Feeds:
Posts
Comments

Archive for July 29th, 2008

Tokwan bukan member PAS. Makna : Ahli PAS. Tetapi PAS adalah sedara UMNO yang berhak dipertahan jika dihina oleh munafik atau FASIK seperti budak botak berdarah Raja ( jenis Kapoor ) yang jelas auta dan belit belit kata katanya.

Tokwan tidak juga pejuang bangsa Melayu yang menindas bangsa lain tetapi tokwan pejuang Melayu yang cintakan bangsa yang telah dicorakkan oleh agamanya.

PAS atau UMNO tetap Islam walaupun mereka berbalas balas ‘tembakan’ hujah dan kenyataan, tetapi sikap persaudaraan tetap terserlah.

Tengok gambar Pak Lah dan Nik Aziz, tentu kita mudah mengecam bagaimana kemesraan ditonjol adalah dari kesedaran bahawa seburuk buruk saudara ia tidak membawa kepada putus saudara dan mahabbatin ( cinta bahasa hindustan )

Lihat juga bagaimana Tun Mahathir tetap disertai MB Nik Aziz ketika urusan rasmi di Kelantan yang melibatkan antara dua kerajaan Pusat dan Negeri.

Ia melambangkan ‘carik carik bulu ayam’ antara sesama Melayu dan Islam.

Ia menceritakan benih perpaduan dan perdamaian ada dan menunggu masa berbuah.

Moga Islam akan semakin gagah di NUSANTARA dengan perpaduan antara PAS dan UMNO dan juga saudara saudara di mana mana sahaja di DUNIA ini.

Read Full Post »