tok wan semalam pulang lewat malam. Biasa sempat tengok akademi fantasia sambil menjenguk alam siber, tetapi semalam tak tengok langsung. CUma dengar di ERA sahaja ketika dalam perjalanan pulang.
Tok tak sempat tunggu lama lama. Tok kesian cucu anak pak long tu dah ngantuk dan nak tidur. Jadi kitaorang pulang dan sampai rumah dekat tengah malam.
Oh ye, citer semalam. Tok wan dah lupa kat mana yer.
Tok ingat waktu mendengar qasidah semalam , memang sangat menyentuh hati. Beberapa patah perkataan disebutkan mengingatkan kepada Nabi, sangat menghibakan diri tok yang memang tidak pernah berjumpa dengan baginda.
Lagi lagi tengok kiswah kaabah yang dibawa khas dari Mekah , tergantung megah di tengah tengah ruang depan tempat imam, menggamit perasaan syahdu juga buat diri tok wan..Ingat saat ke sana mengerjakan haji 20 tahun sudah ketika berumur 40 tahum.
Tok wan dapat pergi pun selepas mengumpulkan duit hampir dua puluh tahun menjadi kerani di sebuah syarikat di pekan. Tok syukur dapat buat haji di kala usia masih gagah dan kuat mengharungi urusan ibadat rukun Islam ke lima itu.
berbalik kepada citer semalam, cucu nak tahu tak apa yang disampaikan penceramah itu ?
Tok wan faham sikit sikit dia kata , bahawa negara kita bertuah diberi barakah kain Kaabah yang pernah berada di kiblat umat Islam di mekah. Tidak ada negara lain yang diberi peluang mendapat barokah kiswah kaabah seperti negara kita ini. Lagi satu , kain dari maqam Rasul juga ada di tepi kain Kaabah itu. Tok wan juga sangat bertuah dapat melihat dengan sangat dekat syiar syiar Islam yang penuh berkat itu.
Itulah yang dikata Habib Salim AlAttas, imam masjid Ba’lawi di Singapura, yang menjadi penceramah utama majlis semalam. Tok wan tahu nama dia ketika pengerusi mempersilakan Habib Salim AlAttas berceramah. Memang menaikkan semangat cinta Nabi mendengar dari suara zuriat baginda sendiri kisah kisah agama dan nasihat nasihat agama yang sukar ditemui seperti beliau zaman ini di Malaysia.
Pak Lah ada berucap juga, menceritakan keutamaan dakwah Nabi ialah menyempurnakan akhlak mulia. Jika seseorang mengatakan dia mengikut Nabi tetapi akhlak dia buruk maka nabi tentu tidak akan mengakui beliau sebagai umat apatah lagi memberi syafaat baginda akhirat nanti. Pak Lah turut mengikuti majlis bacaan Qasidah Diba’ie yang dibawa oleh Habib dari Masjidil Haram, Mekah…
Tok wan rasa macam berada di kota kaherah masjid saidina Husein pula semalam. Kerana haruman kemenyan dan minyak atar mengingatkan tok ketika ziarah ke sana tempoh hari. Ketika itu tok wan dapat hadiah dari anak anak ke sana melihat kesan kesan peninggalan Islam dan juga maqam para wali dan nabi yang sangat banyak di sana.
Nanti bab itu tok ceritakan ketika yang sesuai dan time tok senang nanti.
Ini dah banyak dan tok rasa cukuplah dulu..
Opsss sebelum terlupa tok teringat doa ulama yang mengendalikan majlis qasidah Dibai’e ; doanya : jadikanlah mereka yang memusuhi Islam dan ingin menjatuhkannya, jadikanlah mereka hancur dalam perancangan mereka sendiri…
Mudah mudahan dimakbulkan…dan malaysia kekal menjadi negara Islam ulung di dunia amin.
Leave a Reply