Feeds:
Posts
Comments

Archive for July 22nd, 2008

Tokwan pagi ni syukur kerana masih dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, Dengan dosa dosa tokwan tidak patut rasanya tokwan diberi berbagai bagai nikmat ini, tetapi RAHMAT Allah mengatasi segala keburukan hingga masih diberikan juga kebaikan kebaikan hingga kita dapat merasakannya,

Tokwan masih lagi macam biasa menjenguk tiap tiap hari ke laman laman ‘sesawang’ di internet. Blog blog serta chatting dengan kawa kawan baru dari seluruh dunia. Memang seronok kerana dapat menambahkan ‘persahabatan’ walaupun risau juga kerana ada yang dikhuatiri boleh ‘ menjahanamkan’ tokwan dengan ‘virus’ hatinya yang sangat bahaya.

Antara blog pilihan tokwan ialah Amin Iskandar. Sebagai penulis muda dan sekarang menulis pula di berita dalam talian, Malaysiakini, menjadikan Amin Iskandar seolah olah penulis hebat dan berbakat. Dan lagi penting dia sudah dikenali ramai orang dan beliau sudah ada ‘pengaruh’ di dalam tulisan.

Isu P.Balasubramaniam agaknya semakin reda dengan isu isu lain seperti Muzakarah UMNO -PAS yang dijangka akan berjaya jika dilaksanakan dengan penuh komited oleh kedua pihak…

Tokwan rasa kesediaan Pak Lah adalah juga satu RAHMAT untuk alam Melayu dan Islam di Asia Tenggara ini memandangkan beliau juga adalah manusia yang berketurunan dari darah ulama – pembawa rahmat nabi – ke alam nusantara ini.

Anwar dibebas semasa Pak Lah. Ustaz Ashaari Muhammad pun dibebaskan semasa zaman Pak Lah.

Cuma, yang peliknya tok wan tengok blog Amin Iskandar masih mengeji timbalan Pak Lagi dengan mengaitkannya atas dakwaan ‘main bontot dan ‘ main tidur ‘ dengan Altantunya.

Sedangkan Penyiasat Persendirian P Balasubramanaiam sudah menafikannya dalam akuan bersumpahnya kali ke 2..

Adakah Amin Iskandar tak puas puas lagi ke menfitnah Najib Tun Razak ?

Mungkin beliau sangat marah dengan Najib. atau beliau sudah disuruh marah bagi ‘ melepaskan ‘ kemarahan orang lain kepada Najib ?

Entahlah… Wallahu alam tokwan sendiri tak tahu.

Jumpa lagi cucu. Jika ke blog Amin Iskandar, pesan kat dia padamkan bahagian ‘main bontot dan main tidur tidur ye’….

Malu nama Altantunya dan Najib dicemarkan dengan begitu sahaja….   Sedangkan Najib sudah bersumpah

dengan nama Allah tidak mengenali Altantunya atau bertemu dengannya…..


Read Full Post »