Feeds:
Posts
Comments

Archive for July 16th, 2008

1. Blog Tranungkite kata : Debat – Mulut Shabery Berbuih-Buih……


Dilulus terbit pada Wednesday, July 16 @ 13:21:23 MYT oleh greenboc
Analisis Isu Oleh Topeng_Perak

Assalamu’alaikum…

Ni…aku nak mintak tolong sapa-sapa yang ada tisu…tolooong la lap tepi bibir menteri penerangan tuh…pengotoq betoi…

Betul sungguh aku cakap aku tak reti nak komen langsung pasal debat Anwar & Shabery tadi…hampa, kosong, sengal & macam-macam yang tak patut ada dalam debat diutarakan oleh mamat Shabery tu & untuk pihak anwar kredit penuh aku bagi & dari situ aku & keluarga aku bertambah yakin bahawa apa yang Anwar war-warkan selama ni tentang “Hari ni bentuk Kerajaan, Esok Harga Minyak Turun” adalah benar sebenar benarnya, bukan 1 omong kosong & 1 langkah yang amat praktikal yang sepatutnya diambil oleh kerajaan yang memerintah.

2. Blog Penarik Beca kata  :

Debat Shabery-Anwar: Muqaddimah

Shabery tak pernah berubah. Itulah kesimpulan saya bila melihat debat antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekurang-kurangnya, Anwar yang dituduh tidak berubah lebih banyak menumpukan tajuk perbincangan.
Saya pernah cuba memperkenalkan Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam posting bertajuk “Selamat berkenalan dengan Ahmad Shabery Cheek“. Baca betul-betul berita Malaysiakini yang saya pautkan di situ. Anda boleh memahami Shabery dan stailnya. Itulah Shabery sejak sekali-sekala saya terjumpa dengannya di Harakah dahulu – ketika itu beliau menjadi kolumnis lidah rasmi PAS itu.

Tak faham lagi? Saya teringat budak-budak bertengkar. Katakan, ketika kita budak-budak dulu, kita bertengkar dengan seorang budak. Kita kata kat dia, air liur hang nampak memutih-mutih tepi-tepi bibir bila hang bercakap. Banyaknya!

Memang, budak itu akan jawab, “aku dah sapu dengan lidah aku. Memang la masa aku bercakap jadi macam tu, tapi lepas aku bercakap, aku ada teknik nak hilangkan apa yang hang nampak tu”.

Tetapi selepas itu, budak itu akan keluar dari pokok persoalan dan terus serang kita dan kata “mata hang pun aku pernah nampak banyak taik, hari tu aku nampak hingus hang meleleh tak habis-habis. Bau hang busuk”, bla, bla, bla…

Bila kita tambah lagi fakta tentang mengenai air liurnya yang nampak memutih-mutih tepi-tepi bibirnya bila dia bercakap tu, dia akan jawab sikit lagi mengenai perkara itu. Sikit ja. Lepas tu dia akan tumpukan dengan serangan demi serangan kepada kita.

Selalunya budak yang kalah bertengkarlah yang buat hal. Bila dia dah tak tau nak jawab apa, mulalah dia akan kata, “hang tu suka buat kacau kat jalan!” Selepas itu mungkin akan ditokok tambah dengan maki hamun dan carut capai. Itu budak-budak la… Orang tua, terutama bila di hadapan umum, lain sikit style dia.

Kepada saya, Shabery tidak berjaya sama-sekali mempertahankan kerajaan yang diwakilinya. Dia hanya berjaya mendedahkan betapa tidak demokratiknya Anwar ketika beliau menguasai media-media seperti TV3, Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar kumpulan NSTP dahulu. Itu sahaja kejayaan Shabery.

3. Kata Kickdefella :

Tahniah Shabery!

16 07 2008 Job well done oleh Presiden Kelab Sejarah, ooops tersasol pulak, sebenarnya Shabery adalah Menteri Penerangan Malaysia. Menteri Penerangan Malaysia telah berjaya di dalam debat berhubung sejarah peribadi ahli politik negara, eh, tersilap lagi.

Sebenarnya debat malam tadi pasal Minyak atau pasal sejarah peribadi Anwar Ibrahim. Kalau pasal Minyak, rasanya Shabery telah terpesong jauh dari tajuk. Kalau pasal sejarah peribadi Anwar pulak, ummm, rasanya Shabery belum berapa matang lagi.

Bagaimanapun, secara keseluruhan Shabery telah berjaya mengangkat Kerajaan Barisan Nasional ke satu era baru. Era apa saya pun tak tahu.

Secara keseluruhan, saya berpendapat, Anwar Ibrahim masih di gear satu. Ataupun baru bagi 20% sahaja dari kemampuan sebenarnya. Anwar masih boleh beri jauh lebih baik tetapi berdasarkan prestasi lawannya, Anwar tak perlulah membazir minyak nak pergi jauh-jauh.

4. Al Husseyn51 kata :

Debat : Hujah Anwar lebih diyakini

Perdebatan antara DS Anwar Ibrahim dan Shabery Cheek telah berjalan dengan lancar dan telah diambil kesempatan dengan sebaik-baiknya oleh Anwar.

Pada rancangan asalnya, TV3 akan menyiarkan ‘live’ perdebatan tersebut, tetapi pada saat-saat terakhir telah ditukarkan kepada stesen televisyen TV9,satu-satunya stesen televisyen awam yang mempunyai liputan pelanggan yang terhad dan penyiarannya hanya terhad kepada Bernama TV dan Astro Awani yang hanya mempunyai kira-kira 2 juta pelanggan dalam negara ini.

Pertukaran tersebut dilihat sebagai satu usaha untuk menyekat orang ramai daripada mengikuti perdebatan yang akan memberi peluang kepada Anwar untuk memberkan penjelasan kepada rakyat berkaitan isu kenaikan minyak.

5. Amin Iskandar kata :

Banyak pandangan telah dikeluarkan mengenai debat bersejarah diantara Anwar – Shabery malam tadi. Media-media arus perdana kebanyakkannya memuji Shabery “konon”nya Menteri Penerangan tersebut berjaya mempertahankan dasar kerajaan.

Tetapi bagi yang melihat siaran langsung debat malam tadi, sudah pastinya akan mentertawakan gelagat Ahli Parlimen Kemaman tersebut yang tidak mampu memberikan penghujahan yang baik dalam menghadapi Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim.

Jika anda melihat debat tersebut berulang kali, anda pasti akan dapat melihat bahawa Shabery sebenarnya datang ke debat tersebut dengan “skrip” yang mungkin diberikan oleh “budak-budak tingkat empat” atau “budak-budak Bukit Aman”.

Cuba anda semak balik video perdebatan Anwar- Shabery yang sudah tersebar luas di Youtube atau klik disini, anda akan dapat melihat bagaimana Shabery bersungguh-sungguh “memprovokasi” Anwar dengan menyerang peribadinya.

Namun ternyata Anwar sudah “matang” berpolitik dan tidak mudah untuk diprovokasi. Anwar tetap fokus kepada isu minyak walaupun Shabery cuba mengheret Anwar untuk berdebat dalam isu peribadi beliau dan mengungkit sejarah silam Anwar yang dikatakan suka “berdemonstrasi”.

6.  Tok Wan kata : fanatik Anwar @ pembangkang yang berkepentingan ingin merebut kuasa dari kerajaan BN / UMNO akan tetap memenangkan Anwar walaupun seribu dalil dikemukakan.

Seperti firman Allah : Dan tidaklah bererti tanda tanda dan peringatan peringatan kepada kaum yang tidak beriman.

Full stop !!!

Read Full Post »