Tokwan bukan anti seni. Cuma tokwan rasa menari di depan pelancong asing yang siap bertatu dan memakai seluar pendek rasanya tidak sayugia diteruskan.
Adakah ia satu kewajaran mendekatkan pelancong dengan polis?
Adakah tiada polis tidak bertudung untuk dijadikan penari poco poco ?
Dimana letaknya harga diri polis perempuan / wanita yang kena menari yang tentunya tidak semua rasanya rela menari poco poco. Namun kerana arahan mungkin terpaksa dalam rela.
Tokwan setuju jika penari tidak bertudung bukan islam memakai pakaian polis dan menari nari samada tarian apa apa sahaja yang layak dan dibenarkan undang undang depan pelancong. Tolak tarian ‘tiger’ sudahlah atau tarian bercirikan seks dan lucah.
Kesian maruah anak cucu tokwan yang sudah ayu memakai tudung dan nampak berwibawa dengan seragam mereka.
Apa jua pandangan ini, ia sekadar milik peribadi tok yang tidak ingin jika boleh menari poco poco dibuat oleh POLIS WANITA/PEREMPUAN BERTUDUNG ISLAM MELAYU depan pelancong non muslin seluar pendek bertatoo.
Harap ada orang mendengar suara hati tok ini !
tokwan kena la bagitau atau buat aduan kat pihak berkuasa.
tukarkan polis lelaki.
bagi polis laki pula menari