Feeds:
Posts
Comments

Archive for April, 2008

Ingat tok wan nak letak gambar video you tube cucu buat pengumuman hari raya di mesir sana, tetapi tok terserempak pulak dengan video lagu Haddad Alwi ini.

Lagu yang selalu tok wan dengar cuma kat tv sahaja dan dalam kereta Naza Kia pak long..  Tok selalu dengar dan memang ada beli Cinta Rasul beliau dan Sulis, penyanyi cilik tetapi hebat suaranya.

Hari ini cucu tok wan dari IPT luar negara Patih Gajah Mada datang ke sini ziarah toknya. Tok wan dapat assistant lagi mantap membina dan mengisi blog ini..

terima kasih azwan kerana sudi tolong menaipkan utk tok wan ini. kalau tidak berjam jam tidak siap lagi. Correct error ulang ulang macam tu sampai bunyi pinggang yang sudah kurang ‘minyaknya’ ini.

Tok wan nak letak video atas di sini. Senang tok wan nak tengok dan dengar.

Makin banyak dengar makin sedap rasanya. Kerana tok wan dengar dia ni ( Haddad Alwi ) memang tidak lupa berselawat ke atas nabi sebelum buat apa sahaja…

kerana dalaman kita menampakkan dirinya di dalam perbuatan dan hasil ucapan lidah sebenarnya. Jika kita tidak menjaga diri tentu hasil didengar akan disukai oleh yang tidak menjaga dirinya juga.

Jika hati dijaga, aura cahaya tadi akan mengalir masuk ke dalam hati hati pendengar hingga terasa sangat nyaman dan sejuk dalam mendengar alunan suara, ucapan, atau apa sahaja gambaran yang dapat dilihat oleh kita.

Ia tidak dapat ditipu. Ia berlaku semulajadi.

Sebab itu tok wan dengar tok tok guru mengajar, hati ada yang akan bercantum, Ada yang akan membenci. Ia terjadi dengan sendiri.. Kerana ia bergantung kepada tahap kebersihan hati = keimanan = ketakwaan manusia itu sendiri.

dan tok wan dengar juga, melihat mereka yang bersih hati seperti Ulama hakiki, menjadi satu ibadah yang berpuluh tahun ganjaran pahala sekali menatapnya…

Memang benar, kerena ulama sejati penuh cahaya dan meliha mereka seumpama mengambil cahaya yang sebelumnya kita jana dengan solat, zikir, dan lain lain amal ibadat.

Patutlah melihat ayat al quran menjadi ibadat ye cu..

Apa makna madad?? tok wan tahu mesti nak tanya kan.. Cucu carilah sendiri maknanya di alamsiber ini…

Nanti bagi tahu komen kat bawah…tok wan akan betulkan nanti kalau salah !

Read Full Post »

Petisyen Online

Tok menulis awal pagi ni. Tak sempat turun ke tanah lagi. Kebetulan tak sempat ke surau sebab terlewat bangun. Tok terus capai lap top ni dan mula belayar !

Tok dapati semakin ramai datang. Dan jumlahnya agak sama setiap hari di dalam lingkungan 30 orang. Tok pun tidak tahu samada pembaca tu dari orang yang sama atau berbeza. Yang tu kena tanya cucu tok lah kerana dia lebih tahu lagi.

Tok tulis dan buka sendiri ‘Qalam’ ini kerana sudah mahir sedikit berbanding dulu.

Ye lah sudah sebulan takkan tok wan tak ingat lagi macam mana nak menulis. Dok baca news tiap hari tok wan reti jugaklah baca dan guna bahasa moden ni. Kat Forum lagi class bahasa bebudak zaman sekarang ni. Gitu gitu pun timbul jugak..penangan Saiful Apek lah tu !

Tok wan sambil buat zikir pagi ni tok nak bagitahu satu petisyen online. Kalau cucu nak buat pun boleh juga. Apa sahaja nak di pettition kan ( bahasa rojak sikit hihi ) boleh diletak di sini. Dan tok tahu pun sebab BERITA MALAYSIA KINI yang ada letakkan pettition tu dalam link.

semalam tok tak perasan dah ada ke tak. tapi hari ini ada dalam ruang blogroll tu.

tok tengok belum ada yang sign mungkin baru buat rasanya. Dan tok jap jap lagi nak tandatangan juga. Nanti s/u tok wan bangunlah. Dia terlena lagi semalam main PS2 sampai jam 11 malam. Tu tengah mendengkur panjang selepas selesai solat tadi.

tak solat memang tok wan pukui. Biar pun cucu, tetapi tok wan tak kira. CUma tok wan nasihat dulu. Beri masa dan guna berbagai cara mendekati dan memahamkan dia pentingnya solat.

