Feeds:
Posts
Comments

Archive for July 8th, 2008

Pagi tadi gigi tokwan sakit.. Berdenyut denyut serentak dengan kepala juga berdenyut denyut. semasa menulis gigi masih lagi berdenyut. Walaupun dah berkumur dengan air garam pagi tadi.

Mungkin disebabkan gigi berlubang menjadikan gigi tokwan sakit. Gigi tak kuat, kurang kalsium. Namun ini semua adalah ujian Allah yang memberi sedikit ‘ ujian’ bagi ‘ ribuan ganjaran’ atas setiap saat yang diredhai dan disyukuri tokwan Insya Allah.

semalam juga tokwan sibuk ke Melaka. Hantar cucu ke IKBN sana. Belajar masakan atau dipanggil PM. Penyediaan Makanan. Sehari di sana, dekat Maghrib baru tiba di rumah.

Hari ini sia sisa demam masih ada lagi. dah 3 hari demam selsema ini yang tokwan dapat tahu ini memang ‘musimnya’..

Nak kata musim durian datang sekali musim demam tak dapatlah tokwan nak pastikan atau periksa kebenarannya.

Cuma ramai tengah demam sekarang ini dan tokwan rasa ia sempena ketibaan Rejab, bulan ALlah sebelum bulan Syaban dan selepasnya bulan segala bulan iaitu Ramadhan..

Ingat tokwan nak start puasa tiga bulan. Tetapi tidak dapat diteruskan dalam keadaan sakit gigi, demam, dan selsema sekarang. 1 Rejab sahajalah puasa sunat tokwan dan jika larat tokwan nak tambah lagilah nanti.

Sempena ‘angin Ramadhan’ yang sudah meniup perlahan lahan ke alam kehidupan kita ini, marilah kita menambahkan lagi usaha mendekatkan diri kepada Allah tiap masa dan ketika.

Di dalam bulan, ada penghulunya. Dalam hari ada ketuanya. Dalam kalangan manusia ada ‘kekasihNya’..

Doalah kita akan bersua dengan orang ‘ disayangi’ Allah dan jadikan dia sebagai ‘sahabat badan, hati dan roh’ .

Cuma satu jangan buat lagi, demonstrasi protes kenaikan minyak yang ‘menaikkan minyak’ peserta dengan group liar dan tidak senonoh yang dikatakan ditaja orang kuat PKR iaitu Hishamudin dan dibawa masuk oleh penganjur antaranya AMin Iskandar dan Dr Hatta Ramli.

Yang menariknya, Amin Iskandar kata ‘ ada provokasi’ di sebalik kekecohan protes semalam hingga SB dan Polis juga yang disalahkan mereka.

Bukan pengajur yang gagal menarik peserta atau kegagalan pemimpin PAS hadir sama memberontak dengan menunjuk perasaan di sana !

Akhirnya , Anwar juga yang menguasai pentas seperti sambutan 100 hari lepas di Shah Alam.

Jelas Pakatan Rakyat tokwan jangka akan gagal memerintah untuk tempoh yang lama jika beginilah ‘rupa ‘ pakatan mereka…

Jumpa lagi….

Read Full Post »