Feeds:
Posts
Comments

Archive for May 18th, 2008

Tok wan di hujung minggu

Hujan lebat sejurus pulang dari pasar pagi tadi…Susah berjalan dari pasar dalam keadaan dah nak hujan. Ingat tak mahu pergi, tetapi tok gagahkan diri berjalan menengok suasaan riuh rendah pasar. Walaupun nabi menyifatkan pasar sebagai satu tempat yang tidak elok bagi dikunjungi dengan kerap…

Kenapa ye pasar diibaratkan sebagai tempat tidak elok ? sedangkan masjid dijadikan tempat orang beriman suka dan digalakkan mengunjunginya ?

Apa ada di pasar ( baca : super market ), tokwan nak soal diri tok dahulu…

– Barang jualan

– Jual beli

– Barangan jualan tentunya duniawi

– Kadang kala penuh dengan tipu daya menaikkan keuntungan

Baiklah, masjid pula ada apa di dalamnya ?

Ibadat mengingati Allah

Kuliah ilmu atau Majlis zikir

Pertemuan sesama Islam untuk ukhwah

Medan upacara kemasyarakatan

Maknanya jika selalu ke masjid tentu hatinya akan selalu bersih dan kosong dari cintakan dunia.. Namun, jika ke pasar ( super market ) selalu, kita akan tergoda dengan telefon yang mahal, pakaian yang cantik, kasut yang berkilat, pinggan mangkuk yang hebat dan sebagainya… Ia akan membuahkan cinta dunia hingga kadang kadang mewaraskan akal kepada melanggar syariat dan undang undang , asalkan dapat memiliki dunia yang dilihatnya selalu di pasar itu tadi…

Orang yang selalu di dalam kelalaian, tentu memasuki masjid tidak merubah hati serta merta hingga dapat terus menerus mengingati Allah dengan lisan dan hatinya… Apatah lagi berada di tempat seperti pasar yang sibuk dengan urusan dunia dan tiada sebarang acara yang mengingatkan Allah dalamnya….

Begitu juga Ahli Zikir ( berterusan ingat Allah ) samada hati dan mulutnya, tentu tiada beza di mana sahaja dia berada. Bahkan bagi tokwan, jika ada perempuan seksi lalu di hadapannya sekalipun, tentu ia melihatnya tidak ubah seperti kereta yang tiada rangsangan syahwat menjelma di saat melihatnya…

Masalah sekarang orang fikir di Mekah, tiada kejahatan dan disitu semua kebaikan..Sedangkan jika hati masih ’lazat’ dengan maksiat tentu maksiat juga yang dicari di sana….

Begitu juga hati yang berhubungan dengan Allah, tentu Mekah dirasakan di depannya setiap masa. Maqam Rasul itu dibayangkan sentiasa di hadapan sejadahnya ketika bertawassul dalam berdoa… Dan ia sentiasa merasa sangat erat dan dekat dengan Pencipta walau di dalam tandas bagi menyelesaikan hajat keperluan hariannya…

Maknanya, jika hati sudah bersih, di mana sahaja tentu sama rasa hatinya dan tidak ada yang boleh mengubah hatinya agar mendurhaka kepada Zat yang telah menciptakan dirinya…..

Harap cucu cucu hati hati dengan dosa walau sekecil mana ia di depan mata kita. Kerana ia kecil di pandangan kita namun sangat besar di sisi Allah Taala….

Sabda Nabi s.a.w : Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada. Dan ikutilah kejahatan dengan kebaikan sebagai cara membersihkannya. Dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang mulia…

Jumpa lagi, selamat Wesak Day’s Holiday untuk semua……

Read Full Post »