Sebab solat itu tiang agama , tok cakap kat dia. Boleh kekita duduk bawah rumah tiada tiang atau tiang nak tumbang ? soal tok wan dulu semasa dia susah sangat nak solat.

Dia kata tak boleh tok.. Tok wan pun apa lagi, terus memberitahu bahawa, solat itu tiang agama. Bagaimana agama boleh kuat? tidak dapat tidak kena kuatkan tiangnya iaitu SOLAT.

Dia mengangguk faham. Dan kalau nampak cucu tok wan tu terlupa, terus tok sindir , tiang nak terbalik !!!

mesti terus ke bilik air ambik air sembahyang.

Ramai juga ibubapa tidak solat dan anak anak turut tinggalkan solat. Solat sudah tidak dirasakan kemanisannya. Solat sekadar mainan adat warisan bangsa bukan agama.

Tok pun syukurlah anak cucu tok masih kekal bersolat. Samada solat awam, khawas, kahawasulkhawas (sila betulkan ye kalau salah ) tidak lah tok wan pasti. Cuma tok kalu sembahyang tok bayangkan Kaabah berada di depan tok, kerana kita tak dapat bayang TUhan.

Jadi tok bayangkan kiblat yang Tuhan perintah mengadap ke arahnya.

Tapi memang menggentarkan hati juga bila bayangkan Kaabah depan mata. Mungkin kerana ia SYIAR ALLAH jadi hati terus ingat ALLAH bila melihat syiar ALLAH itu.

Ada wali Allah dia bayangkan ( atau nampak dengan mata hatinya ) syurga di sebelah kanan dan neraka sebelah kiri dan dia di atas sirat ( titi ) dan sedang melintasinya.

Ada wali juga jika sembahyang teramat khusyuk hingga tidak perasan tiang tumbang berhampiran dengannya.

Ada juga yang burung hingga atas bahu kerana sangat kaku dan tidak bergerak gerak dalam solatnya!

Sebab tok pernah dengar barangsiapa tok lebai mengajar bahawa sesiapa membesarkan syiar syiar ALLAH ia adalah dari takwa hatinya..Moga tok ada takwa dalam hati, amin !!!

Jadi, tentang petisyen online tadi cucu kliklah di link tok ini atau di blog BERITA MALAYSIA KINI.

Tandatanganlah dan beri sokongan kepada Perdana Menteri kita hingga dia berundur dari jawatannya.
Tok rasa Pak Lah antara terbaik dalam negara walaupun ada mengkritiknya termasuk Tun Mahathir.

Tapi tok rasa Tun kena percaya kepada Pak Lah.

Macam kita tengok cucu kita naik kereta kali pertamalah, baru dapat lesen tentu rasa bimbang ada juga.

Tetapi kalau berhati hati dia tentu lebih baik lagi dari kita. Kerana ia satu kemahiran yang memerlukan sedikit masa membiasakan diri dengannya..

Rasanya Tun dulu pun begitu juga!

Read Full Post »

assalamualaikum cucu tok semua.

Terima  kasih setia hadir di sini pagi ini.

Membaca komen komen tidak bermakna dari seorang tua yang menunggu masa dicabut nyawa.

Di pagi ini, tok wan sambil minum dan sarapan, sempat menjenguk lama KOSMO online. Tok ada baca isu mawi dan ekin yang dikata akan kahwin disember ini.

tok wan rasa suka sangat pasal tok tahu mawi tak boleh tunggu lama lama. nanti melepas.Ya lah ekin pada pendapat tok sangat sopan santun dan lemah lembut orangnya. Sama cantik seperti pelakon mutiara hati tv9 yang tok selalu tonton tiap kali siarannya. Mawi tak suruh pakai tudung dia terus pakai sendiri. Tahu bahawa kekasihnya suka tudung dan dia tidak segan silu mengenakannya di kepala.

Juga berita pagi ini tok ada baca di BERITA MALAYSIA KINI yang tok suka kerana menghimpunkan berita berita dari utusan, berita harian, kosmo, metro, kl pos, malaysia kini, malaysia today, harakahdaily, yang menjadikan semua dalam satu ; bak kata keris diyanti.

Baguslah macam tu kerana senang tok tak payah pilih dah siap terhidang depan mata artikel menarik hari inii. Cuma jika mahu lebih tok kena tekan klik link kat bawah tu yang menyediakan link link ke suratkhabar utama negara kita.

Yang tok perasan link tok pun ada di situ!!!

Ingatkan azman anak pak ngah tu tak ingat pesanan tok suruh letak link dalam blog dia tu. Rupanya ingat juga yer. Harap ramailah akan datang baca komen tok wan nanti.

