Selesai bersahur, tok mengadap laptop ini. Sambil menunggu azan subuh, tok membuka laptop nama ‘qalam’ ini. Saja nak tengok berapa ramai sudah cucu cucu tok datang ke sini.
Alhamdulillah makin ramai nampaknya !
Jika awal awal dul nak dapat seorang pun susah. Sekarang dah ada yang selalu tengok tok di sini.
Ye lah , tok nak cakap terus tak dapat dengan cucu. Cuma ruang komen bolehlah cu pakai tinggalkan mesej untuk tok jawab nanti.
Berita tentang CUAPECS akan bertemu Pak Lah hari ni, dah menteri sumber manusia minta CUEPACS jangan boikot sambutan Hari Pekerja tak lama lagi.
Ketika diserang segenap penjuru, Pak Lah masih ada masa bertemu dengan CUEPACS ini.
Hari tu tok ada baca Pak Lah minta kerjasama CUEPACS ini jangan main ugut ugut dalam meminta apa yang mereka kehendaki.. Bincang denga elok , kata Pak Lah.
Cuma, sekarang tidak ada dengar lagi jaminan tidak akan buat boikot. Tok tak tahu nak cakap apa kat diorang, sebab gaji dah naik banyak, masih tak cukup lagi ke ? bonus tak dapat pun , macam dah dapat sebenarnya.
Kalau tok wan yang dah tua ni faham, bonus tu sekali setahun berbanding kenaikan gaji tempoh hari , yang tiada surutnya , Insya ALLAH, maka tok congak congak jumlah mereka perolehi sangat tinggi dan lebih dari apa yang mereka mahu dari bonus tahunan..
Macam ayah kita sudah bagi duit harian ke sekolah RM 2, berbanding RM1 sehari, tentu kalau tak ada hadiah pun atas kerja sungguh sungguh belajar, kita cukuplah tu. Sebab kewangan ayah tidak pula kita ketahui. Tetapi menjadi anak yang baik itu dengan redha apa sahaja yang diberi oleh negara kepada kita dan bukannya membangkitkan apa yang kita telah beri kepada negara !
Wah, macam ahli falsafah pulak tok ni ye…Bukan falsafah , tapi plastik tong sampah ! hehehe.. Bergoyang gigi tok gelak baca gelak sendiri ni..Hihihi
Bab politik tok baca Utusan Online hari ni pasal Muhyidin yang kata dia tak ada niat lawan Pak Lah. Bagi tok, ada niat ke tak ada terpulanglah.
Dia sendiri tahu dan tak salah kalau rasa mampu menterjemahkan sokongan rakyat ke dalam pemilihan presiden akan datang. Tentu Pak Lah alu-alukan dan membuka ruang ke arah itu.
Sebab tok tahu sangat Pak Lah ni bukan gila kuasa macam orang lain. Dia memang lurus bendul , kata orang orang lama dulu. Dia bukan kejar harta bertimbun timbun tetapi mencari di mana Al Ghazali dan As Syafei.
Tok dah dengar azan, Subuh dululah yer…salam cu !
Leave a Reply