Feeds:
Posts
Comments

Archive for March 29th, 2008

Tok wan hari ini

Alhamdulillah hari ni tok masih lagi diberi usia oleh Allah Taala hingga tangan tok dapat lagi la ni nak dok tunggu depan lap top ni. Lepas ker sarapan ubi rebus dan air kopi secawan dan tadarus sejuzuk Al Quran tok pun terus bukak laptop ni sambil dibantu cucu tok…maklumlah baru kali ketiga tok pegang alat ajaib ni…seronok betul boleh tulis dan satu dunia boleh tengok tulisan tok…tok wan nak tulis banyak banyak hari ni…maklumlah cuti berkebun katakan…walaupun kebun sendiri …tapi tok nak latih menulis denga lancar hari ni.. Takkan nak merangkak rangkak ( macam laporan trafik radio era jer ) hihihi…..

ayat hihihi ni si along cucu tok yang tinggal sejak kecil tok pelihara, dia yang suruh tambahkan…dia kata ayat sekarang memang guna hihihi….kalau chatting ( dia kata borak internet ) pun banyak ayat gelak guna hihihi..ada huhuhu….ada hahaha…ada hehehehee..macam ha hi hu he dalam muqaddam yang tok ajar jer…..

 

Along baru darjah tiga pun dah reti internet…tengok canggih bebudak sekarang. Kerajaan memang galak dan kempen budak minat IT dari zaman Tun Mahathir lagi nampaknya dah menjadilah kesannya pada diri cucu tok sendiri. dengar kata sekarang kerajaan eletronik semua dibuat di laptop je. Nak hantar pendapat / cadangan pun boleh naip dan send terus kat Pak Lah….

 

Cuma tok tengok dia ni selalu suka ruang chat jer ( dulu tok ingat cat dinding hahaha )…sampai lewat makan…marah marah mak dia berleter si along tu kuat sembang di internet….chat mula mula tok fikir makna cat…sebab tulisan dulu banyak h ditambah tak macam sekarang…rupanya bukan….biasalah tok kan dari alam belum merdeka tu tentu tak sama fikiran dan ejaan macam sekarang…

 

Memang tok tengok kalau budak muda nulis mesti ada ayat gelak guna hihihi….tok pun tak tahu apa benda hihihi….tok tahu satu jer, bunyi hantu memang hihihi..tak kisahlah asal tok tahu apa terjadi dan makna benda tu zaman sekarang.

 

Pertama kali memegang laptop ni semalam memang menggerunkan tok… tak sama dengan rasa gerun bertemu harimau ketika mencari akar kayu di hutan masa tok muda muda dulu..kalau bertemu tapak kaki gajah pun tak segerun memegang laptop.

 

Maklumlah tok takut terosak ker atau tersalah tekan ker laptop yang beribu ribu ringgit ni. Mana ada duit tok nak belikan yang baru pulak..laptop ni pun hadiah anak tok yang bawa dari US tempoh hari…tak lah baru dan canggih benor cuma bolehlah tok gunakan ia untuk menaip apa yang tok rasa nak cerita.

 

Dulu menaip seronok ( syok bahasa sekarang ) sebab ada bunyi…laptop ni tak ada bunyi kalau ditaip..tak lah meriah sangat…memang tradisi ( cucu tok cakap trend ) sekarang orang tak suka bising bising…kalu naik keretapi tengah bandar yang pendek dan lalu tepi bangunan ( nama apa tah tok pun lupa semua tak bercakap) …tok nampak diorang suka tegur sapa…. dok tengok jer sesama sendiri.. tak ada tegur sapa..

 

;pakai segak segak ( smart ) tapi senyap tak ada cakap cakap… kalu yang ada laptop, handpon tu memang sibuk menengok benda tu lah…lagi lagi yang pakai alat kat teling tu…tak dengar langsung bunyi sekeliling….asyik dok dengar lagu jer…

 

mungkin diorang tak diajar menegur kawan kawan rasanya…melayu sama melayu menengok jer…cina dengan india menjeling saja. Bangla dengan indon menyengih saja ( betul ke perkataan ni harap ampunkan tok ye )…

 

Hai……entahlah apa nak jadi zaman la ni….tak jadi macam kitaorang dulu….kita dulu kalu ke pasar mesti tegur kawan yang lalu tepi kita…Mutusamy dulu selalu sengih kat tok time selisih di jalan…walau hitam pekat tapi gigi dia memang tak ada orang boleh lawan…bersih dan cantik…. Kuat jugak tok tengok Sampai boleh tarik benda bendar berat macam lori kereta dan lain lain…..Ah Chong kedai baiki motor pun macam tu juga. Memang sampai tenggelam mata dia senyum…Dahlah sepet kena telan pulan dengan senyum melebar memang lah menenggelamkan mata macam dah hilang mata …hihihi ( ayat gelak tiru gaya orang muda )

 

Dulu diorang naik basikal ke jalan kaki ker berkereta ker tak kira…tok memang tegur semua…senyum tu tak payah cakap mesti memanjang jer sampai ke telinga…..

 

 

Tok rasa sakit perut pulak….nak ke jamban dulu. Nanti tok sambung lepas solat dhuha nanti….nak beli paper di kedai jap…si along pun nak ikut jugak. Dia nak beli buku latihan sekolahnya ….tok berundur dulu. Jumpa lagi cu.wassalam

Read Full Post »