Macam ada seorang nenek di negara barat yang suka menulis. Last sekali tulisan dia dalam blog disukai pembaca dan menjadi tumpuan ramai orang… Mudah mudahan lah yer. 

Oh ya tok tergelak tadi kenapa yer. hehehe

Tok baca citer Hilton ( Paris ) yang mengejutkan dunia dengan berita terbarunya.

Cucu tahu apa dia?

Pasal sangat penting dan sangat besar !

Apa :???

sabarlah tok wan nak suspen sikit…

Janganlah pi buka kosmo terus. Dengar dulu tok nak bagitahu apa dia tu !

Sebenarnya cerita jerawat ( adik kepada jeragat hihihi ) timbul. Kisah tersebut telah menjadi laporan akhbar dunia. Dan ramai yang tertarik akan membeli dan sekaligus menaikkan jumlah edaran akhbar tersebut.

Jadi tok wan rasa, Paris Hilton ni memang sangat laku orangnya. Masuk penjara keluar penjara tetap menjadi rebutan media.

Macam mawi jugak. Nak kahwin ok lah isu besar juga. Tapi nak cerita bab mawi tu gosok gigi, gunting rambut , macam membuang karan je lah tok wan rasa.

Lagi lagi Paris Hilton yang tok wan sendiri tak pernah jumpa dan memang tak mahu jumpa pun.

Ye lah jumpa ulama bagus juga dapat berkat dan ilmu. Tapi jumpa orang macam tu tak tahu dapat apa pulak yer. Dapat dosa lagi haru biru !

Tok wan nak nasihatkan janganlah cucu habiskan masa dengan membaca menonton mendengar berita berita tidak bernilai agama dan akhirat seperti itu..Usia kita akan dihisab dan disoal satu persatu. Rugi sangatlah rugi kalau cucu membuang masa seperti itu. Elakkan dari membeli majalah hiburan yang penuh dengan gambar dan artikel tidak ada nilai ilmu dan akhlak. Yang ada hanya gambar separuh bogel dan seksi menjadi modal majalah.

Sepatutnya gambar gambar syiar Islam dan ulama ulama Islam diketengahkan. Cerita kehebatan mereka memperjuangkan agama dan mempertahankan tanah air dari bangsa yang ingin merosakkan agama kita, haruslah menjadi teks utama pembacaan cucu cucu semua.

Tok pun tak kata sesiapa sebab cucu tokwan pun macam tu jugak. yang menulis ni pun suka baca DORAEMON dan majalah kung fu hingga otak dah pun tak suka baca quran dan buku buku agama. Dulu tak adalah macam ni. Mungkin kerana hidup susah menjadikan mereka tak ada kesempatan membeli buku buku tidak berfaedah macam tu.

Ingatlah cucu semua, lagi satu jangan suka membaca blog blog bab politik dan menerima terus komen dan tulisan mereka. kerana sesetengah penulis tidak dikenali oleh sesiapa dan mereka juga tidak ada tanggungjawab atas apa yang mereka tuliskan. Jika cucu baca dan terpengaruh, tok wan takut jadi celaru fikiran dan jadi melawan usaha baik kerajaan.

Sedangkan cu, kerajaan tidak ada niat nak menjahanamkan kita. Kerajaan berusaha kerasa membantu warga negaranya. Cina baik, India baik, Jawa baik, Bugis baik, Bidayuh, Iban semua adalah rakyat Malaysia. Justeru semua berhak menikmati keadilan dan kemakmuaran di sini di bawah payung pemimpin Melayu Islam kita.

Tok wan kecewa ada pak lebai dan ustaz kita sendiri jugak dok perlekeh usaha melayu islam kita dari parti memerintah hingga tiada langsung apa yang dibuat kerajaan mendapat reaksi elok dan positif. Mereka sangat sangat ingin menjatuhkan maruah dan kewibawaan kerajaan sedangkan kerajaan tidak pula menggari atau menghukum mereka. Sedangkan kerajaan bila bila masa boleh menjatuhkan hukuman dengan apa sahaja alasan jika benar ingin menjahanamkan sesama bangsa dan agama.

Inilah rupa sebilangan kecil rakyat negara kita yang dikatakan Islam ini meskipun ada juga kata kita masih sekular. Jadi tokwan harap cucu kena faham dan pertahankan keadilan dan keamanan yang kita ada sekarang ini. Jika tidak tok wan percaya cucu akan merasa kesannya nanti seperti mana di negara singapura yang telah diserahkan kepada cina hinggg melayu islam telah mundur dan terpinggir di sana.

oklah cucu cucu tok wan semua. Terima kasih kepada s/u sulit tok wan ini yang saban pagi menolong tok wan menulis. Mujur dia sekolah petang jadi dapat juga menjadi tukang taip dan edit tok ini. Jadi tok wan rasa dia pun akan pandai juga menulis mengarang dan menjana minda dari asuhan atoknya yang sudah pun nak nyanyuk ini.

