Feeds:
Posts
Comments

Archive for May 23rd, 2008

Hari ini sambil membaca surat khabar biasa, tokwan membuka internet. Hari ini tokwan free sikit selepas sibuk semalam urusan di pekan, ada perjumpaan sedikit dengan kawan kawan seperjuangan. Kami menganjurkan usaha memupuk kesedaran sebagai rakyat Malaysia yang perlu bersatu dan bekerjasama antara sesama bangsa dan juga bangsa lain.

Tokwan sekadar ahli biasa sahaja di tengah tengah orang kuat YB di sini, serta pengerusi JKKK dan juga tok penghulu. Ustaz yang tokwan selalu cerita dok mengajar di surau, turut hadir sebagai penasihat aktiviti yang kami jalankan.

Tokwan tahu susah berseorangan membuat apa apa sahaja. Jemaah – dalam bahasa arabnya atau organisasi / persatuan adalah platform terbaik membuat apa apa acara. Ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing… dan kami akhirnya dapat menanam semangat cintakan negara bangsa dan agama melalui pakatan yang kami asaskan.

Tokwan tahu sekadar mengembara di internet tanpa mempedulikan aktiviti setempat salah juga. Banyak baca blog blog mengarut bahaya juga. Cuma, tokwan fikir kena ada juga usaha berjumpa masyarakat bagi menjadikan mereka saling tolong menolong satu sama lain. Jika tidak, susah kita juga. Sebab hidup tidak aman diganggu jiran jiran hingga memudaratkan kita dan keluarga kita juga.

Ruangan Dalam Neger, Utusan Malaysia hari ini, tok tertarik dengan artikel Abdul Rahim Anuar, Profesor Madya Kolej Undang Undang, Kerajaan dan Undang-undang Antarabangsa di UUM bertajuk ancaman Siber Dunia. Antara mukaddimahnya ialah bagaimana pasaran saham tempatan telah turun 13.04 mata kepada 1,287.43 di ketika berita pengunduran Tun dari menjadi ahli UMNO merebak ke seluruh negara.

Hebat juga Tun ye, fikir tokwan. Kerana dah pencen pun tetap ada bisa lagi. Cuma, kerana mulut santan binasa pun, ada benar juga; fikir tokwan dalam hati.

Bayangkan 13.04 mata jatuh merudum sebab kata kata dan perbuatan Tun. Pandangan pelabur semakin keliru kerana Tun mengkritik pengganti Tun sendiri tanpa henti. Dan terkini, acara keluar dari ahli telah dimulakan hari tersebut dengan meminta semua keluar parti.

Tokwan fikir Tun nak musnahkan UMNO yang dijaga Tun atau nak menyelamatkannya?

Persepsi yang sukar ditentukan dengan tepat apatah lagi oleh tok yang bukan arif lagi bijaksana ini…

Jumpa lagi …jangan keluar agama walaupun ramai keluar parti….

pastikan apa apa pun berlaku ; Agama Bangsa dan Negara tetap aman damai di hati kita semua….

Read Full Post »