Feeds:
Posts
Comments

Archive for May 25th, 2008

Tok berborak dengan YM !

Hari ini tok try guna YM…..Cucu tahu ke apa YM tu ?

Yang Mulia ? bukan.

Yang Malu ? bukan …

Memang tokwan dari keturunan Raja juga…Bukan Raja Kaporr…tapi Raja yang sudah tidak berdaulat. Teringat dulu ada juga kawan tokwan nama Raja Adib b Raja Ab Ghani…satu sekolah dulu. Memang baik dan pandai membaiki apa apa sahaja yang rosak.. Memang sifat Raja dia akan membaiki apa apa yang rosak.

Sebut bab Raja , ingat Raja Petra Kamaruddin ( RPK ) yang ditahan tempoh hari. Enggan diikat jamin tetapi keluar selepas mendakwa terancam dengan tertuduh kes Altantunya. Sedangkan tokwan baca kedua tertuduh itu tidak mengetahui di mana dia ditahan bahkan membuat laporan polis menafikan dakwaan liar tersebut. RPK rasanya masih belum membayar wang tuntutan saman Tan Sri Nordin Kardi selaku Naib Canselor UUM. Wang RM 7 juta bukan sedikit dibandingkan dengan pendapatan RPK yang tokwan dengar cerita dalam blog mencecah ratusan ribu sebulan.

Ingat juga perihal raja ini, tentang cadangan veteran UMNO yang dilapor meminta campur tangan raja berkaitan perpecahan dalam UMNO. Ia ditolak oleh Tun Mahathir sendiri… Bukan Raja sudah tidak berperanan tetapi, Raja mungkin boleh menjadi Hakim apabila dua dua ingin meminta perkenan baginda memberi pendapat pemutus bagi pertelingkahan tersebut. Sekarang ini, mereka berdua masih lagi tidak berkata apa apa tentang perkara merujuk kepada Raja kecuali ia keluar dari mulut veteran yang tentu tidak dapat info secukupnya.

Dengar berita tokwan tahu Pak Lah dan Tun ada di Jepun kerana ada sidang yang dah lupa namanya. Harap ada pertemuan kedua dua mereka sebelum meneruskan perbalahan terbuka di media massa negara kita.

Bab berbalah ini, kita kena biarkan UMNO mengendalikan sendiri pertelingkahan yang timbul kerana tokwan pasti ia tidak akan berlarutan dan menjejaskan negara hingga meruntuhkannya…

Oh ye, YM itu Yahoo Messenger… Bagus kerana ia memudahkan tokwan menghubungi kawan lama yang sudah lama juga tidak bersua dan bertanya khabar.

Kawan tok dari jurusan agama. Belajar sehingga Mesir. al hafiz. Yakni Al Quran…Bukan title Al Hafiz – penghafal hadis. Kerana ia kalimah yang sama tetapi erti dan penggunaan berbeza.

Ringkasnya, tokwan dapat email dia dah lama. Namun hari ini baru dapat berjumpa. Dia kebetulan di Kelantan. Sempat juga tokwan tanya isu Sayuti Omar yang dikatakan tidak ngam dengan baju petak merah – Husam Musa.. Dia hanya memberi respon negatif kepada Mohd Sayuti Omar termasuk perbualan beliau dengan Nik Aziz yang dipapar dalam blog ; dikata sangat meragukan….Turut ditambah ialah sikap pemimpin PAS sekarang yang pandai ‘politik untuk politik’..Tokwan tanya adakah ia kerana pangkat jawatan dan adakah ramai ? jawapan ringkas beliau ; ramai sangat…Moga PAS tidak akan punah dengan godaan wang jawatan dan kemasyhuran ujian dari Tuhan. Begitu juga UMNO, terus gagah meneruskan warisan pusaka hingga berjaya menakluk dunia dengan perjuangan mereka.

Tok tahu dia kata apa sahaja memang satu persepsi dan pandangan. Ia suara peribadi beliau selaku orang yang mengikuti perkembangan politik di tanah air kita. Dan sebab itulah tokwan nak tanya dan mengetahui pandangannya.

Tokwan dengar dengar juga khabar angin Husam tidak disukai ramai orang. Namun harapan Husam menjadi MB Kelantan tentu susah kerana beliau tidak dilantik sebagai pemangku MB sekarang sedangkan Nik Aziz dilapor telah atau akan ( tokwan tak ingat mana yang betul ) menunaikan umrah setelah sekian lama menangguhkannya.

Setiap hari berbagai warna mencorakkan masa dan angkasa kehidupan kita. Menjadikan ceria dan juga derita bertukar ganti. Meninggalkan malam di belakang siang dan siang di belakang malam.

Sekarang ini musim cuti sekolah. Riuh rendah rumah tok kerana ramai anak cucu pulang

nampaknya tokwan sekali lagi diganggu dengan suara dan tangisan serta usikan nakal cucu cucu tokwan yang memang pantang tengok tokwan berdua-duaan dengan laptop ini.

Oklah salam semua. Selamat semua. Doalah dalam solat agar Agama Bangsa dan Negara akan sentiasa terpelihara. Nak solat asar sekejap.

Wassalam. Jumpa lagi. doakan wan panjang umur !

Read Full Post »