Ada salah silap tu tok wan harap maaf ye. takut umur tak panjang dan ada salah kata dan bahasa. Maklumlah kita menulis pun macam berbicara juga, kena minta maaf jika ada salah silap. Jika tidak dosa sesama manusia kena dibayar dengan pahala jika tidak diampunkan dan dimaafkan atas dunia !

ok, wassalam…selamat bekerja untuk dunia dan akhirat kita.

Read Full Post »

sambungan tadi !

tok wan semalam pulang lewat malam. Biasa sempat tengok akademi fantasia sambil menjenguk alam siber, tetapi semalam tak tengok langsung. CUma dengar di ERA sahaja ketika dalam perjalanan pulang.

Tok tak sempat tunggu lama lama. Tok kesian cucu anak pak long tu dah ngantuk dan nak tidur. Jadi kitaorang pulang dan sampai rumah dekat tengah malam.

Oh ye, citer semalam. Tok wan dah lupa kat mana yer.

Tok ingat waktu mendengar qasidah semalam , memang sangat menyentuh hati. Beberapa patah perkataan disebutkan mengingatkan kepada Nabi, sangat menghibakan diri tok yang memang tidak pernah berjumpa dengan baginda.

Lagi lagi tengok kiswah kaabah yang dibawa khas dari Mekah , tergantung megah di tengah tengah ruang depan tempat imam, menggamit perasaan syahdu juga buat diri tok wan..Ingat saat ke sana mengerjakan haji 20 tahun sudah ketika berumur 40 tahum.

Tok wan dapat pergi pun selepas mengumpulkan duit hampir dua puluh tahun menjadi kerani di sebuah syarikat di pekan. Tok syukur dapat buat haji di kala usia masih gagah dan kuat mengharungi urusan ibadat rukun Islam ke lima itu.

berbalik kepada citer semalam, cucu nak tahu tak apa yang disampaikan penceramah itu ?

Tok wan faham sikit sikit dia kata , bahawa negara kita bertuah diberi barakah kain Kaabah yang pernah berada di kiblat umat Islam di mekah. Tidak ada negara lain yang diberi peluang mendapat barokah kiswah kaabah seperti negara kita ini. Lagi satu , kain dari maqam Rasul juga ada di tepi kain Kaabah itu. Tok wan juga sangat bertuah dapat melihat dengan sangat dekat syiar syiar Islam yang penuh berkat itu.

Itulah yang dikata Habib Salim AlAttas, imam masjid Ba’lawi di Singapura, yang menjadi penceramah utama majlis semalam. Tok wan tahu nama dia ketika pengerusi mempersilakan Habib Salim AlAttas berceramah. Memang menaikkan semangat cinta Nabi mendengar dari suara zuriat baginda sendiri kisah kisah agama dan nasihat nasihat agama yang sukar ditemui seperti beliau zaman ini di Malaysia.

Pak Lah ada berucap juga, menceritakan keutamaan dakwah Nabi ialah menyempurnakan akhlak mulia. Jika seseorang mengatakan dia mengikut Nabi tetapi akhlak dia buruk maka nabi tentu tidak akan mengakui beliau sebagai umat apatah lagi memberi syafaat baginda akhirat nanti. Pak Lah turut mengikuti majlis bacaan Qasidah Diba’ie yang dibawa oleh Habib dari Masjidil Haram, Mekah…

Tok wan rasa macam berada di kota kaherah masjid saidina Husein pula semalam. Kerana haruman kemenyan dan minyak atar mengingatkan tok ketika ziarah ke sana tempoh hari. Ketika itu tok wan dapat hadiah dari anak anak ke sana melihat kesan kesan peninggalan Islam dan juga maqam para wali dan nabi yang sangat banyak di sana.

Nanti bab itu tok ceritakan ketika yang sesuai dan time tok senang nanti.

Ini dah banyak dan tok rasa cukuplah dulu..

Opsss  sebelum terlupa tok teringat doa ulama yang mengendalikan majlis qasidah Dibai’e ; doanya : jadikanlah mereka yang memusuhi Islam dan ingin menjatuhkannya, jadikanlah mereka hancur dalam perancangan mereka sendiri…

Mudah mudahan dimakbulkan…dan malaysia kekal menjadi negara Islam ulung di dunia amin.

