Feeds:
Posts
Comments

Archive for July 31st, 2008

Al fatihah kepada para pejuang negara yang berjuang mempertahankan negara dari ancaman musuh yang mahu menggugat kedamaian dan keharmonian negara Islam ulung di dunia ini.

Moga mereka mendapat rezeki disisi Allah ganjaran syuhada yang termaktub di dalam Al quran dan Hadis.

Tok wan terjumpa gambar ini ( kerana sekarang tok suka belek gambar dalam flickr ) dan rasa mahu didedahkan di blog tok wan ini bagi tatapan cucu semua.

Kesenangan yang ada adalah hasil keperitan generasi datuk nenek kita.

Cucu buatlah sumbangan menjaga kedaulatan negara dari diruntuhkan oleh kalangan kita sendiri yang

ingin menggugat kedaulatan Islam yang selama ini ditegakkan dari awal kemerdekaan.

Jangan fikir apa negara beri kepada kita, tetapi fikirkanlah apa jasa kita kepada negara bangsa dan agama !!!

Orang Malaysia tidak sama dengan orang Melayu yang Islam dan Melayu tiada agama atau menggunakan agama untuk pilihanraya  !!!

tambahan :

” Yang penting, patung di atas hanya tugu peringatan bukan patung berhala seperti sesetengah golonga sempit akal fikirannya yang mengharamkan benda seperti di atas tanpa nas yang sah di sisi agama.”

Read Full Post »

Tokwan bukan anti seni. Cuma tokwan rasa menari di depan pelancong asing yang siap bertatu dan memakai seluar pendek rasanya tidak sayugia diteruskan.

Adakah ia satu kewajaran mendekatkan pelancong dengan polis?

Adakah tiada polis tidak bertudung untuk dijadikan penari poco poco ?

Dimana letaknya harga diri polis perempuan / wanita yang kena menari yang tentunya tidak semua rasanya rela menari poco poco. Namun kerana arahan mungkin terpaksa dalam rela.

Tokwan setuju jika penari tidak bertudung bukan islam memakai pakaian polis dan menari nari samada tarian apa apa sahaja yang layak dan dibenarkan undang undang depan pelancong. Tolak tarian ‘tiger’ sudahlah atau tarian bercirikan seks dan lucah.

Kesian maruah anak cucu tokwan yang sudah ayu memakai tudung dan nampak berwibawa dengan seragam mereka.

Apa jua pandangan ini, ia sekadar milik peribadi tok yang tidak ingin jika boleh menari poco poco dibuat oleh POLIS WANITA/PEREMPUAN BERTUDUNG ISLAM MELAYU depan pelancong non muslin seluar pendek bertatoo.

Harap ada orang mendengar suara hati tok ini !

Read Full Post »