Feeds:
Posts
Comments

Archive for May 19th, 2008

Tokwan terkejut juga. Tak sangka. sama dengan Pak Lah yang turut tak sangka. Akhirnya duri dalam daging seperti kata Musa Hitam, ahli yang dipecat dari Timbalan Tun tahun 1986….

Tok tahu Tun sangat hebat. Putrajaya legasi Tun yang menakjubkan tokwan sendiri. Ingat lagi ketika menziarahi anak tokwan di sana, memang cantik binaan yang ada di Putrajaya. mencerminkan ketinggian arkitek bangsa kita membinanya hingga dicemburui dunia.

sebab dahulu bangsa kita nak buat jarum pun tak reti. Bayangkan bagaimana mundurnya kita di masa dahulu sebelum merdeka…jadi hamba kepada British sepanjang masa…

Raja pun tidak ada kuasa memerintah kerana telah diperdaya oleh mereka….

Tokwan tahu ini satu lagi tsunami selepas kejatuhan dalam pilihan raya baru baru ini.. Lagi susah Pak Lah atau lagi mudah itulah yang kita nanti nanti selepas ini…

Jika mudah Alhamdulillah….Jika semakin susah, innalillah kerana itu tanda ujian dari Allah, yang Maha Mengetahui hikmah di sebaliknya.

Ketika ini sudah banyak laporan tok tengok samada dalam utusan, malaysia kini, blog blog dan juga sahabat tokwan seperti yang ada di link beritamalaysiakini….Mereka sudah memberikan ulasan masing masing…Cuma tok sahaja dok tunggu saat sesuai ( kerana kena baca dulu semua kata kata diorang ) kerana tokwan tak adalah mahir sangat bab politik ini.

Kalau bab lain bolehlah..

Dah malam ni, tok wan tak boleh lambat tidur, takut naik darah. Susah lah kalau sering pening kepala lewat tidur. Tokwan tahu esok masih ada jika panjang umur.

Oh ya, tulisan jawi tokwan stop dulu. Rasa kena khususkan di blog baru yang semuanya dalam tulisan jawi…

– sekarang tengah tunggu Harakah daily dalam jawi. Tentu menarik walaupun belum ada lagi setakat hari ini. Utusan sudah lama …..

Read Full Post »