Feeds:
Posts
Comments

Archive for May 17th, 2008

Tokwan membaca berita semalam ( Berita asal ) perihal internet yang akan menjadi semakin laju tidak lama lagi di Negara kita…ia berita baik bagi tok. Sekarang susah dan lambat mengakses internet jika berada di kawasan luar bandar dan terpencil…

Macam di kawasan tumpuan ramai atau pelancong, seperti di Langkawi minggu lepas, tokwan puas hati kerana liputan sangat baik dengan broadband yang tok miliki ini. Ia menandakan kita sudah mencapai satu tahap dan era baru di dalam mencapai kejayaan meluaskan kawasan liputan untuk internet di luar bandar.

Kata Menteri yang bertanggungjawab perihal internet semalam,

” keputusan itu diambil memandangkan kadar penembusan jalur lebar negara iaitu 18 peratus, amat rendah berbanding negara-negara maju di Asia seperti Singapura (78 peratus), Hong Kong (80 peratus) dan Korea Selatan (93 peratus).”

Cuma di samping akses yang laju tersebut, harapnya ia memudahkan kerajaan menyebarkan agenda dan perancangan serta penerangan isu isu terkini kepada rakyat. Ia memudahkan rakyat yang rasional dan cerdik di dalam menapis tohmahan dan tuduhan pihak anti kerajaan hingga telah menyebarkan berita palsu dan fitnah di alam siber yang sangat luas ini.

Tok wan sendiri selalu jenguk jenguk juga laman mereka. Selain laman agama yang padat dengan info, politik antara menjadi minat utama tokwan yang suka mengetahu persepsi rakyat berkenaan sesuatu isu. Namun tokwan rasa mereka ( blogger pro pembangkang ) hanya pandai memberi persepsi yang negatif sahaja. Tidak pada aspek positif..

Sebentar tadi tokwan tengok gambar gambar acara angkat sumpah di blog Kickdefella. Antara gambar gambar menarik tu, ada juga gambar Ahli Parlimen UMNO, Alwi Jusoh yang keletihan dan menguap. Dengan selamba beliau menyindir ; and The Opposition Leader from Kok Lanas is already sleepy like his boss.

Mudah sangat menulis tetapi pertimbangan beliau menyindir dan mengaitkan dengan nama Pak Lah sangat jelas mempunyai propaganda ingin memburukkan nama UMNO dan Kerajaan Malaysia. Meskipun Hj Hadi yang tidur pun ada diambil gambarnya ( klik sini jika minat ) sedang tidur dengan beberapa wakil rakyat PAS, kickdefella nampaknya tidak berminat atau tidak suka menghebahkannya kepada semua. Mungkin takut ia memberi kesan negatif barangkali atau dipotong gajinya nanti oleh Husam Musa..

Dengan hits sudah mencecah 2 juta, tentu kuasa blogger seperti blogger yang nama penuh sheih azidi ini sangat besar di dalam membina persepsi masyarakat pengguna internet. Apatah lagi selepas internet makin luas seperti berita di atas, tentu makin besar jumlah yang akan datang membaca dan berpotensi terpengaruh dengan propaganda blogger upahan Husam Musa ini..

Bahkan sumbangan dari penggunaan internet ini dijangka melebihi 6 bilion seperti laporan akhbar utusan semalam

““Hasil penilaian awal daripada aspek sumbangan ke atas KDNK ialah RM6.68 bilion atau satu peratus pada tahun 2010,” kata Menteri terbabit lagi.

Tokwan harap, ikutilah nasihat MB Perak Nizar yang menyuruh blogger mengkritik Pakatan Rakyat jika ada kesalahan dan kesilapan. Kritikan membina diperlukan oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat..Meskipun pahit kita perlu menelannya jika kita ingin sembuh dari kesakitan dan penderitaan yang mengganggu diri kita sendiri.

Ok jumpa lagi cucu semua…Selamat bercuti dan habiskan masa berkualiti dengan keluarga dan sahabat anda. Oh lupa, tokwan menulis ini di Alam Anda Putrajaya….Bersama anak yang bekerja di sini bagi meraikan Hari Ibu dan Hari Guru yang dua duanya relevan dengan tok !

Read Full Post »