..Yang heboh sebab dia ‘tidak reti baca’ atau ‘menipu pembaca’ bahawa beliau menemui bukti manipulasi media berita permohonan maaf Najib Tun Razak yang didakwa tidak disiar akhbar Melayu… Sedangkan ia tidak benar dan disahkan Malaysiakini sendiri…

Dalam politik sebarang tindakan menjatuhkan lawan amat dicari. Lebih lebih lagi kesalahan Menteri Melayu oleh seorang pemimpin pembangkang Cina. Yang sangat anti dan alergik sebutan ketuanan Melayu yang belum lagi dihapus oleh undang undang… Tak silap tokwan artikel 153 hak keistimewaan kaum Melayu…

Jangan lupa Cina boleh ditakrifkan Melayu juga !

Bila tokwan ???

Jika Cina atau pun India mengamalkan budaya Melayu, menggunakan bahasa Melayu dan beragama seperti orang Melayu. Iaitu agama Islam..

Kenal tak Ravi Abdullah, ustaz yang mengajar Al Quran di RTM ? dia dikira Melayu di sisi undang undang kerana cukup tiga syarat di atas…

Ingat lagi puisi Allahyarham Usman Awang ?

Ni tokwan salin balik untuk tatapan anak cucu tokwan ….tokwan jumpa ni di blog ini :

http://www.patriotisme.net.my/modules.php?name=Puisi&file=article&sid=10

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.


Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
Oh ya ! Lim salah cakap kerana dia dakwa Najib halang berita permohonan maaf beliau kepada orang Cina. Isu kata kata Datuk Ahmad.
Sedangkan tokwan baca tak gitu. Lim dah buat fitnah terbaru sebagai ‘buah tangan’ kepada Datuk Najib. Sebab barangkali kerana isu Alantunya dah dinafikan sekeras kerasnya hingga termasuk anak Tun Razak ini bersumpah dengan nama Allah mengikut yang disyarakkan Allah…
Berita lanjut cucu  baca bawah ini lah :
DAP tolak permohonan maaf Najib
Sep 3, 08 1:36pm
DAP memberi lima alasan mengapa permohonan maaf timbalan perdana menteri bagi pihak seorang ketua bahagian Umno di Pulau Pinang yang telah membuat kenyataan berunsur perkauman terhadap orang Cina, “tidak bersesuaian, tidak memadai dan tidak boleh diterima”.

Pertama, kata tokoh utama DAP Lim Kit Siang, ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail sendiri tidak memohon maaf dan tidak pun menunjukkan kekesalannya kerana membuat kenyataan tersebut sejak sembilan hari lalu.

Sehubungan itu, Lim mempersoalkan apakah Ahmad bersikap demikian kerana penuh yakin yang beliau mendapat sokongan pemimpin dan ahli arus perdana Umno.

Oleh itu, Lim bertanya sama ada permohonan maaf Datuk Seri Najib Tun Razak boleh diterima sedangkan Ahmad sendiri masih berdegil dan tidak kesal dengan perbuatannya mengeluarkan kenyataan yang berunsur perkauman.

“Walaupun jika Ahmad memohon maaf, akan timbul persoalannya sama ada ia memadai, memandangkan dalam kes Wee Meng Chee dalam isu lagu rap Negaraku, kabinet telah menolak permohonan maafnya sebagai tidak mencukupi,” kata ahli parlimen Ipoh Timur itu dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, banyak laporan polis telah dibuat terhadap Ahmad di bawah Akta Hasutan.

Oleh itu, Lim mempersoalkan sama ada permohonan maaf Najib itu bermaksud sebagai satu mesej kepada pihak polis dan Peguam Negara supaya jangan mengambil tindakan terhadap Ahmad.

Menurutnya, Najib seharusnya memohon maaf bagi pihak dirinya dan bukannya bagi pihak Ahmad, kerana gagal mengambil tindakan segera terhadap ketua bahagian Umno itu, yang didakwa membuat kenyataan itu sewaktu kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh 24 Ogos lalu, yang turut dihadiri Najib.

Media perdana

Lim berkata, perdana menteri juga harus memohon maaf dengan alasan cuba melindungi dan melepaskan Ahmad yang telah membuat kenyataan tersebut.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini pernah menyatakan ketua Umno itu tidak bermaksud seperti yang dikatakannya dan beliau akan “memberitahu Ahmad supaya jangan mengulanginya”.

Akhir sekali, kata Lim, keikhlasan permohonan Najib juga dipersoalkan kerana berita mengenainya didakwa tidak disiarkan oleh akhbar-akhbar arus perdana Melayu yang dimilik dan dikuasai oleh Umno, terutamanya Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Menurut Lim lagi, semakan di laman web umum Bernama menunjukkan berita permohonan maaf oleh Najib itu dilaporkan dalam versi bahasa Inggeris, tetapi tidak dalam versi Bahasa Malaysia.

Dengan manipulasi media seumpama itu, dakwa Lim, setakat manalah seseorang itu hendak mempercayai Najib apabila beliau berkata kenyataan Ahmad itu tidak mencerminkan pendirian dan sikap Umno atau kepimpinan Umno.

Katanya, jika Najib benar-benar ikhlas dan serius berhubung kenyataannya mengenai pendirian Umno dan kepimpinan parti itu memisahkan diri mereka dengan kenyataan Ahmad, maka mengapa kenyataannya hanya dibenar dilaporkan dalam media arus perdana bukan Melayu, tetapi tidak dalam media arus perdana Melayu.

Bagaimanapun, semakan Malaysiakini di Kuala Lumpur mendapati berita tersebut turut disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Laman web Utusan Online juga menyiarkan berita tersebut. Edisi langganan Bahasa Malaysia Bernama memuatkan berita permohonan maaf Najib walaupun tidak menerbitkan di laman web umumnya.

Ketika dihubungi untuk memaklumkan perkara itu, Lim berkata, beliau membaca akhbar-akhbar tersebut di Pulau Pinang dan mendapati berita tersebut tidak disiarkan.

Bagaimanapun semakan Malaysiakini mendapat kedua-dua akhbar berkenaan, yang dijual di negeri itu, memuatkan berita tersebut.

Kesimpulannya : Tokwan harap semua cucu cucu dapat tapis apa sahaja dibaca didengar dirasa diraba dilihat agar tidak tergopoh gopoh macam Lim di atas sehingga akhirnya dia juga yang malu besar dan menjatuhkan air mukanya sendiri….

Read Full Post »