Read Full Post »

Tok minta maaf banyak banyak kepada cucu yang menunggu tok di sini. Tok semalam dibawa ke ibukota pentadbiran Malaysia di Putrajaya.

Kenapa ke sana? mesti tok akan ditanya macam tu kan..

Sebenarnya tok dah lama nak melawat putrajaya..Maklumlah tiada masa dan juga peluang lagi bagi tok yang sudah tua ini untuk menjenguk pusat kerajaan Malaysia ini di sana. Takut dipanggil mengadap Tuhan tentu tok wan dah terlepas peluang melihat simbol kebanggaan negara dan rakyat tersebut.

Semalam pertama kali tok dapat lihat Pak Lah dari dekat. di tengah tengah kesibukan ramai orang tok wan dapat melihat di skrin gergasi yang dipasang kelibat Perdana Menteri Malaysia ke 6 itu..

Tok wan ke sana naik kereta Pak Long anak tok yang memangkebetulan mahu menghadiri majlis sambutan Maulid Nabi dan juga Maulid Syeikh Abd Qadir Jilani.. Kebetulan tok pun rasa larat jadi bertolaklah kami semua ke sana.

Apabila sampai, penuh orang berpakaian serba putih berjubah memenuhi masjid putrajaya..bau harum semerbak turut memenuhi ruang tempat majlis tersebut dibuat.

tok berhenti kejap….cucu tok nak ke kedai beli aiskrim …bye

Read Full Post »

Gambar menarik semalam, tok wan jumpa dalam Malaysian Insider.

mungkin perpaduan Melayu islam boleh dicapai selepas ini??? Jika betul, alhamdulillah !

Tok wan harapkan ini permulaan kepada perpaduan Islam di negara kita atau pakatan antara Kerajaan dan Pembangkang yang juga sudah membentuk pakatan di 5 buah negeri di Malaysia…

Moga berjaya dan bersatu Melayu Islam kita semua !

Read Full Post »

sambungan 17.4.2008

Tok tak sempat ulas lagi berkenaan berita petang yang baru tok wan jumpa. Ni ditulis dalam Harakah daily.

Tajuk ; Susulan Perhimpunan Black 14 – Azmin persoal tindakan polis

Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali mempersoalkan kenapa beliau dan Presiden KeADILan, Datin Seri Wan Azizah harus memberi keterangan kepada polis di Pejabat Umno berhubung perhimpunan yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru 14 April lalu.

“Polis juga meminta saya dan Datin Seri Wan Azizah memberi keterangan di Pejabat Umno Shah Alam, tetapi kami menolak. Kenapa kami harus ke bangunan Umno? Kenapa tidak di Bangunan SUK? Dan akhirnya kami diarahkan datang ke sini (IPK Shah Alam),”katanya.

Azmin menegaskan perhimpunan tersebut tidak pernah dipanggil sebagai Perhimpunan ‘Black 14’ dan ia satu program tertutup yang mana dianjurkan oleh pengerusi kelab tersebut, Tan Sri Khalid.

“Hanya media yang menggelarkan perhimpunan tersebut sebagai perhimpunan ‘Black 14’. Tan Sri Khalid merupakan pengerusi kelab dan dalam kenyataan akahbarnya beliau menyatakan Anwar sebagai pemidato tamu. Dan beliau berhak menentukan siapa tetamunya,”katanya.

Tok tak faham apa itu black 14.. Cucu tahu tak? tok nak cari jap apa maknanya di google search ….jap yer..

dalam Malaysia Kini ada disebut begini :
‘Black 14, atau pernah disebut ‘Gelita 14’, disambut setiap tahun sebelum ini bersempena tarikh Anwar dijatuhkan hukuman bagi kes pertama pada 1999.

Maknanya peristiwa Anwar dijatuhkan hukuman pada tahun 1999.. Ini bermakna sambutan ini sudah hampir 10 tahun disambut oleh mereka.

Cuma tok kesalnya, ada 20,000 tak hiraukan arahan ntuk tidak menghadiri perhimpunan tersebut. Seperti perhimpunan BERSIH dulu, tok baca pun ramai juga hadir.. Setiap parti hantar wakil beribu ribu orang. Memang meriah !
Tok memang tak larat nak ke perhimpunan dengan orang ramai macam tu. Kalau time sambut kemerdekaan pun di dataran Merdeka tok wan tak suka pergi. Badan dah tak larat .. Lagi lagi perhimpunan haram macam tu, bukan haram dari segi agama ( walaupun tok ada dengar tok lebai kata kena taat kat ketua atau pemimpin kita yang dipanggil Ulil Amri ) tetapi pihak keselamatan tidak memberi permit atas alasan keselamatan.

