Hari ini tok wan sudah dapat semangat balik menulis di laptop kesayangan tok ini. Tok dah ada nama bagi kat laptop tok wan ini. Namanya Qalam.. Maknan dalam bahasa melayu pena.. Ayat quran surah nun ada sebut : Nun wal qalami wama yasturun.
Tok rasa cucu dah tengok gambar di atas kan….sangat menarik dan menaikkan semangat kita.
sebelum tu tok nak bagitahu perasaan tok sangat sangat terharu ramai sudah datang menjenguk tok di teratak maya ini..tak sangka ada juga nak membaca karya klasik dari tok ini…huhu ( cara orang sekarang gelak )..terima kasih kepada s/u sulit tok yang sudi tiap tiap hari tolong dan ajar tok..rasa dah banyak tok tahu tentang benda benda canggih macam ni dan cara gunakannya di sini.
rasa ramai warga pencen dan emas sudah banyak masa di rumah..selain melayan cucu tentu bagus juga dikembangkan pengalaman mereka di alam maya ini. sekurang kurangnya dapat juga dibuat bekalan berpanjangan bila sudah mengadap tuhan nanti..
ye lah, kebaikan dari hasil tulisan yang dibaca cucu cucu kita di luar sana tentu menjadi jariah kan..ni kena tanya ustaz ustaz dan pak lebai lah kalau nak kompom gaks…. ( ayat rock sikit hehe )
berbalik cerita di atas dalam bharian online tok tengok syeikh muzaffar tu…sori nama dia ( jap tok copy paste dari bharian ) Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha…haaaaa tu lah nama dia..
tok ni nak menyalin panjang panjang susah..tapi s/u sulit tok kata tok wan gelapkan sahaja yg nak dikopi tu, tekan right klik dan tekan copy ( dekat mouse ) dan paste di ruang yang nak diletak…
memang mudah kan cu !
lagi satu kata s/u tok tu, tok wan kalu nak cari gambar just right klik kat nama atau perkataan dan tekan right klik juga dan pilih search google for…nanti keluar result dia..kalu nak gambar sahaja tekan kat atas tu ada image…
mcm tulah penerangan panjang lebar dari s/u tak bergaji tok wan ni…petang petang dia mengaji dengah tok..pagi pagi dia tolong mengedit dan mencetak tulisan tok wan ni dalam blog kesayangan tok ni..
opss tentang citer kita kat atas tu tok dapat tahu mahal jugak kos menghantar angkasawan kita tu kat angakasalepas..Rm 100 juta lebih kurang…sama pulak macam kos ternak babi di Sepang…daripada dok pelihara dan ternak babi baik hantar angkasawan ke angkasalepas…
macam macam manfaat dapat…dapat puasa dan beribadat di sana, dapat naikkan semangant umat Islam untuk belajar teknologi angkasalepas, dapat buat kajian ( tok lupa kajian tentang apa ) , dapat naikkan NAMA ISLAM DI MATA DUNIA…. haaaaaa itulah yang utama, naikkan nama martabat agama kita ni kan…
orang ada nama syeikh syeikh ni tak silap tok dari keturunan Rasulullah jugak…maknanya yang mendaki angkasa lepas dan terkenal seluruh dunia ni pun dari keturunan Nabi jugak..Patutlah ketika di sana dia kata sangat tersentuh melihat keindahan ciptaan ALlah yang Maha Hebat di sana…baguih sungguh budak ni..patut la hensem.keturunan nabi Muhammad s.a.w rupanya. !!! sesuailah dia jadi angkasawan pertama negara Islam Malaysia ini.
kalu ada cucu tok bukan Islam baca ni, maaflah yer. Tok hanya nak tanamlan kecintaan kepada agama warisan tok ini kepada cucu …itu sahaja…kalau ada tu agama hindu, buddha, tiada agama ke terserahlah kepada mereka. kerana setiap orang kena mengkaji apakah pegangan agama yang ingin digunakannya hingga ke mati !
pagi ni tok hajat nak ke rumah besan tok di hujung kampung sana…dah lama tok tak ziarah dia..walaupun dia tak suka pak lah dan sokong anwar ibrahim, hj hadi dan lim kit siang, tok tak peduli… jangan kutuk pak lah tok sudahlah..nak main politik pun kena pada pada lah..jangan memecah belah umat sudah !
ok cucu…jumpa lagi yer…salam semua !
angkasawan??? then what??? Iran dah lancar orbit sendiri… kita??????