sapa sapa yang baca berita tu mesti sangat sangat terkejut. Samada sangat sedih atau sangat gembira.
Jika peminat dan penyokong Pak Lah tentu sangat sedih kehilangannya. Jika bukan maka tentu keterlaluan kegembiraan akan meliputi hatinya hingga tidak ‘sedar’ diri lagi.
Tokwan pun sangat sangat terkejut membaca berita tersebut di blog. Ingat betul betul namun alhamdulillah ia ‘mainan’ media blog agar menarik minat pembaca mengunjungi laman mereka.
Kadang kadang rasa macam dipermainkan pula…
Apa pun tokwan sangat gembira kerana Allah masih kurniakan kesihatan dan kekuatan kepada PM tokwan demi meneruskan tugas dan amanah sebagai Perdana Menteri Malaysia. Semoga sesaat itu menjadi sejuta kebaikan walaupun kata kata caci maki dari rakyat itu adalah ujian dan cabaran sebagai seorang pemimpin yang sememangnya perlu berjiwa besar.
Moga Allah memberikan Malaysia pemimpin yang taatkan Allah dan mendokong agama demi mempertahankan kedaulatan negara dan hak hak istimewa kita orang Melayu Islam di Malaysia.
Berita lanjut di bawah ini.
MELAKA -Kanak-kanak lelaki yang namanya sama seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia akibat penyakit leukemia di Hospital Melaka hari ini.
Abdullah Ahmad Badawi, 9, meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi selepas menderita penyakit tersebut sejak dua tahun lalu.
Bapanya, Abdul Rahman Mahmud, 44, berkata, dia reda dengan kehendak Allah yang lebih menyayangi anaknya itu yang lebih mesra denganpanggilan Pak Lah setelah pelbagai usaha dilakukan untuk mengubatinya.
”Alhamdulillah, dua minggu lalu, saya sempat penuhi semua permintaan arwah untuk berjumpa dengan semua keluarga yang rapat dengannya termasuk membelikannya sebuah kereta kawalan jauh,” katanya kepada para pemberita di rumahnya di Taman Jaya, Padang Temu di sini hari ini.
Kanak-kanak itu yang merupakan anak ke-10 daripada 11 adik beradik meninggal dunia di sisi ibu bapa dan adik beradiknya yang juga memiliki nama menyerupai nama pemimpin negara iaitu kakaknya, Siti Rafidah, 13,dan adiknya Mahathir Mohamad, lima tahun.
Adik beradiknya yang lain ialah Siti Maisara, 24; Mohd. Al Hafiz,22; Siti Nurul Aini, 21; Mohd. Al Najib, 19; Mohd Al Arif, 18; SitiHajirah, 17; Muhammad Al Bunyamin, 15, Mohd. Al Azim, 13 dan Azaharem,6.
Menurut Abdul Rahman, anaknya itu mulai sakit teruk awal Februari lalu dan sempat menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di SubangJaya.
”Sebaik saja dia pulang ke sini, dia sempat tinggal dua hari sajadi rumah sebelum diserang demam dan dimasukkan ke wad di HospitalMelaka selama 16 hari dan meninggal dunia pagi ini,” katanya. Sementara itu, abang Abdullah, Al Azim berkata, sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi ini, adiknya sempat berbisikdi telinganya mengatakan sesuatu.
”Sedang saya duduk di sisinya, tiba-tiba dia tarik saya dan berbisik sambil menunjukkan tangan ke atas mengatakan dia nampak sesuatu. Saya hanya mampu menganggukkan kepala sebelum dia terdiam dan tersenyum melihat saya,” katanya.
Jiran arwah, Mohd. Husaini Hussin, 16, berkata, dia sedih dengan kehilangan seorang kawan yang ceria dan suka berkawan semasa arwah masih sihat.
”Kami semua sangat sedih dengan kehilangannya apatah lagi dia merupakan pemain kompang termuda di taman ini. Selepas ini kami semua pasti merinduinya terutama apabila berkumpul bermain kompang setiap kali ada majlis kenduri atau keraian,” katanya.
Seorang rakannya, Mohd. Sazlie Salleh berkata, dia pasti akan terasa sunyi kerana sebelum ini sering bergurau dengan Abdullah yang pintar kerana pandai bertutur bahasa Cina dan Inggeris dengan baik. ”Dia juga pandai baca surat khabar dengan lancar walaupun hanya sempat sekolah setakat darjah satu,” katanya.
Leave a Reply