Tok bab bab ni tak retilah nak menulisnya. Cuma tok tahu polis tu tak semua korup dan makan rasuah. Ada betul betul menjadi hamba Malaysia berkhidmat tanpa mengira gaji naik ke statik..

Tok dulu nak jadi jugak polis atau tentera. Dapat menyumbangkan jasa kepada negara.

Yelah negara tok juga bukan negara orang lain.

Semangat cintakan negara tok memang tanam dalam diri sendiri dan anak cucu.

Jangan terlibat dengan apa sahaja perbuatan yang melanggar undang-undang dan keselamatan awam.

Jika tidak bagi tok, ia juga dosa. Apabila berdosa maka susah nak masuk syurga. Dan kena siksa hingga habis dosa atau habislah nasib dia kekal dalam sana selama lama.

Oklah tok ada murid mengaji sekejap. Jumpa lagi cucu tok wan. Jaga solat dan jangan lupa zikir dan selawat ke atas Nabi Muhammad Penghulu dan Rahmat kepada kita semua….

Read Full Post »

17.4.2008 Tok bangun awal hari ini !

Selesai bersahur, tok mengadap laptop ini. Sambil menunggu azan subuh, tok membuka laptop nama ‘qalam’ ini. Saja nak tengok berapa ramai sudah cucu cucu tok datang ke sini.

Alhamdulillah makin ramai nampaknya !

Jika awal awal dul nak dapat seorang pun susah. Sekarang dah ada yang selalu tengok tok di sini.

Ye lah , tok nak cakap terus tak dapat dengan cucu. Cuma ruang komen bolehlah cu pakai tinggalkan mesej untuk tok jawab nanti.

Berita tentang CUAPECS akan bertemu Pak Lah hari ni, dah menteri sumber manusia minta CUEPACS jangan boikot sambutan Hari Pekerja tak lama lagi.

Ketika diserang segenap penjuru, Pak Lah masih ada masa bertemu dengan CUEPACS ini.

Hari tu tok ada baca Pak Lah minta kerjasama CUEPACS ini jangan main ugut ugut dalam meminta apa yang mereka kehendaki.. Bincang denga elok , kata Pak Lah.

Cuma, sekarang tidak ada dengar lagi jaminan tidak akan buat boikot. Tok tak tahu nak cakap apa kat diorang, sebab gaji dah naik banyak, masih tak cukup lagi ke ? bonus tak dapat pun , macam dah dapat sebenarnya.

Kalau tok wan yang dah tua ni faham, bonus tu sekali setahun berbanding kenaikan gaji tempoh hari , yang tiada surutnya , Insya ALLAH, maka tok congak congak jumlah mereka perolehi sangat tinggi dan lebih dari apa yang mereka mahu dari bonus tahunan..

Macam ayah kita sudah bagi duit harian ke sekolah RM 2, berbanding RM1 sehari, tentu kalau tak ada hadiah pun atas kerja sungguh sungguh belajar, kita cukuplah tu. Sebab kewangan ayah tidak pula kita ketahui. Tetapi menjadi anak yang baik itu dengan redha apa sahaja yang diberi oleh negara kepada kita dan bukannya membangkitkan apa yang kita telah beri kepada negara !

Wah, macam ahli  falsafah pulak tok ni ye…Bukan falsafah , tapi plastik tong sampah ! hehehe.. Bergoyang gigi tok gelak baca gelak sendiri ni..Hihihi

Bab politik tok baca Utusan Online hari ni pasal Muhyidin yang kata dia tak ada niat lawan Pak Lah. Bagi tok, ada niat ke tak ada terpulanglah.

Dia sendiri tahu dan tak salah kalau rasa mampu menterjemahkan sokongan rakyat ke dalam pemilihan presiden akan datang. Tentu Pak Lah alu-alukan dan membuka ruang ke arah itu.

Sebab tok tahu sangat Pak Lah ni bukan gila kuasa macam orang lain. Dia memang lurus bendul , kata orang orang lama dulu. Dia bukan kejar harta bertimbun timbun tetapi mencari di mana Al Ghazali dan As Syafei.

Tok dah dengar azan, Subuh dululah yer…salam cu !

Read Full Post »

Hari ini tok wan sudah dapat semangat balik menulis di laptop kesayangan tok ini. Tok dah ada nama bagi kat laptop tok wan ini. Namanya Qalam.. Maknan dalam bahasa melayu pena.. Ayat quran surah nun ada sebut : Nun wal qalami wama yasturun.

