Feeds:
Posts
Comments

Archive for July 15th, 2008

Salam.

Tokwan minta maaf kerana tergendala blog tokwan ni beberapa hari. Hari ini dah 15 hb dan tokwan tidak pernah selama ini meninggalkan penulisan blog sebegini lama.

Sebenarnya banyak perkara berlaku.

– Cucu sakit dan muntah muntah. Hidung berdarah dan demam…

– Tokwan sakit. Sakit gigi sakit hati sakit demam selesema …

– Opah sakit. Tokwan kena bantu jaga cucu cucu yang ramai di rumah.

– Jiran sakit. Pergi ke Hospital Serdang menziarahi jiran sakit jantung. Sekarang koma.

– Jemputan sana sini. Hari tu ke pondok dekat tampin ada majlis sambutan Syeikh diorang. Ada juga jemputan baca doa naik rumah, belah mulut anak dan lain lain.

Semalam pun sibuk sebab ke KL ada urusan sikit. Beli internal ( ke external yang betul ? ) hardisk untuk backup laptop jika ‘kena virus’.

Jadi apa apa berlaku tokwan dapat simpan lah semua fail fail penting tokwan nanti…

Banyak terlepas isu isu terbaru negara kita. Meskipun ia sudah banyak dijawab oleh blogger blogger pencinta keamanan dan pro kerajaan di blog blog mereka..Namun tokwan rasa ‘keciwa’ sangat kerana terlepas memberi komen komen atas isu isu tersebut.

Maxis Broadband tokwan juga dah lama tak jalan. Rosak. Bil rasanya belum dibayar lagi oleh anak tokwan di putrajaya ….susah nak pakai laptop jika ke sana ke mari. Tokwan doakan dapat beli black berry atau seumpamanya yang senang nak check email dan blog dan juga nak masukkan artikel dari handset sahaja. Doalah ye …

Tokwan tak layak pun digelar blogger. Dan ‘expired’…

Jika kali pertama 10 April lepas mungkin disebabkan tekanan membahagikan ‘ghanimah – harta rampasan’ perang ekoran kejayaan PAS bersama PKR dan DAP memenangi lima negeri termasuk Wilayah Persekutuan, kali ini Hj Hadi kena serangan jantung mungkin kerana ia berkaitan kemarahan PAS terhadap PKR dan DAP isu isu berkaitan Islam dan hak istimewa Melayu.

Hj Hadi sudah melepaskan kemarahannya dan tokwan sudah petik temubual beliau di artikel tokwan sebelum ini.

Yang menariknya Dewan Ulama PAS menyokong Hj Hadi manakal Pemuda PAS nampaknya tidaksebegitu.

Kat Hj Hadi dalam wawancara tersebut :

” Kepada PAS, orang Melayu mesti menjadi teras kepada politik negara. Ini diterima oleh semua kaum. Bukan pula bermakna hanya orang Melayu yang berhak dalam politik dan kekuasaan tetapi teras politik kita berpihak kepada orang Melayu sebab melihat kepada jumlah penduduk Islam yang majoriti dalam negara ini. Ini perlu diambil kira. Tapi malangnya Melayu sendiri hanyut dalam merealisasikan Islam itu sendiri sebagai kekuatan orang Melayu. ”

Bagi tokwan, baguslah jika PAS sudah sedar bahawa kepentingan Melayu @ Islam menjadi dominan. Ini bermakna tindakan menaikkan PKR yang didokong oleh bangsa lain jelas akan menjahanamkan PAS sendiri dan juga melemahkan Islam yang menjadi tonggak kekuatan dan asas perjuangan PAS selama ini.

Tempoh dua tahun Pak Lah berkuasa ini hendaklah dimanfaatkan sebaik baiknya oleh Pak Lah dan Hj Hadi. Tokwan mahu mereka berhentilah demi Nabi kita Saidina Maulana Muhammad s.a.w…..

Marilah kita berhenti bergaduh isu isu kecil dan berfikir kepada isu isu besar demi kebaikan umat sejagat.

Oklah wasalam. Jumpa lagi cucu…

Read Full Post »