Tokwan mengikuti perlahan lahan isu yang berlaku di alam siber ini dari jauh. Jauh bukan jauh tempat tetapi jauh hati.
Tokwan merasa sangat kecewa dengan suasana politik Malaysia. Mereka makin menjadi jadi di dalam carut mencarut di ruang komen yang kebanyakannya dari parti pembangkang @ Pakatan Rakyat.
Tokwan kata demikian kerana mereka mengutuk dan mengeji kerajaan dan BN/UMNO dan mereka juga boleh ditemui di mana mana ruang komen blog membela negara.
Itulah hasil UMNO perolehi dari kerja kerasnya menjaga Islam. Kerana seorang silap habis seluruh parti dikeji. Kerna seorang difitnah, balanya tercalit seluruh jentera parti.
Terkini di Permatang Pauh gelagat pembangkang yang kini menjadi pemerintah di lima negeri, sudah keterlaluan. Satu persatu gelagat liar ditonjolkan. Adakah gangsterisme sudah menular di kalangan parti politik ?
Dah dua kali orang jurugambar dan wartawan dipukul dan di Permatang Pauh kali kedua ia terjadi.
Tokwan ada dengar juga kisah group gengster ini masuk dibayar oleh parti tertentu dan mungkin ianya PKR atau DAP sebab tokwan tak pernah dengar PAS mengupah gangster untuk melawan dan menakutkan parti lawan. Ini bisik bisik alam yang susah diterima atau ditolak secara percuma.
Dalam mencari dan membaca blog demi blog ada juga cerita Anwar – bakal PM dalam penantian- menyokong Salman Rushdie seorang penulis konflik jati diri. Karyanya Satanic Verses memang popular kerana menghina Nabi, sama macam kita sekarang blog yang popular ialah mereka yang menghina kerajaan Datuk Seri Abdulah Hj Ahmad Badawi….keturunan wali.
Cucu ingin tahu lebih lanjut cerita Anwar dan Salman Rushdie ?
Klik di sini cerita lanjut Anwar sokong Salman Rushdie ( link satu ) , ( link dua ) dan ( link tiga )…
Rasanya itu sahaja cerita tokwan hari ini. Maaf kerana sudah kurang berkesempatan menulis seperti dulu. Jangan risau. Ada kalanya penantian itu menyeksakan dan pertemuan selepas itu pasti melazatkan !
Leave a Reply