Tok rasa cucu dah tengok gambar di atas kan….sangat menarik dan menaikkan semangat kita.

sebelum tu tok nak bagitahu perasaan tok sangat sangat terharu ramai sudah datang menjenguk tok di teratak maya ini..tak sangka ada juga nak membaca karya klasik dari tok ini…huhu ( cara orang sekarang gelak )..terima kasih kepada s/u sulit tok yang sudi tiap tiap hari tolong dan ajar tok..rasa dah banyak tok tahu tentang benda benda canggih macam ni dan cara gunakannya di sini.

rasa ramai warga pencen dan emas sudah banyak masa di rumah..selain melayan cucu tentu bagus juga dikembangkan pengalaman mereka di alam maya ini. sekurang kurangnya dapat juga dibuat bekalan berpanjangan bila sudah mengadap tuhan nanti..

ye lah, kebaikan dari hasil tulisan yang dibaca cucu cucu kita di luar sana tentu menjadi jariah kan..ni kena tanya ustaz ustaz dan pak lebai lah kalau nak kompom gaks…. ( ayat rock sikit hehe )

berbalik cerita di atas dalam bharian online tok tengok syeikh muzaffar tu…sori nama dia ( jap tok copy paste dari bharian ) Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha…haaaaa tu lah nama dia..

tok ni nak menyalin panjang panjang susah..tapi s/u sulit tok kata tok wan gelapkan sahaja yg nak dikopi tu,  tekan right klik dan  tekan copy ( dekat mouse ) dan paste di ruang yang nak diletak…

memang mudah kan cu !

lagi satu kata s/u tok tu, tok wan kalu nak cari gambar just right klik kat nama atau perkataan dan tekan right klik juga dan pilih search  google for…nanti keluar result dia..kalu nak gambar sahaja tekan kat atas tu ada image…

mcm tulah penerangan panjang lebar dari s/u tak bergaji tok wan ni…petang petang dia mengaji dengah tok..pagi pagi dia tolong mengedit dan mencetak tulisan tok wan ni dalam blog kesayangan tok ni..

opss tentang citer kita kat atas tu tok dapat tahu mahal jugak kos menghantar angkasawan kita tu kat angakasalepas..Rm 100 juta lebih kurang…sama pulak macam kos ternak babi di Sepang…daripada dok pelihara dan ternak babi baik hantar angkasawan ke angkasalepas…

macam macam manfaat dapat…dapat puasa dan beribadat di sana, dapat naikkan semangant umat Islam untuk belajar teknologi angkasalepas, dapat buat kajian ( tok lupa kajian tentang apa ) , dapat naikkan NAMA ISLAM DI MATA DUNIA…. haaaaaa itulah yang utama, naikkan nama martabat agama kita ni kan…

orang ada nama syeikh syeikh ni tak silap tok dari keturunan Rasulullah jugak…maknanya yang mendaki angkasa lepas dan terkenal seluruh dunia ni pun dari keturunan Nabi jugak..Patutlah ketika di sana dia kata sangat tersentuh melihat keindahan ciptaan ALlah yang Maha Hebat di sana…baguih sungguh budak ni..patut la hensem.keturunan nabi Muhammad s.a.w rupanya. !!! sesuailah dia jadi angkasawan pertama negara Islam Malaysia ini.

kalu ada cucu tok bukan Islam baca ni, maaflah yer. Tok hanya nak tanamlan kecintaan kepada agama warisan tok ini kepada cucu …itu sahaja…kalau ada tu agama hindu, buddha, tiada agama ke  terserahlah kepada mereka. kerana setiap orang kena mengkaji apakah pegangan agama yang ingin digunakannya hingga ke mati !

pagi ni tok hajat nak ke rumah besan tok di hujung kampung sana…dah lama tok tak ziarah dia..walaupun dia tak suka pak lah dan sokong anwar ibrahim, hj hadi dan lim kit siang, tok tak peduli… jangan kutuk pak lah tok sudahlah..nak main politik pun kena pada pada lah..jangan memecah belah umat sudah !

ok cucu…jumpa lagi yer…salam semua !

Read Full Post »

Komen dari pembaca Malaysia Today

Tok dok jenguk jenguk laman berita online macam malaysia kini dan malaysia today, harakah daily, kosmo , metro dll… ni ada jumpa sikit komen yang menyejukkan hati tok.
ye lah kita suka jika semua bersatu.. dan macam mana kita nak bersatu kalu perdana menteri kita tak menjadi kesukaan ramai kerana ada komplot memboikot pak lah.
tok suka dengan pak lah.
pertama ; dia keturunan alim ulamak … sebab itu bab telus, intergriti, bersih dll keluar di akhbar masa dia memerintah..jangan harap kalau orang tak bersih nak cakap pasal bersih. ni yg org umno sendiri dok bertekak pasal tak suka ‘ kebersihan ‘… anwar pun nak kerajaan bersih juga..cuma sekarang zaman pak lah jadi orang sedang tengok pak lah buat dulu dan pm seterusnya kemudian.
kedua ; pak lah berakhlak tinggi… kalau tok kena kritik dan perleceh oleh sapa sapa pun, kalau dah bertahun rasa mendidih juga jiwa tok wan.. sekali sekala boleh tahan juga. tapi kalau lama lama tak tahan terus nak hempap kepala dia dengan bantal. tapi pak lah memang sabar betul. sampai penyokong pak lah sendiri rasa naik geram tengok pak det dok perli jer memanjang. tok wan tahu tok det tak suka pak lah lebih dari dia.
ketiga ; pak lah nak luaskan projek ke seluruh bandar kecil di semua pantai timur dan barat. Pak det dulu mana ada. kalu pas perintah mesti susah nak masuk projek ke sana…itu dasar pak det dulu. sekarang penang kena pegang dengan dap pun pak lah sama sahaja jalan projeknya…memang hati bersih sungguh !
tok bangga pm kita ni apatah lagi dia memang suka buat kerja dari dok lawan orang dok sumpah seranah kat dia…hamba rakyat bukan yang berhormat..tapi yang berkhidmat.
kalu nak tulis banyak lagi….cuma kat bawah ni tok wan jumpa forum di malaysia today pasai komen komen memuji pak lah selepas sekian lama pak lah dikutuk seluruh negara kerana sesetengah isu yang dimainkan pihak tidak suka kepada peribadi pak lah sendiri…
cu bacalah…jangan lupa kena bagi sokogan kepada sesiapa sahaja perdana menteri kita sama ada sekarang atau akan datang …Hidup Melayu Islam .
ni komen yg tok cakap…
Comments (6)Add Comment


written by rajaphillips, April 15, 2008 | 12:43:06

Ya lah, Karpal Singh serang Dr Mahathir bukan sebab dia sayang Pak Lah TAPI sebab Dr M itu 2×5 Pak Lah dan justeru itu tidak berhak menyalahkan Pak Lah.

report abuse
vote down
vote up

Votes: +18


written by IbnAbdHalim, April 15, 2008 | 12:51:08

Yes, that’s correct. Karpalji’s attack on Mahathir doesn’t mean that he loves Pak Lah more. That’s a political stategy. The longer Pak Lah stays the better for PR.

report abuse
vote down
vote up

Votes: +20


written by FFT, April 15, 2008 | 13:08:06

Dear Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi,

(geez, with a name like that, one could be forgiven for thinking you’re part of Mullah Omar’s entourage)

I see you’re busy trying to be a spinmaster for Uncle Mahathir.

I’ve got a better idea: Why don’t you go join your father in planting paddy on rooftops. And while you’re at it, try planting some on Mukhriz’s bald head as well.

report abuse
vote down
vote up

Votes: +5


written by Experienced, April 15, 2008 | 13:14:34

smilies/smiley.gif I say man, aren’t you happy. Now the Rakyat’s voice is heard. Do you think TDM would have heard you? We have to thank Pak Lah for listening to the people. He told his people to stop being corrrupt and arrogant, but they didn’t listen, so he let the people’s votes tell them. Now they understand the people better and they want to make him the scapegoat. What kind of democracy are you suggesting? We love a PM of the people and not of arrogance due to money. We don’t want pretenders like Mamak Bendahara who cry to stop corruption, but it is otherwise. smilies/cool.gif

report abuse
vote down
vote up

Votes: 9


written by joeawk, April 15, 2008 | 13:18:35

L:et us not get confused. Pak Lah at least allow us more space and that in itself is important. It has nothing to do with “Pak Lah stays the better for PR”, but merely coincidental.

We must appreciate Pak Lah for the space granted and not because he is weak.

report abuse
vote down
vote up

Votes: +4


written by Countach, April 15, 2008 | 13:38:13
Pak Lah a leader for the country a true gentleman.

Mahathir a conman, crook and cheater.

Biggest liar, hypocrite.

Mahathir, worde than Israelis, Jews and Zionist.

Mahathir, robbed his own country hundreds of Billions.

Badawi, a true Patriot and Malaysian.

Badwai stay on.

The people voted you, ableit short of 8 seats.

No big deal.

Let Mahathir scream all he wants.

Mahathir is only interested in protecting his wealt and money.

Thats all.

Remember who took away and stole all Umno’s money.

Mahathir.

Read Full Post »

« Newer Posts - Older Posts »